BTC USD 17,250.8 Gold USD 1,789.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak bertudung, wanita didakwa maut dipukul polis dalam tahanan di Iran

Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1

Pemimpin tertinggi Iran tuduh AS, Israel dalangi protes Mahsa Amini​



PARIS: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Israel mendalangi gelombang pergolakan di seluruh negara itu dengan kemarahan rakyat terhadap kematian Mahsa Amini.

"Saya katakan dengan jelas bahawa rusuhan dan gsanguan ketenteraman awam ini direncana oleh AS dan rejim Zionis serta ejen mereka, dengan bantuan beberapa pengkhianat Iran di luar negara," katanya.

Amini, 22, disahkan meninggal dunia pada 16 September lalu, beberapa hari selepas polis moral menahan warga Iran Kurdish itu kerana didakwa melanggar peraturan mewajibkan wanita memakai tudung dan menutup aurat.

Kemarahan atas kematian Amini mencetuskan gelombang protes terbesar yang menggegarkan Iran dalam tempoh hampir tiga tahun, dengan pasukan keselamatan di Tehran bertindak keras terhadap ratusan pelajar universiti pada malam Ahad.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karine Jean-Pierre, berkata AS cemas dan terkejut dengan laporan pihak berkuasa keselamatan bertindak balas terhadap protes aman oleh pelajar universiti dengan keganasan dan penangkapan besar-besaran.



Polis anti rusuhan Iran terus berkawal di pusat bandar Tehran. - Foto REUTERS
Polis anti rusuhan Iran terus berkawal di pusat bandar Tehran. - Foto REUTERS


Dalam komen awam pertamanya mengenai kematian Amini, Khamenei, 83, menegaskan bahawa polis 'harus menentang penjenayah' dan mengakui 'kematian wanita muda itu menyayatkan hati'.

"Namun, yang tidak normal adalah sesetengah individu, tanpa bukti atau siasatan, memilih jalanan berbahaya, membakar Al-Quran, menanggalkan hijab daripada wanita bertudung dan membakar masjid serta kereta.

"Perkara ini bukan mengenai hijab di Iran, malah ramai wanita Iran yang tidak bertudung dengan sempurna adalah antara penyokong teguh republik Islam ini," katanya.

Kebimbangan semakin meningkat terhadap tindakan keras pada waktu malam ke atas pelajar di Universiti Teknologi Sharif yang berprestij di Tehran.

Media tempatan melaporkan, polis rusuhan membawa pistol berpeluru 'pellet' keluli dan menggunakan gas pemedih mata serta pistol 'paintball' terhadap peserta protes.

Kumpulan Hak Asasi Manusia Iran yang berpangkalan di Oslo menyiarkan video menunjukkan polis menaiki motosikal sambil mengejar pelajar yang berlari melalui tempat letak kereta bawah tanah dan membawa pulang tahanan dengan kepala mereka ditutup kain hitam.

Dalam salah satu klip yang diambil di stesen metro Tehran, orang ramai boleh didengari melaungkan: "Jangan takut! jangan takut! Kami semua bersama-sama!"

Amnesty International berkata ia mengesahkan 53 kematian, selepas agensi berita, Iran Fars, memaklumkan bahawa 'kira-kira 60' orang meninggal dunia.

Sekurang-kurangnya 12 anggota pasukan keselamatan dilaporkan terbunuh sejak 16 September lalu.

Iran juga berulang kali menuduh bahawa terdapat ejen asing cuba mencetuskan huru hara di negara itu susulan penahanan sembilan warga asing termasuk dari Perancis, Jermany, Itali, Belanda dan Poland dan tempoh seminggu lalu. -
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1

63 terbunuh di Iran selepas tindakan keras kawal protes di Zahedan​


PARIS: Sekurang-kurangnya 63 individu maut minggu lalu apabila pihak berkuasa Iran menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan di bandar Zahedan di tenggara Iran, dakwa sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Badan Hak Asasi Manusia Iran (IHR) yang berpusat di Norway memaklumkan, protes di Zahedan tercetus selepas dakwaan mengatakan ketua polis di bandar pelabuhan Chabahar, merogol seorang remaja perempuan Baluch berusia 15 tahun.

"Pada 30 September, orang ramai berhimpun selepas solat Jumaat di Zahedan untuk protes bagi pihak seorang remaja perempuan Baluch berusia 15 tahun yang dirogol ketua polis Chabahar, yang berdepan tindakan keras pihak berkuasa," kata NGO itu.

Pertempuran di Zahedan itu berlaku selepas selesai solat Jumaat minggu lalu di ibu negeri wilayah Sistan-Baluchistan yang didiami etnik minoriti Baluch, dengan kebanyakannya berfahaman Sunni.

Tragedi itu berlaku ketika Iran berdepan gelombang demonstrasi susulan kematian Mahsa Amini selepas ditahan polis moral Iran kerana kesalahan memakai tudung, yang menyaksikan sekurang-kurangnya 92 orang maut.

