BTC USD 17,242.4 Gold USD 1,790.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak bertudung, wanita didakwa maut dipukul polis dalam tahanan di Iran

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,714
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,714
Reaction score
4,436
Points
261
Awards
1
Protes tudung di Iran: Ramai aktivis, wartawan ditangkap pihak berkuasa


PARIS: Iran meningkatkan penahanan aktivis dan wartawan dalam tindakan keras terhadap masyarakat sivil ketika protes antikerajaan terus merebak di seluruh negara.

Menurut Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) yang berpangkalan di Washington, 20 orang wartawan dipenjarakan sejak protes tercetus awal bulan ini susulan kematian Mahsa Amini, 22, yang ditahan polis moral negara itu.

Wanita itu didakwa melanggar peraturan ketat kod etika berpakaian negara itu yang menetapkan pemakaian hijab dan pakaian secara sederhana.

Ramai aktivis dan peguam turut ditahan, termasuk aktivis kebebasan bersuara yang terkenal, Hossein Ronaghi yang ditahan hujung minggu lalu.

Dalam satu hantaran video pada hujung minggu lalu, Ronaghi lantang mengkritik kepemimpinan Islam di Iran, berkata pada mulanya dia mengelak daripada ditahan dengan melarikan diri dari flatnya apabila ada ejen datang mencari.

Bagaimanapun dia kemudiannya ditahan pada Sabtu lalu apabila pergi ke penjara Evin Tehran untuk bertemu pendakwa raya dan turut dipukul oleh ejen keselamatan, maklum abangnya, Hassan menerusi Twitter.

Ibunya memberitahu Manoto TV dalam satu temu bual, kaki Ronaghi patah akibat dipukul.

Laporan turut menyebut peguam yang menemaninya ke Evin telah ditahan.

Seorang peguam, Saeid Dehghan memberitahu menerusi Twitter, dua peguam lain turut ditahan.

Tindakan itu dilakukan selepas sekatan internet yang ketat termasuk penggunaan Instagram dan WhatsApp tidak berfungsi.

Semalam, pasukan keselamatan menyerbu rumah aktivis dan penulis, Golrokh Iraee serta menahannya.

Perkara itu dikongsi menerusi mesej di akaun Twitternya. Iraee terkenal kerana berkempen menentang hukuman rejam di Iran dan menghabiskan sebahagian besar dekad hidupnya di penjara. – AFP
 
Sponsored Post

fredo

Super Active Member
Messages
5,864
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,864
Reaction score
195
Points
83
bila wanita islam dok luar negara luar tak dibenarkan pakai tudung semua negara islam protes.
tapi bila dok negara sendiri tak mau pakai tudung pulak..............

semakin kusut minda manusia sekarang.
 

stennian

Fun Poster
Messages
812
Joined
Feb 2, 2013
Messages
812
Reaction score
193
Points
23
bila wanita islam dok luar negara luar tak dibenarkan pakai tudung semua negara islam protes.
tapi bila dok negara sendiri tak mau pakai tudung pulak..............

semakin kusut minda manusia sekarang.
Lagi la teruk.

bila orang lain paksa jangan pakai, kita kata salah.

tapi bila kita paksa orang lain pakai, kata ok pulak.

double standard.
 

pedang_setiawan

Active Member
Messages
1,444
Joined
Nov 16, 2010
Messages
1,444
Reaction score
509
Points
81
Iran dah keluarkan CCTV semasa kejadian tersebut. Perempuan tersebut tidak dipukul tapi mengalami serangan jantung/sawan masa di kaunter balai. Korang kena tipu bulat2 dengan mainstream media barat. Rusuhan besar2an ni sebenarnya berlaku disebabkan agent provocateur's dari British dgn US. Open secret British dgn US intelligent dah operate lama dalam Iran. Tgk hari ni, Nord Stream 2 , bekalan gas dari Russia ke EU kena letup 4 lokasi. Armada US baru blah dari situ mggu lps...9 penerbangan helicopter di lokasi letupan dalam berapa hari. Pi training dgn Nato alliance bln 6 dah habis tapi stay back smpai mggu lps.
 

Yallah

Active+ Member
Messages
2,627
Joined
Jun 21, 2021
Messages
2,627
Reaction score
356
Points
41
Terima kasih Siti kasim. Malaysia memerlukan lebih ramai manusia seperti Siti kasim ni untuk kebaikan negara Malaysia.

 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Iran dah keluarkan CCTV semasa kejadian tersebut. Perempuan tersebut tidak dipukul tapi mengalami serangan jantung/sawan masa di kaunter balai. Korang kena tipu bulat2 dengan mainstream media barat. Rusuhan besar2an ni sebenarnya berlaku disebabkan agent provocateur's dari British dgn US. Open secret British dgn US intelligent dah operate lama dalam Iran. Tgk hari ni, Nord Stream 2 , bekalan gas dari Russia ke EU kena letup 4 lokasi. Armada US baru blah dari situ mggu lps...9 penerbangan helicopter di lokasi letupan dalam berapa hari. Pi training dgn Nato alliance bln 6 dah habis tapi stay back smpai mggu lps.

