BTC USD 54,517.0 Gold USD 2,497.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada tanah hutan dipajak peniaga Tionghua di Kelantan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,754
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,754
Reaction score
6,411
Points
881
Awards
1
Tiada tanah hutan dipajak peniaga Cina

AZMI YUSOFAugust 3, 2024

GUA MUSANG: Dakwaan yang mengatakan kononnya kerajaan Kelantan memajak tanah hutan termasuk kawasan pembalakan kepada syarikat milik peniaga Cina adalah tidak berasas.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan itu berupa tuduhan berat kerana dibuat tanpa sebarang data yang kukuh, sebaliknya hanya bersifat khabar angin.

“Saya nak jelaskan bahawa kenyataan Kelantan beri pajakan kepada pihak asing tak betul.

“Tuduhan itu dibuat lebih kepada khabar angin tak boleh jadi asas, sebab dakwaan tersebut serius,” katanya pada sidang media Perikatan Nasional selepas penamaan calon PRK DUN Nenggiri, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa lot tanah di Kelantan diserah kepada seorang ahli perniagaan Cina termasuk membabitkan aktiviti pembalakan.

Tuan Ibrahim juga berkata, apa yang berlaku segala aktiviti termasuk pembalakan di negeri ini mematuhi peraturan, malah kerajaan negeri turut menerima sijil pematuhan had penebangan.

Tambahnya, jika dilihat laporan pembalakan di semua negeri, Kelantan antara yang mematuhi had penebangan yang dibenarkan.

Malah, katanya ekoran pematuhan itu (penebangan) kerajaan Kelantan memperolehi anugerah sijil pematuhan had penebangan. – HARAKAHDAILY 3/8/2024
 
Sponsored Post

munkin rujuk musang king Sindiyan?

Tanah sapa?

siapa Sindiyan

Kelantan rekod sejarah, miliki ladang durian Musang King terbesar

Mohamed Fadzli (kiri) ketika Majlis Pengiktirafan Malaysia Book Of Records kepada pihak Sindiyan yang dinobatkan sebagai ladang durian Musang King terbesar di Malaysia. - Gambar Astro AWANI
 
Boleh jadi kerajaan negeri atau anak kelantan ada pegangan majoriti dalam Sindiyan.
 
Boleh jadi kerajaan negeri atau anak kelantan ada pegangan majoriti dalam Sindiyan.
PETALING JAYA: Seorang individu didakwa membolot seluas 9,864 ekar tanah di Kelantan yang dikatakan bakal menjadi ladang Durian Musang King terbesar di negara ini.

Menurut Aktivis dikenali Syam Ghaz, kerajaan negeri Kelantan bersikap hipokrit kerana membiarkan individu berkenaan mendapat tanah seluas itu.

Soalnya, mengapa bukan rakyat di negeri itu mengusahakan sendiri ladang itu secara berkelompok.

“Tengah viral isu Ladang Durian Musang King terbesar di Malaysia milik tauke tauke cina. Masa Pilihanraya bukan main regim PAS Kelantan maki hamun cina.

“Last-last Pelaburan datang dari syarikat Cina juga, dapat pula pajakan tanah 99 tahun! Itulah sikap pemimpin Pas yang hipokrit! Bab fulus kelabu mata,” katanya menerusi Facebook pada Ahad.

Syam Ghaz berkata, dalam kes yang viral tu, terdapat dua syarikat terlibat iaitu satu untuk bab pembalakan dan satu lagi bab ladang musang king.

“Selepas semak rupanya, individu sama ada dalam kedua dua syarikat. Bertuah sungguh!

“Ladang Lojing Sdn Bhd dapat tanah dari Yayasan Kelantan Darul Naim (Glc Kelantan) yang masa itu dipengerusikan oleh Dato ehem ehem!,” ujarnya.

Katanya lagi, manakala syarikat Durian Musang King terbesar di Malaysia yang viral ketika Timbalan Menteri Besar Kelantan lawat tu namanya SINDIYAN Sdn Bhd

“Semakan di SSM, Pemilik syarikat Ladang Lojing Sdn Bhd dan Sindiyan Sdn Bhd adalah orang sama. Beliau menjadi BOD.

“Jumlah tanah dua syarikat tu dapat berjumlah 2,454 ekar campur 7,410 ekar iaitu 9,864 ekar di Lojing, Gua Musang,” ujarnya.

Sebelum ini, jelasnya, Datuk Husam Musa pernah membuat pendedahan mengenai syarikat terlibat namun tidak dijawan oleh Menteri Besar Kelantan dulu dan sekarang.

....................................................................

Saya kopi pasta :D

Terus terang saya tak tau kebenaran/ kesohehan apa yg dituduh....apa yg saya copypaste ni saya rasa merujuk tuduhan yg dijawab

................
GUA MUSANG: Dakwaan yang mengatakan kononnya kerajaan Kelantan memajak tanah hutan termasuk kawasan pembalakan kepada syarikat milik peniaga Cina adalah tidak berasas.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan itu berupa tuduhan berat kerana dibuat tanpa sebarang data yang kukuh, sebaliknya hanya bersifat khabar angin.

“Saya nak jelaskan bahawa kenyataan Kelantan beri pajakan kepada pihak asing tak betul.

“Tuduhan itu dibuat lebih kepada khabar angin tak boleh jadi asas, sebab dakwaan tersebut serius,” katanya pada sidang media Perikatan Nasional selepas penamaan calon PRK DUN Nenggiri, di sini hari ini.

............................................................................

Nampak Dato'sri Tuan Ibrahim dah jawab ini hanya tuduhan berat, kabar angin...
Munkin saya yg tertinggal keretapi/duk gua?

boleh sapa2 tolong perjelas?
 
Boleh jadi kerajaan negeri atau anak kelantan ada pegangan majoriti dalam Sindiyan.

video dia cakap cina ...pasaipa ???

saya cuba tengok web dia kot2 ada tulis pegangan melayu atas tanah 9000 ekar tu...tak jumpa pulak

munkin Tuan boleh hjelaskan

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register