BTC USD 37,892.3 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tiada royalti petroleum untuk Kelantan, hanya wang ehsan

Sponsored Post

siamanggagapp

Active+ Member
Messages
4,106
Joined
Jul 20, 2013
Messages
4,106
Reaction score
567
Points
71

Kelantan terima RM400 juta daripada Kerajaan Pusat​

Nor Fazlina Abdul Rahim
[email protected]
January 2, 2020 @ 12:24pm

WhatsApp_Image_2020-01-02_at_11.43.13_AM_1577939081.jpg
Ahmad mengadakan sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baru kepada penjawat awam Kelantan di Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini. - NSTP/Zaman Huri Isa

KOTA BHARU: Kelantan menerima bantuan sekali beri atau ‘one-off’ sebanyak RM400 juta daripada Kerajaan Persekutuan pada Rabu lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata surat khas mengenai bantuan berkenaan diterima daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Disember lalu sebelum wang dimasukkan pada 25 Disember.

Beliau berkata, Dr Mahathir dalam suratnya, memaklumkan peruntukan berkenaan adalah untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Kelantan.

“Ini bukan wang royalti, sebaliknya dinamakan ‘one-off’ oleh Perdana Menteri sendiri. Justeru, kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri.

“Ini bantuan ‘one-off’ pertama diberikan kepada Kelantan. Sebelum ini kita tidak pernah meminta kerana apa yang diusahakan adalah royalti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu kepada penjawat awam Kelantan di Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.
 

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,682
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,682
Reaction score
2,911
Points
261
Awards
1
bn dulu tk bg seduit pn

pstu dpt la jgk 400 juta dr ph

tarik kes court pstu kena kincin pulak dgn pn nk bg wang ehsan

sian pak aji
Zaman BN dulu wang ihsan masuk dalam Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.

Kerajaan Negeri nganga jela time tu. Projek kat Kelantan semua federal yang sapu.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,390
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,390
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1

Pemuda PAS pertahan kerajaan negeri tuntut royalti​

November 28, 2021
royalti-696x392.jpg
Foto hiasan.
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan berdiri teguh bersama Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dalam usaha mempertahankan hak rakyat dan negeri dalam isu bayaran tunai petroleum.

Ketuanya Mohamad Kamal Mohamed berkata, lagi pun perkara itu selaras peruntukan perjanjian 1975 antara kerajaan negeri dan Petronas serta keputusan kerajaan Persekutuan.

https://www.kpdnhep.gov.my/images/d...Kemajuan-Petroleum-1974-sehingga-1-6-2013.pdf

“Relevansi bayaran tunai kepada negeri perlu dilunaskan bukan di atas nama wang ehsan.

“Atas apa jua justifikasi, Pemuda PAS negeri akan terus mendesak, berhujah serta menadah tangan berdoa dalam mempertahankan hak dan tidak sanggup lagi melihat negeri ini terus dikesampingkan,” katanya di sini.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika jawapan di parlimen menjelaskan Kelantan akan dibayar wang ehsan dan bukan wang tunai.

Bagaimanapun kerajaan negeri melahirkan terkejut kerana ia bercanggah dengan komitmen kerajaan Pusat sebelum ini.

Malah menteri besar juga memberitahu akan menulis surat kepada menteri kewangan bagi mendapat gambaran sebenar. Rakyat Kelantan memperjuangkan tuntutan royalti petroleum sejak berpuluh tahun lalu. – HARAKAHDAILY 28/11/2021
 

g-man

Super Active Member
gem
Messages
6,735
Joined
Jan 16, 2011
Messages
6,735
Reaction score
1,081
Points
151
Hm...sampai ke sudah la PAS ni....takkan nk hrp derma ahli dan rakyat shaja.....asyik kena game je
 

pudins70

Super Active Member
gem
Messages
9,389
Joined
Mar 28, 2011
Messages
9,389
Reaction score
1,058
Points
151
Tunggu umno pupus dari mukabumi dulu lah baru boleh berangan.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register