BTC USD 28,607.9 Gold USD 1,969.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiara Jacquelina rindu terbit filem epik lagi

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
tiara.jpg

Pelakon dan penerbit filem Puan Sri Tiara Jacquelina akui rindu untuk menghasilkan filem epik terbaru, namun masih lagi mencari naskhah yang setanding dengan filem terdahulu "Puteri Gunung Ledang".

"Tumpuan pada teater membuatkan saya tidak berpeluang berfikir mengenai pembikinan filem dan drama televisyen. Namun rasa rindu untuk menerbitkan filem kembali selepas menonton tayangan semula filem "PGL" di pawagam sempena Hari Kemerdekaan lalu.

"InsyaAllah jika bertemu dengan naskhah yang sehebat atau lebih hebat daripada "PGL", saya akan cuba menerbitkan filem pula," ujar Tiara.

Dalam pada itu, Tiara yang giat dalam pementasan teater baru sahaja selesai pementasan "P Ramlee The Musical" yang melabuhkan tirai pementasannya buat kali ketiga di Istana Budaya malam Isnin lalu.

Sementara itu, Tiara turut berkata, dia seronok melihat semakin ramai masyarakat tidak kira usia yang datang menonton teater.

"Lebih menyeronokkan melihat orang membawa anak-anak mereka untuk mengenali dunia teater. Teater adalah bentuk hiburan yang paling rumit proses pembuatannya kerana perlukan komitmen dan dedikasi penuh berbulan-bulan.

"Tidak ada ruang untuk kerja tangkap muat tapi, hasilnya juga paling memuaskan kalau dipentaskan dengan sempurna dan kita dapat merasa penghargaan daripada penonton secara 'live'."

Pada masa sama, Tiara juga berharap pada masa akan datang lebih ramai yang akan menonton teater dan mewarnai industri dunia teater tempatan.

http://www.cari.gold/2014/10/tiara-jacquelina-rindu-terbit-filem.html
 
Sponsored Post

Ms Senorita

Active Member
Messages
1,640
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
326
Points
41
Lepas 14 tahun, teater muzikal Puteri Gunung Ledang muncul lagi

PGL.jpg


KUALA LUMPUR, 17 Okt ― Selepas 14 tahun kejayaan mementaskan teater muzikal "Puteri Gunung Ledang," ia bakal menemui peminatnya sekali lagi pada Julai 2020.

Bakal diarahkan selebriti Tiara Jacquelina, produksi teater legenda Melayu mempertaruh pelakon, set dan pengalaman baru kepada penonton.

Tiara memegang watak Gusti Putri pementasan musikal sama selama tiga musim termasuk watak utama dalam filem "Puteri Gunung Ledang" pada 2004.

Berdasarkan legenda Melayu, ia mengisahkan cinta tiga segi antara puteri Jawa tersebut dengan pahlawan Melaka Hang Tuah dan Sultan Mahmud.

"Teater muzikal Puteri Gunung Ledang mendapat permintaan ramai daripada semua persembahan kami," kata Tiara.

"Saya berani kata ia menjadi produksi kami paling popular setakat hari ini. Setelah pelbagai produksi kami buat, saya mahu melihat dan berimaginasi semula keseluruhan ceritanya."

Beliau berkata teater muzikal itu akan dipentaskan di Esplanade dekat Singapore pada Jun 2020 sebelum menemui khalayak Malaysia sebulan kemudian.

Sumber : MMO-Malaymail online
 

Ms Senorita

Active Member
Messages
1,640
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
326
Points
41
Sanggup tunggu Gusti Putri beraksi

WhatsApp_Image_2020-06-17_at_8.52.35_PM_1592459682.jpg

Produksi PGLM mengumumkan penangguhan pementasan sehingga tahun depan berikutan penularan COVID-19. Foto IG Tiara Jacquelina

KUALA LUMPUR: Biarpun pementasan ditunda tahun depan, kira-kira 7,000 pembeli tiket Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) bersabar menanti Gusti Putri Retno Dumilah beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), di sini.

Mendakwa menanggung kerugian lebih RM2 juta akibat penangguhan itu, Ketua Pencetus Impian Kumpulan Enfiniti, Puan Sri Tiara Jacquelina terharu peminat menyokong karya yang sepatutnya dipentaskan di IB pada 3 Julai depan.

Tiara berkata, tiada peminat merungut atau meminta wang dikembalikan selepas pengumuman PGLM ditangguhkan akibat penularan COVID-19, dibuat.

"Saya sangat berterima kasih kepada pembeli tiket awal. Biarpun ketika tiket mula dijual, kami tidak mengumumkan nama pelakon tetapi mereka menaruh kepercayaan dan menunggu dengan penuh sabar.

"Saya amat terharu dan bersyukur atas sokongan ini. Bayangkan, ketika status pementasan masih tergantung berikutan COVID-19, tidak ada yang bertanya mengenai tiket.

"Rata-rata mereka sanggup menunggu. Saya memohon pembeli tiket terus bersabar. Syarikat yang menguruskan tiket akan membuat penyusunan semula sebaik kami mendapat tarikh baharu daripada IB," katanya kepada BH Online.

Biarpun lebih setahun mengatur persiapan mementaskan PGLM, Tiara akur pandemik COVID-19 memberi kesan kepada pementasan awam termasuk Broadway di New York, Amerika Syarikat (AS).

"Semua orang tahu betapa teruja saya untuk pementasan ini. Setiap masa dalam fikiran, hanyalah PGLM. Ketika kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, saya cukup yakin pandemik tidak berlarutan.

"Bahagian produksi sudah mula bekerja November lalu diikuti sesi latihan pelakon, sebulan kemudian. Tetapi apabila PKP dilanjutkan menjadi PKP Bersyarat, saya masih cuba berfikiran positif.


tiarajaquen_1592459686.jpg

Tiara terharu peminat yang sudah membeli tiket menonton PGLM tidak merungut apabila pementasan terpaksa ditangguhkan sehingga tahun depan. - NSTP/Nurul Shafina Jemenon

"Saya mula merancang 'Pelan B' untuk PGLM. Latihan atas talian menggunakan aplikasi Zoom antara yang cuba dipertimbangkan ketika itu," katanya.

Tiara mengaku pernah terfikir 'mengurung' semua pelakon di sebuah tempat agar mereka boleh berlatih bersama.

"Ini kerana saya bimbang jika kerajaan meluluskan pementasan terbuka, kami tidak bersedia," katanya yang melupakan hasrat itu sebaik memikirkan soal kesihatan dan keselamatan pelakon dan kru produksi.

Tiara berkata, setakat ini, persiapan PGLM sudah hampir 70 peratus siap termasuk set mega. Malah, dia melabur sejumlah wang yang banyak untuk membeli peralatan baharu.

"Tidak sangka apabila kelengkapan bernilai jutaan ringgit dibeli, begini pula jadinya. Apatah lagi, sepanjang PKP, kami tidak menjana pendapatan namun gaji pekerja tidak diabaikan," katanya.

Sumber : bharian
 
Sponsored Post

Top
Log in Register