BTC USD 38,813.9 Gold USD 1,819.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Tidak di benar rentas negeri sampai ayah mati.

chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,567
Reaction score
76
Points
40

16 Ramadhan 1442H

اِنّا لِلّٰهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن

Perginya Abah. Ke negeri abadi. Selamanya.

Abah yang sakit tapi masih mampu untuk bergurau senda dengan anak2. Sungguh, along rindukan Abah.

Setiap kali lepas solat, bibir Abah tak pernah lekang mendoakan anak2 dan keluarganya. Tiap kali call, tak pernah miss 'I love you' sebelum end call. Selalu call tanya khabar kami. Duit cukup tak? Makan apa tadi? Waa sedap nyaa. Nanti boleh la masakkan untuk Abah. Aku rindu semua tu.

Aku sangat terkilan sebab tak dapat jumpa Abah minggu lepas. Hari Sabtu Abah call. Abah kata 'Along, tolong hantar abah pergi hospital. Abah kena betulkan tapak dialisis. Jarum tu dah tercabut. Pusat dialisis ni tak boleh buat dialisis'

Aku pun kata ok. Sebab aku ada kat KL, so aku kena la pergi mohon interstate travel dari polis. Aku sampai je pondok polis, polis tanya 'Cik nak pergi mana?'

Aku pun jawab saya nak amik Abah saya dari pusat dialisis kat Nilai lepastu nak bawak pergi hospital kat Seremban. Masa tu aku belum dapat surat refer ke hospital. So tak dapat nak tunjuk polis. Cuma aku cakap nak amik Abah dari pusat dialisis lepastu nak hantar hospital. Aku mengharapkan polis faham. Sebab dialisis ni sangat penting untuk kelangsungan hidup. Hidup mati Abah.

Ok lepas tu polis tanya 'selalu siapa hantar dan amik?' Aku cakap makcik saya. Then polis cakap 'habis tu makcik mana? Dah mati?'

Allah je tahu rasa hati macam mana. Kau dah la taknak bagi orang rentas negeri walaupun bagi aku, tu satu kecemasan. Pastu soalan pun nak tanya dengan biadab. Aku cuba sabar sebab aku kat balai polis. Kang apa apa, susah.

Aku pun cakap 'makcik saya ada kecemasan jadi dia balik kampung. Jadi dia minta saya tolong minggu ni'.

Aku tolong Abah pun bukan selalu. Mmg selalu makcik yang hantar dan amik Abah dari pusat dialisis tu. Sekali sekala bila aku free and nak ringankan beban dia, polis tak lepaskan. Itu Abah kandung aku. Bukan orang lain. Memang patutnya jadi tanggungjawab aku adik beradik untuk jaga Abah. Tapi yang aku dapat hanyalah perli manusia yang tak memahami.

Ok pastu polis cakap 'awak takde adik beradik lain ke yang boleh tolong?' Aku jawab 'Tak. Adik saya kerja. Satu lagi tak boleh drive'.

Polis pun dengan selamba 'Kalau tak pandai drive, takkan book grab pun tak pandai?' Ya Allah aku rasa nak lempangkan aje polis ni. Aku masih sabar. Aku cakap 'Encik, Abah saya OKU. Susah sikit nak jalan'. Pada fikiran aku, apalah salahnya bagi anak yang buat tanggungjawab tu? Bukan nak jalan2. Nak membantu Abah untuk tujuan perubatan..

Polis pun sambung 'Takde jiran ke yang boleh tolong?' Aku terkebil2 pandang polis tu. Macam tak percaya dia boleh suruh jiran instead of anak sendiri. Aku bukan tak lampirkan bukti Abah sakit. Aku print surat dialisis Abah, IC Abah, kad OKU Abah.. Semua aku bagi. Tapi tak dapat jugak.

Polis pun cakap 'Awak tak boleh rentas negeri lah dik. Bukti tak cukup kukuh'.

