BTC USD 39,012.7 Gold USD 1,821.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Tidak di benar rentas negeri sampai ayah mati.

Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,452
Reaction score
2,133
Points
206
Byk kes menipu. Tu susah polis nak lepaskan
Kekadang nangis guling2, polis lepaskan then p melancong, melencong
 
cak cibo

Active Member
Joined
Apr 18, 2018
Messages
1,196
Reaction score
657
Points
81
Kalau betul2 kecemasan..kena bagitau sungguh2 dan telan sja kalau Polis tak percaya , cuba provoke dsbnya.

Kita kena faham..pihak satu lagi , Polis , bukan kenal kita..kalau kenal insyaAllah senang. Tak ada prasangka..tapi kalau kebiasaan..kita tak kenal Polis..Polis pun tak kenal kita..dan Polis terpaksa berdepan dgn karenah pelbagai jenis manusia.

So....Polis selalunya dia akan uji juga...spt provok dsbnya....Tapi kalau kita tak ada apa2 muslihat..terus terang, minta juga dgn tegas..telan apa sja test/provokasi dsbnya...sampai dapat.

Polis selalunya..kalau benar2 keadaan kita terdesak tapi tak sesuai dgn SOP...depa akan guna cara...rujuk pada atasan dia.

InsyaAllah..kalau kita benar2 terdesak dan mintak dgn jujur iklas ( tolak tepi rasa tersinggung dsbnya)..sekalipun tanpa dokumen dsnnya...Pihak polis akan bantu juga utk luluskan...( ini pengalaman saya sendiri)
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,534
Reaction score
2,408
Points
201
Ntah laa
Den poei mintak surat kebenaran lawat org tua utk rentas negeri senang je
Da 2x berturut2
Cuma tak bole bwk 1 famili
 
pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,222
Reaction score
695
Points
121
Kalau tak ada surat sokongan polis memang tak akan bagi punya.
Berapa kali dah tengok masa aku pergi balai buat permit.
Patutnya dia kena dapatkan apa-apa surat atau dokumen dari hospital dulu.
 
aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
7,385
Reaction score
888
Points
121
malas nk komen lebih

coz aku xde dkt tempat 2-2 side tu

skrg ramai tipu- covid pon meningkat
jika betul belah lg 1 plk xpatut respon dgn kata2 kesat/ menyediahkan - jika benar cerita di atas

yg penting hapuskan Bazar makan besar hari2 hari raya
 
barzrosz

Active Member
Joined
Oct 14, 2014
Messages
1,234
Reaction score
586
Points
81
Kalau betul2 kecemasan..kena bagitau sungguh2 dan telan sja kalau Polis tak percaya , cuba provoke dsbnya.

Kita kena faham..pihak satu lagi , Polis , bukan kenal kita..kalau kenal insyaAllah senang. Tak ada prasangka..tapi kalau kebiasaan..kita tak kenal Polis..Polis pun tak kenal kita..dan Polis terpaksa berdepan dgn karenah pelbagai jenis manusia.

So....Polis selalunya dia akan uji juga...spt provok dsbnya....Tapi kalau kita tak ada apa2 muslihat..terus terang, minta juga dgn tegas..telan apa sja test/provokasi dsbnya...sampai dapat.

Polis selalunya..kalau benar2 keadaan kita terdesak tapi tak sesuai dgn SOP...depa akan guna cara...rujuk pada atasan dia.

InsyaAllah..kalau kita benar2 terdesak dan mintak dgn jujur iklas ( tolak tepi rasa tersinggung dsbnya)..sekalipun tanpa dokumen dsnnya...Pihak polis akan bantu juga utk luluskan...( ini pengalaman saya sendiri)
Setuju dgn statement ini
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Tiada Rekod Kehadiran

30.04.2021 - Kuala Lumpur, Polis menafikan dakwaan seorang wanita kononnya permohonannya untuk merentas negeri bagi membawa bapanya yang sakit ke hospital ditolak. Sebaliknya siasatan awal polis mendapati segala dakwaan wanita itu adalah tidak benar dan palsu kerana tiada sebarang rekod kehadiran dalam buku rekod pendaftaran serta aplikasi MySejahtera di balai polis berkaitan. Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Annas Sulaiman berkata, siasatandibuat ekoran satu hantaran tular di media sosial oleh seorang wanita yang menyatakan polis tidak membenarkan rentas negeri bagi tujuan membawa bapanya yang sakit ke hospital.

“Wanita tersebut menyatakan telah membuat permohonan merentas negeri bagi tujuan membawa bapanya ke Pusat Dialisis di Nilai, Negeri Sembilan. Beliau juga menyatakan semasa membuat permohonan telah mengemukakan beberapa dokumen seperti surat dialisis dan kad Orang Kelainan Upaya (OKU) milik bapanya sebagai lampiran merentas negeri, namun ditolak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Annas, wanita itu bertindak meluahkan rasa kecewanya melalui akaun media sosial dengan mengatakan polis tidak berperikemanusian dan sedih berikutan daripada perkara tersebut didakwa mengakibatkan kematian bapanya pada 28 April lalu. Bagaimanapun Annas berkata, semakan lanjut polis terhadap dakwaan wanita itu serta pemeriksaan terhadap rekod permohonan rentas negeri mendapati empat permohonannya untuk merentas negeri ke Seremban dan Melaka dibenarkan sebelum ini. Ujar beliau, pada 15 Januari lalu sekitar jam 12.07 tengahari wanita itu atas alasan melawat bapanya di Hospital Mawar di Seremban telah dibenarkan dan pada 11 Februari lalu dan sekitar jam 11.17 pagi sekali lagi permhonan wanita itu untuk alasan urusan keluarga di Melaka juga diluluskan.

“Justeru pada 26 April lalu sekitar jam 12.15 tengahari wanita itu ada membuat permohonan rentas negeri bagi tujuan menghadiri temuduga kerja di Melaka dan dibenarkan dan pada 28 April lalu jam 8.04 pagi dia memohon untuk tujuan menziarahi kematian bapanya di Nilai, Negeri Sembilan juga dibenarkan. Semakan melalui aplikasi MySejahtera Balai Polis Salak Selatan mendapati tiada rekod kehadiran beliau ke balai. Malah semakan lanjut terhadap buku pelawat juga tiada rekod daftar masuk pada tarikh 17 April 2021 seperti yang dilaporkan di dalam sebuah portal media tempatan. Oleh yang demikian tiada sebarang rekod permohonan rentas negeri yang direkodkan seperti yang dinyatakan oleh beliau pada tarikh tersebut,” ujarnya.

Berkenaan dengan dakwaan berlaku kekasaran tingkah laku anggota polis, pihaknya masih menjalankan siasatan.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2021/04...ri-wanita-mahu-bawa-bapa-ke-hospital-ditolak/
 
biomedik2

Super Active Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
5,387
Reaction score
1,584
Points
151

Dah agak dah. Kena dengar dari 2 belah pihak
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register