BTC USD 27,939.0 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak hormat lagu Negaraku: Kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara

Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,006
Points
2,866
Awards
1
Syahril A. Kadir
2 jam

BOTAK CHIN PUN TAHU HORMAT LAGU NEGARAKU!

AKU pernah tulis pasal benda ni dan aku nak ulang lagi cerita ini. Ia pasal penjenayah paling terkenal suatu ketika dulu, Botak Chin yang punyalah ganas sampai sanggup tembak Ketua Polis yang memburunya. Tak cukup dengan itu, dia juga sanggup membunuh walau kawan baik dalam kumpulannya sendiri sekiranya mereka belot atau kaki pelacur!

Selepas berjaya ditangkap, Botak Chin pernah diarah oleh mahkamah untuk menjalani pemeriksaan mental di bawah penyeliaan pakar psikatri negara, Tan Sri Dr. Mahadevan.

Suatu hari ketika dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk menjalani pemeriksaan jiwa, doktor berkenaan secara diam-diam dan tanpa pengetahuan Botak Chin, telah memasang kamera litar tertutup, macam CCTV lah, dalam bilik khas yang menempatkan penjenayah tersebut.

"Masa kat sana, dia hanya minta TV kerana dia nak tengok semua rancangan dari mula sampai habis siaran. Seperti biasa, setiap kali bila nak tamat siaran di tengah malam, RTM akan memainkan lagu Negaraku.

"Dia AKAN BANGUN setiap kali lagu Negaraku berkumandang!," kata Dr. Mahadevan dalam satu temubual dengan akhbar NSTP kira-kira 30 tahun lalu.

Nampak tak?

Sedangkan Botak Chin pun tahu hormat lagu Negaraku. Ini mana punya hanat cuba nak tunjuk angkuh dan berlagak dengan buat muka selamba bodoh, buat tak reti bila lagu tersebut dimainkan.

Ternyata, lu orang lagi 'BUSUK' dari Botak Chin!

71331891_10157563615888050_8623044761172836352_n.jpg

72333528_10157563616423050_6419501091196502016_n.jpg

71149940_10157563615103050_5192439848241201152_n.jpg


 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,006
Points
2,866
Awards
1
Free Malaysia Today
17 jam

Persatuan Warisan Terabai Kenyalang berkata, tindakan aktivis S4S itu menjejaskan imejnya sebagai penganjur majlis kutipan dana pada Jumaat lalu.




Isu tak hormat Negaraku: Kumpulan Dayak bidas aktivis S4S tidak matang

October 1, 2019 3:49 PM

William-Mangor-fmt-011019-1.jpg

William Mangor (kiri) di luar sebuah balai polis di Kuching selepas memberi keterangannya hari ini.

KUCHING: Penganjur sebuah majlis kutipan dana yang dihadiri sekumpulan aktivis enggan berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan, membidas tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak matang.

Persatuan Warisan Terabai Kenyalang berkata, tindakan aktivis Sarawak For Sarawakians (S4S) itu menjejaskan imej persatuan berasaskan Dayak.

“Ada cara lain untuk menunjukkan protes mereka jika mereka tidak gembira dengan kerajaan persekutuan, tetapi janganlah tidak hormat lagu kebangsaan,” kata jurucakap kumpulan itu, William Mangor selepas memberi keterangan kepada polis yang menyiasat kejadian itu.

“Sarawak masih sebahagian daripada Malaysia dan tindakan mereka menjejaskan kami sebagai penganjur.”

Semalam, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalatrash Wahid dilaporkan berkata, individu yang tidak menghormati lagu kebangsaan boleh dikenakan hukuman penjara dan denda, jika sabit kesalahan di bawah Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan tujuh ahli S4S.

Mangor berkata, walaupun jika lagu kebangsaan negara lain dimainkan, rakyat perlu berdiri sebagai tanda hormat.

“Saya tidak fikir kita akan gembira, jika orang lain tidak menghormati lagu kebangsaan kita.”

Beliau berkata, 160 tetamu yang terdiri daripada NGO dan aktivis menghadiri majlis kutipan dana itu pada Jumaat lalu, termasuk dari Semenanjung Malaysia.

Katanya, lagu kebangsaan dimainkan sebelum lagu negeri sebagai sebahagian daripada protokol.

“Bagaimanapun, ketika itu, saya tidak sedar ahli S4S tidak berdiri untuk lagu kebangsaan.”

S4S bagaimanapun mempertahankan tindakan ahlinya dengan berkata, ia adalah protes senyap untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Putrajaya yang gagal mengotakan janji terhadap Sarawak.

 
Sponsored Post

Top
Log in Register