BTC USD 23,392.6 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak lipat baju, undang jin ke rumah?

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,396
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
35,396
Reaction score
4,599
Points
261
Awards
1
Tidak lipat baju, undang jin ke rumah?


Soalan
Ustaz betulkah kalau kita tidak melipat kain baju yang bertimbun di rumah, jin atau syaitan suka buat ‘rumah’ di situ? Saya dapat maklumat ini daripada ustaz lain dalam media sosial.

Nora Ali
Perak

Jawapan
Saya tidak jumpa sebarang dalil yang menyatakan bahawa tidak melipat baju menyebabkan jin berkumpul di rumah itu. Namun baju yang tidak berlipat adalah lambang kepada ketidak kemasan di dalam tempat tinggal yang menjadikan ia bercanggah dengan kecantikan dan kebersihan yang dititik beratkan di dalam Islam.

Lupa sujud sahwi

Soalan
Dalam solat ada rasa ragu berapa rakaat, niat dalam hati sujud sahwi, tapi lepas tahyat, lupa pula sujud sahwi. Macam mana itu ustaz?

Azhar Yunos
Kuala Lumpur

Jawapan
Tertinggal sujud sahwi di dalam solat tidak membatalkan solat. Ia adalah sunat dilakukan untuk menampung kecacatan di dalam solat. Sekiranya ditinggalkan di dalam solat ia adalah makruh.

Ambil wudhu dalam keadaan telanjang

Soalan
Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya, apakah hukum seseorang ketika ambil wudhu dalam keadaan tanpa seurat benang?

Mohd. Yusof Mohamad
Selangor

Jawapan
Hukum mengambil wudhu di dalam keadaan telanjang adalah makruh dan ia tidaklah menjejaskan wudhu anda kerana ia tidak diletakkan sebagai penghalang. Sebaiknya, ambilah wudhu dalam keadaan lengkap berpakaian.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register