Beberapa hantaran media sosial menyebut mengenai puluhan kematian di Zahedan, Jumaat lalu, manakala beberapa gambar menunjukkan keadaan hospital yang dipenuhi pesakit dan mayat yang berdarah.

Beberapa pihak turut melaporkan mangsa meninggal dunia di hospital kerana kekurangan katil dan balutan untuk menghentikan pendarahan.

Aktivis turut mendakwa pihak berkuasa melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan daripada helikopter.

IHR mendakwa empat individu yang memandu kereta tidak berbumbung mati ditembak daripada helikopter tentera di utara Zahedan.

NGO Kempen Aktivis Baluch menerusi Telegram menyenaraikan 67 nama yang dikatakan terbunuh, selain memaklumkan 300 lagi cedera.

Media kerajaan Iran pula melaporkan lima anggota Pengawal Revolusi terbunuh dalam kejadian itu yang disifatkan sebagai 'kes pengganas', manakala ketua polis Sistan-Baluchistan memaklumkan tiga balai polis diserang di wilayah itu.
 

Yallah

Active+ Member
Messages
2,627
Joined
Jun 21, 2021
Messages
2,627
Reaction score
356
Points
41
Start dengan saman dekat kelantan.

lama2 makin ketat.
Malaysia sekarang ni jauh beza dengan tahun 90an dan 90an beza dengan 80an..70an dan seterusnya.

dulu eklan sabun mandi artis melayu mandi berkemban di tv ok je, eklan melayu minum guinness stout biasa je, di kem sungai besi ada bar untuk orang melayu ok je..ni tahun 90 pun ada lagi, tak silap cheq pulapol semarak pun sama.
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Malaysia sekarang ni jauh beza dengan tahun 90an dan 90an beza dengan 80an..70an dan seterusnya.

dulu eklan sabun mandi artis melayu mandi berkemban di tv ok je, eklan melayu minum guinness stout biasa je, di kem sungai besi ada bar untuk orang melayu ok je..ni tahun 90 pun ada lagi, tak silap cheq pulapol semarak pun sama.

UMNO bila jadi kerajaan mcm tu lah
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,714
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,714
Reaction score
4,436
Points
261
Awards
1
Bukan salah israel tu
Tp salah DAP & siti kasim hehe

Ini semua taktik pak lobai pak iran yg tiru 🤣
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,714
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,714
Reaction score
4,436
Points
261
Awards
1
Kat iran, sapa2 yg liberal akan di zalimi oleh org2 islam

Kebanyakan mereka terpaksa berhijrah ke luar negara
 

2618918

Active+ Member
gem
Messages
3,686
Joined
Aug 8, 2012
Messages
3,686
Reaction score
2,130
Points
171
Awards
1
Fikiran pertama saya ialah CIA, State Dept dan apa sahaja yang dipanggil NGO. Masa kemalangan ini terlalu mencurigakan dan sangat menarik: ia berlaku serta-merta selepas perjanjian nuklear tidak ditandatangani dan sebelum perjalanan presiden Iran ke PBB yang bermakna mereka gagal memaksa Iran dalam rundingan.

Iran telah berada di bawah sekatan sekarang selama lebih 40 tahun, yang keparahannya telah meningkat dengan ketara dalam tempoh 12 tahun yang lalu. Titik sekatan yang membendung Iran dan mewujudkan peluang untuk menggulingkan kerajaan. Terdapat juga percubaan yang gagal pada revolusi warna pada 2008-2009.

Lebih banyak juga berlaku baru-baru ini: Aktiviti Israel telah meningkat di negara Azerbaijan, bersempadan dengan barat laut Iran. Aktiviti kumpulan pemisah Kurdish yang disokong Amerika dari Kurdistan Iraq, bersempadan dengan Iran barat, juga semakin meningkat. Semua kumpulan dan media berbahasa Parsi yang berafiliasi dengan barat dan akaun media sosial mereka, di dalam dan di luar negara, telah mengambil tindakan terhadap perkara ini dan telah memusingkan insiden "tudung" ini ke tahap tertinggi. Oleh itu, mereka berusaha sekeras mungkin untuk mencipta pemberontakan setanding atau lebih teruk daripada revolusi warna 2008-2009 itu.

Iran adalah satu-satunya kuasa besar dan serantau di Asia Barat yang menentang hegemoni Amerika dan ia juga membantu negara-negara lain di dalam dan di luar rantau ini untuk bertahan dan menentang AS dan sekutunya. Menggulingkan kerajaan Iran menjadikan hegemoni A.S. ke atas Asia Barat atau Timur Tengah menjadi mutlak. Jika ini berlaku, selain kawalan perbankan Iran, gas dan minyak, A.S. boleh dan akan dengan mudah dan cepat melaksanakan hegemoninya ke atas Asia Tengah juga yang menjadi sempadan terakhir dalam perjuangan mereka menentang Rusia dan juga China. Dan yang lebih parah, Amerika akan mula menetapkan Arab Saudi sebagai sasaran seterusnya.
 
Last edited:
Sponsored Post

Top
Log in Register