Aku rasa sedih gila. Plus hampa dengan layanan polis yang seakan memandang rendah urusan aku. Pastu aku call Abah. Aku kata Abah, sorry tak dapat balik minggu ni. Tak dapat hantar abah pergi hospital. Polis tak bagi. Abah merajuk. Abah kata sukatilah. Aku sedih sebab abah merajuk untuk benda yang bukan salah aku.

Dan akhir sekali, aku tak dapat pun jumpa Abah sampai lah akhir hayat dia...

Betul lah orang cakap. Zaman sekarang ni. Nak jumpa mak ayah walau mereka sakit pun tak boleh. Dah meninggal baru dapat jumpa.

Dapatlah aku jumpa Abah yang dah kaku. Yang roh dah terpisah dari jasad. Yang tak mampu bercakap dan bergelak ketawa lagi. Yang dibalut dengan kain serba putih dari hujung kaki hingga ke hujung kepala.

Memang aku tahu jodoh ajal semua Allah dah tentukan. Cuma aku sedih sebab tak dapat nak ada dengan Abah di saat saat akhir dia. It would be different if I have met him last week, takde la aku rasa macam ni sangat 😔

Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanyalah berdoa untuk Abah dan memperbaiki diri. Moga kebaikan Abah menjadi asbab untuk Abah ditempatkan di Syurga Allah. Perginya pada bulan mulia, bulan Ramadhan ❤️✨

Untuk keluarga yang dah susah payah jaga Abah, along ucapkan terima kasih banyak2. Along takkan mampu balas jasa semua. Hanya Allah yang boleh membalas segala kebaikan kalian. Along juga minta maaf sebab tak mampu nak bagi komitmen 100%, terpaksa serahkan tanggungjawab ni kepada ude Iza dan keluarga 😔

Moga Abah tenang di sana. Along sentiasa doakan Abah. Along cuba kuat untuk adik2. Berehat lah. Along sayang Abah 💖

Moga kita berjumpa di Syurga kelak. Al Fatihah ✨

Nasir bin Nordin
28-06-1969
28-04-2021
 
Sponsored Post

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,175
Reaction score
98
Points
80
ni polis letak otak kat lutut....makin lama makin jadi tak cerdik..
 
chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,567
Reaction score
76
Points
40
muda lagi ayah dia umur 52.al fatihah
 
dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
27,496
Reaction score
2,042
Points
206
dlm kes ni adakah mangso boleh buek repot yg polis bertugas susah2kan dio sampai ayah mati?
 
Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,154
Reaction score
2,920
Points
201

Menyirap aku baca ayat ni...apa boleh buat...Kalau kita lawan balik kena dakwa....hahahaaha
 
ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,909
Reaction score
643
Points
81
yang PJJ boleh rentas negeri..sangat2 adil.....kan kan kan
 
stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,417
Reaction score
926
Points
121
ni semua punca dari rentas negeri untk benda yang tak berapa emergency. Sian pada cik kak ni. Bertabahlah akak.
 
hero_99

Fun Poster
Joined
Jun 28, 2011
Messages
122
Reaction score
53
Points
30
Gila betul sampai mcm ni sekali, punca dari org yang amik kesempatan pon ada jgk tp dlm kes ni naya betul lah kat dia. Semoga dikurniakan syurga pakcik. al-fatihah.
 
juhan

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2010
Messages
4,360
Reaction score
751
Points
81
Ini lah bahana akibatnya bila kepercayaan dikhianati. Sebelum ni ada kelonggaran utk lawatan ibu bapa tp org kelantan rentas negeri beramai ramai guna alasan yg sama sehingga kes covid mencanak naik. So maki lah org mcm ni dulu baru lah salahkan polis.
 
stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,417
Reaction score
926
Points
121
dlm kes ni adakah mangso boleh buek repot yg polis bertugas susah2kan dio sampai ayah mati?
Ok lepas tu polis tanya 'selalu siapa hantar dan amik?' Aku cakap makcik saya. Then polis cakap 'habis tu makcik mana? Dah mati?'

Menyirap aku baca ayat ni...apa boleh buat...Kalau kita lawan balik kena dakwa....hahahaaha
boleh report kat tatatertib polis
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register