BTC USD 40,027.1 Gold USD 1,865.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada tindakan MAS rugi RM8 bilion

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,255
Reaction score
28
Points
70
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub sekali lagi menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengambil tindakan terhadap isu kerugian Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berjumlah RM8 bilion.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, isu itu telah lama dibangkitkan beliau di Dewan Rakyat termasuk menghantar surat kepada pengerusi PAC sendiri, Datuk Seri Azmi Khalid.

"Saya telah membangkitkan tentang dua surat yang saya hantar kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid pada 13 Disember 2009 dan sekali lagi saya hantar pada 30 Ogos 2010 yang saya telah meminta PAC mengambil suatu tindakan terhadap isu kerugian MAS sebanyak RM8 bilion dan isu ini telah pun saya kemukakan sama ada dengan dua surat yang telah saya kemukakan dan juga diikuti dengan beberapa perbahasan saya dalam Parlimen," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen petang semalam.

Tambahnya, isu kerugian MAS ini harus diambil siasatan terperinci kerana ia merupakan kerugian besar selepas skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Isu kerugian MAS ini merupakan skandal kedua selepas PKFZ dan demi menyelamatkan wang rakyat dalam negara kita ini saya telah mengemukakan isu ini dan saya telah nyatakan tadi bahawa saya mengharapkan bahawa pada kali ini PAC benar-benar dapat memanggil satu siasatan terhadap isu kerugian MAS ini," katanya lagi.

Beliau turut menegaskan, jika tiada apa-apa tindakan diambil oleh PAC berhubung aduan itu, tempat Azmi harus diganti dengan orang lain agar ia dapat berperanan dengan lebih baik.

"Kalau PAC tidak boleh mengambil apa-apa tindakan, saya cadangkan pengerusi PAC diganti dengan orang lain supaya ianya lebih efektif," katanya.

Beliau turut menegaskan, beliau akan membawa isu itu sehingga ke peringkat tertinggi bagi memastikan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Saya terus akan membawa isu ini hingga ke peringkat jawatankuasa saya akan menyebutnya dalam perbahasan di peringkat JPM.

"Saya cukup konsisten dalam membawa isu ini dan saya harap tindakan dapat diambil terhadap bagaimana MAS boleh mengalami kerugian RM8 bilion dan isu ini memerlukan penyiasatan segera dan saya harap ia boleh mengembalikan kewibawaan SPRM dan PAC," katanya.
Sumber

---------
kat Malaysia ni rugi berjuta2 dan berbillion2 selamba je. Duit hasil mahsul bumi Malaysia ni melimpah ruah tapi kalau yg memimpin buat tak tau je dgn kerugian demi kerugian ni so dah tiba masanya pemimpin kena tukar. Yg pelik dalam masa yg sama, rakyat dibebani dgn kenaikan harga minyak dan harga barang2 dan cukai itu ini.

Hasil banyak tapi kalau diuruskan oleh pemimpin yg berjiwa rakyat pasti ia dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat. Fikir2kan.
 
Sponsored Post

e.k.

Super Active Member
Joined
Jan 24, 2008
Messages
9,898
Reaction score
70
Points
70
Ya ...sy setuju pengerusi PAC ditukau....

tapi yg pasal loss 8 bilion tu ish ihs ihs
 

TANjb

Fun Poster
Joined
Nov 24, 2008
Messages
287
Reaction score
1
Points
15
Memang tak masuk akal kenapa MAS boleh rugi besar, sedangkan SIA
(S'pore ) dan Thai Airway (Thailand) boleh untung.

Nak katakan ekonomi serantau terjejas, kenapa negara jiran boleh untung ......:-?
 

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
susah bagi kat org politik sembang bab ekonomi...
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
lemahnya.....asyik lugi ajer....bila mau untung...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register