BTC USD 58,786.4 Gold USD 2,579.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak Khusyuk Solat, Model Jelita Malaysia Label Filem Seram Indonesia Tak Beradab

Sundal bolong hehehe
suzana ni, langsuirnya begitu asyik hahah. Btw nampak sangat la dia takut hantu. Aku cakap dekat anak, hantu tu takut dengan kita sebab tu dia keluar malam, nak bagi orang tak nampak. Cuba tengok siang ada hantu tak?
 
Sponsored Post

Seorang model jelita tempatan, Aidan Natasya mengkritik pembuatan filem seram Indonesia kerana sering menonjolkan babak hantu sewaktu adegan umat Islam menunaikan solat. Menerusi satu hantaran di laman X, Aidan melihat perkara itu seakan-akan menjadi punca orang lain menjadi takut untuk menunaikan ibadat kepada ALLAH.

"Tak beradab tahu tak? Bila buat cerita bodoh macam ini orang jadi takut nak solat," katanya.
2781834.jpeg

Tangkap layar kritikan yang diberikan Aidan Natasya terhadap filem seram Indonesia.

Isu yang disuarakan itu turut dipersetujui ramai netizen yang beranggapan lakonan sebegitu memberi kesan mendalam kepada diri seseorang. Antaranya, seorang pengguna, GeboksKitchen beranggapan perkara itu hanya menyebabkan individu lain tidak kusyuk dalam solat.

"Saya sangat setuju dengan awak, buat orang takut nak solat. Solat adalah waktu kita menghadap pencipta tetapi terfikir benda bukan-bukan pula," katanya.

Tidak hanya itu, pengguna lain, Andaq Fithry turut mendedahkan bahawa adegan tersebut menyebabkan anaknya trauma untuk solat bersendirian.

"True story. Anak-anak saya takut mahu solat sendirian kalau teringat scene macam ini. B***h gila dah aku kena terangkan pula orang solat tidak kena kacau," katanya.

Selain itu, seorang pengguna, Izkir pula mendedahkan yang drama seram seperti itu menyebabkannya takut untuk bangun solat pada waktu malam.

"Sebab cerita macam inilah aku takut nak bangun solat malam," katanya.

Sumber asal https://majoriti.com.my/netzkorner/...aysia-label-filem-seram-indonesia-tak-beradab
Bila dia komen, saya berandaian beliau seorang yang mengerjakan solat. Insyaallah satu hari nanti dia akan tukar imej
 
x

psl2 aku dh tergugel
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register