Tiada ustaz Umno layak dilantik jadi ketua ulama

CG Sponsors




ckama33

Active+ Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
3,946
Reaction score
158
Points
33
KOTA BHARU, 3 Jan: Umno dianggap benar-benar ketandusan kepemimpinan ulama sehingga terpaksa menawarkan jawatan Ketua Ulama Umno kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sedangkan jawatan seumpama itu tidak pernah wujud dalam sejarah perjuangan Umno sejak 1946.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, hari ini Umno baru mengakui tiada tokoh dalam parti itu yang boleh dilantik sebagai mengetuai kumpulan ulama dalam Umno.

“Ini kerana ulama yang makan gaji dengan kerajaan yang ada sekarang hanya sebagai alat untuk menggambarkan Umno juga mendaulat Islam.

“Namun sebaliknya ulama seperti itu tidak mampu dilantik sebagai ketua di kalangan mereka. Lagi pun saya cukup hairan sejak bila pula tiba-tiba Umno mengiktiraf peranan ulama,” katanya di sini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Bazlan Baharuddin mempelawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyertai Umno bagi membolehkan dilantik sebagai ketua ulama Umno.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, lebih baik Bazlan dan pengikutnya menyertai PAS kerana baru menyedari kepentingan peranan ulama dalam kehidupan umat Islam.

“Tinggallah parti assobiah yang sempit itu kerana perjuangan mendaulatkan bangsa dan meninggalkan ketaatan kepada Allah akan menemui kehancuran,” ujarnya.

Beliau juga melahirkan rasa hairan tiba-tiba pemuda Umno melahirkan idea seperti itu sehingga memperlihatkan bertentangan sama sekali dengan tindak tanduk mereka sebelum ini.

Menurutnya juga pelawaan seperti itu biar pun tujuan mempersendakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, namun ia memperlihatkan tahap pemikiran sebenar pemimpin Umno.

“Orang ramai yang membaca kenyataan itu tentunya ketawa seorang diri. Ia seumpama meludah ke langit yang terkena kepada dirinya sendiri,” tambahnya.

HARAKAHDAILY


P/S : akhirnya umno mengakui ketokohan TNA sebagai ULAMA yang selama ini di anggap bukan memperjuangkan ISLAM :eek: :)) :eek: :))
 
Sponsored Post

mattop

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
12,396
Reaction score
10
Points
115
laaa... cam tuh plak?
 

puyong

Super Active Member
Joined
Jan 29, 2007
Messages
6,474
Reaction score
15
Points
65
kalau da boleh menghalalkan arak n judi, mana la boleh nak lahirkan/ujudkan ulama...kata2 ulama tak diguna pakai...
 

qai

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2008
Messages
2,928
Reaction score
1
Points
25
ustaz najib x layak ke?
 

ckama33

Active+ Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
3,946
Reaction score
158
Points
33
aku gelak sendiri ler baca... adei, teringat pulok time kehangatan berita mengenai kenyataan tuan guru tentang isu samseng... wakakakaka depa umno ni tak malu ker? dah buruk2kan orang, last2, orang yang di buruk2kan tuh di ambil sebagai ketua... bukan ketua PUTERA atau PEMUDA, TAPI ULAMA... ULAMA YANG DI PANDANG TINGGI OLEH ORANG ISLAM yang kita sedia maklum bahawa gelaran ULAMA itu hanyalah orang yang berILMU tinggi mengenai ajaran ISLAM yang layak di gelar ULAMA. bagaimana pulak dengan KETUA ULAMA?
 

bazsh

Super Active Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
7,020
Reaction score
12
Points
65
Adei...kes mcmni pun ada ker? hehe
Geli pankreas aku
 

fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,985
Reaction score
258
Points
136
ahun lepas rasanya malaysia dah dapat pengiktirafan orang arab bahawasanya malaysia nih negara islam yang paling maju...layak dijadikan role model..

ahaks!!! kesian , sampaikan terpaksa minta pengiktirafan org arab .. org arab sendiri yg banyak kafir pastu pandang sebelah mata aje saudara seisle di palestin..

okay , berbalik pada topik... dlm kerajaan umno nih mmg ulama..so ilmunya pun kalau nak dibandingkan dengan kita yang jahil nih , bagus lagi diorang..tetapi oleh kerana di king kong oleh umeno...so , tu yg jadi lebai pak turut...

nih semua mainan politik aje.. tak tahu lah ape taktik diorang jemput TGNA ... mungkin hidayah dari lagi dah turun agaknya...
 

srikandi_syahid

Active Member
Joined
Oct 22, 2009
Messages
1,052
Reaction score
6
Points
25
TGNA jd ketua Ulama UMNO??...Mcm ade propaganda jea nie...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register