Tak lama lagi reda la rusuhan ni
 

Yallah

Active+ Member
Messages
2,627
Joined
Jun 21, 2021
Messages
2,627
Reaction score
356
Points
41
yang dah mati tu mati lah tapi hang yang elok elok hidup tu nak ikut mati apa hal?


92 maut di Iran susulan protes Mahsa Amini​

Oktober 2, 2022 @ 1:16pm
Penunjuk perasaan di Los Angeles, Amerika Syarikat membawa bendera Iran ketika protes bagi Mahsa Amini, yang maut ketika dalam tahanan polis moral negara itu. - Foto AFP
Penunjuk perasaan di Los Angeles, Amerika Syarikat membawa bendera Iran ketika protes bagi Mahsa Amini, yang maut ketika dalam tahanan polis moral negara itu. - Foto AFP

PARIS: Sekurang-kurangnya 92 orang terbunuh dalam rusuhan selama dua minggu di Iran, dedah Pertubuhan Hak Asasi Manusia Iran (IHR) yang berpusat di Norway hari ini.

Rusuhan meletus di seluruh Iran susulan kematian wanita berusia 22 tahun, Mahsa Amini, ketika dalam tahanan polis moral kerana tidak memakai tudung secara betul.

"Masyarakat antarabangsa ada tanggungjawab untuk menyiasat jenayah ini dan mencegah Iran terus melakukan jenayah terhadap rakyatnya," kata Pengarah IHR, Mahmood Amiry-Moghaddam.

Angka kematian dalam rusuhan yang disahkan sebelum ini adalah 83 orang.

Protes itu tercetus pada 17 September lalu dan berlarutan hingga membawa kepada tentangan terbesar terhadap pihak berkuasa Iran sejak 2019, mengakibatkan puluhan penduduk terbunuh dalam pergolakan di seluruh negara.

Warga Iran di luar negara turut mengadakan protes di London, Rome, Madrid, Montreal dan beberapa bandar di negara barat sebagai solidariti dengan penunjuk perasaan Iran memegang gambar Mahsa.

Mahsa dilaporkan meninggal dunia tiga hari selepas ditahan oleh polis di negara terbabit berikutan memakai pakaian tidak sesuai.

Dalam satu lagi protes di Iran, IHR mendakwa sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dalam pertembungan dengan pasukan keselamatan negara itu pada minggu lalu.

Kejadian berlaku di Zahedan dekat tenggara wilayah Sistan-Baluchistan.

Dalam kejadian itu, IHR mendakwa pasukan keselamatan melakukan 'penindasan berdarah' terhadap penunjuk perasaan selepas solat Jumaat di Zahedan.

Tunjuk perasaan meletus susulan dakwaan seorang ketua polis di bandar pelabuhan Chabahar dekat wilayah Sistan-Baluchistan, dituduh merogol seorang gadis berusia 15 tahun daripada minoriti Sunni Baluch.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkata identiti mereka yang terbunuh dalam pertembungan itu disahkan oleh NGO serantau iaitu Kempen Aktivis Baluch (BAC).

Di pihak kerajaan Iran pula mengesahkan seramai lima anggota Pengawal Revolusinya terbunuh dalam tragedi di Zahedan. - AFP
 
Last edited:

jagajaga

Active Member
Messages
2,476
Joined
Jul 7, 2009
Messages
2,476
Reaction score
329
Points
51
sembang kencang kasim ni
mcm la malaysia nk bunuh org tak pakai tudung
kalau malaysia buat gitu, mmg fie yg mula2 mati
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,843
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
27,843
Reaction score
5,829
Points
481
Awards
1
sembang kencang kasim ni
mcm la malaysia nk bunuh org tak pakai tudung
kalau malaysia buat gitu, mmg fie yg mula2 mati
Satu ja usah layan org mcm nie...dia minta perhatian ja hehehe
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,714
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,714
Reaction score
4,436
Points
261
Awards
1
Iran dah keluarkan CCTV semasa kejadian tersebut. Perempuan tersebut tidak dipukul tapi mengalami serangan jantung/sawan masa di kaunter balai. Korang kena tipu bulat2 dengan mainstream media barat. Rusuhan besar2an ni sebenarnya berlaku disebabkan agent provocateur's dari British dgn US. Open secret British dgn US intelligent dah operate lama dalam Iran. Tgk hari ni, Nord Stream 2 , bekalan gas dari Russia ke EU kena letup 4 lokasi. Armada US baru blah dari situ mggu lps...9 penerbangan helicopter di lokasi letupan dalam berapa hari. Pi training dgn Nato alliance bln 6 dah habis tapi stay back smpai mggu lps.

Vid tiktok tu di sini

Laporan forensik menunjukkan sebalik nya

Kerajaan tok lobai cuba menipu
1442-ACCC-E45-D-4-C5-B-84-BA-AE741567-B8-B1.jpg


Mereka pandai bertaqiyyah
Berhati2 lah dgn agamawan begini
 
Sponsored Post

Top
Log in Register