BTC USD 37,924.8 Gold USD 1,791.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tiada royalti petroleum untuk Kelantan, hanya wang ehsan

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,390
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,390
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1

Royalti petroleum: PAS syor tubuh jawatankuasa khas​

November 28, 2021
tuan4-696x434.jpg

PASIR MAS: PAS mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menubuhkan satu jawatankuasa bebas untuk mengesahkan berhubung tuntutan royalti petroleum Kelantan.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jawatankuasa bebas itu juga perlu dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Malah, kita juga akan membincangkan isu itu dengan beberapa pihak terutamanya Kementerian Kewangan berhubung status terkini tentang royalti petroleum berikutan dilihat tidak ada kesamaan di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri berhubung isu royalti minyak.



“Dan mungkin satu jawatankuasa bebas yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri dan Pusat untuk kita mengesahkan beberapa perkara seperti jarak 3 batu nautika dan masing-masing ada fakta-fakta. Selain itu, jumlah pengeluaran (minyak) juga perlu ditentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) di Projek Penstabilan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, mengenai soal batu nautika dahulu tidak ada dalam perjanjian dan ini juga akan dilihat dan dibincangkan.

“Saya fikir pasti akan ada jalan penyelesaian lebih mudah memandangkan kita juga bersama dengan Kerajaan Persekutuan dan perkara ini akan dapat selesai,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul berkata, Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 24 November lalu beliau berkata, ia disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

Malah, semalam Menteri Besar Kelantan Dato’ Ahmad Yakob turut memohon penjelasan lanjut daripada Kerajaan Persekutuan berhubung kenyataan Tengku Zafrul mengenai pembayaran royalti petroleum. – HARAKAHDAILY 28/11/2021
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Bekas menteri Zaid Ibrahim menegaskan apabila kerajaan Kelantan memberi hak kepada Petronas untuk pembangunan petroleum, ia melayakkan negeri itu mendapat bayaran 5% daripada hasil minyak.

Royalti minyak tiada kena mengena dengan perairan wilayah, Zaid jawab Zafrul​


November 29, 2021 12:01 PM


Zaid-Ibrahim-3-March-2021-FMT1.jpg


Zaid Ibrahim mempersoalkan bagaimana Kelantan dapat maju tanpa wang yang mencukupi.


PETALING JAYA: Bayaran royalti minyak bergantung kepada perjanjian antara negeri dengan kerajaan persekutuan dan tiada kaitan dengan perairan wilayah, kata bekas menteri Zaid Ibrahim.

Bekas Menteri Undang-undang itu menjawab kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz yang menyebut bahawa tidak akan ada bayaran royalti minyak kepada mana-mana negeri di Semenanjung, termasuk Kelantan.

Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Tengku Zafrul berkata, kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan Kelantan.
Namun begitu katanya, kerajaan persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ehsan kepada negeri itu memandangkan lokasi medan itu berdekatan dengan perairan Kelantan.



Zaid sebaliknya berhujah, apabila kerajaan Kelantan memberi hak kepada Petronas untuk pembangunan petroleum, perjanjian itu melayakkan negeri itu mendapat bayaran 5% daripada hasil minyak.

“(Royalti) tiada kena mengena dengan berapa kilometer, berapa batu nautika, sama ada ia dalam perairan wilayah, walaupun Akta (Kemajuan Petroleum 1974) menyebut 12 batu nautika dari Kelantan, Terengganu dan sebagainya.

“Sabah dan Sarawak masih mendapat royalti dari telaga-telaga minyak di luar tiga batu nautika. Jadi, tidak ada kena mengena,” katanya di Facebook.

Zaid berkata, kerajaan Kelantan pimpinan PAS sebelum ini menyaman kerajaan persekutuan berhubung royalti minyak tetapi selepas 10 tahun, ia menggugurkan kes itu kerana berpuas hati dengan RM600 juta yang diberikan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

“Menteri-menteri Umno pun apa kurangnya. Annuar Musa (Ahli Parlimen Ketereh) kata beliau cemburu dengan kemajuan Sarawak.
“Tak perlu rasa cemburu. Beliau perlu rasa Kelantan telah diperbodohkan, dipermainkan dan beliau harus menuntut pembelaan hak (rakyat Kelantan) yang sebenar,” katanya.

Zaid berkata, bajet RM600 juta setahun kepada Kelantan tidak cukup untuk gaji kakitangan awamnya dan mempersoalkan bagaimana negeri itu dapat maju tanpa wang yang mencukupi.

“Sumber yang ada hanyalah pada minyak. Itu hak kita. Maka saya haraplah orang Kelantan, jangan diperbodohkan. Biarlah kita bersatu dan tuntut hak. Inilah satu-satunya sumber untuk kita mengatasi kemiskinan yang ada di Kelantan,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan Kelantan menzahirkan rasa kecewa apabila Putrajaya mengesahkan bahawa Petronas tidak akan membayar sebarang royalti minyak kepada negeri itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau terkejut dengan kenyataan itu kerana kerajaan negeri mengharapkan royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Pembayaran wang ihsan tiba-tiba dilaksanakan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad yang tidak meneruskan bayaran 5% royalti minyak kepada Terengganu yang diambil alih PAS pada akhir 1990-an.


Perjanjian ialah 5% royalti minyak, bukannya wang ihsan, kata Ku Li​





November 29, 2021 8:00 AM


04-TENGKU-RAZALEIGH-HAMZAH.jpg


Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Putrajaya perlu menghormati perjanjian antara kerajaan negeri dan Petronas berhubung pembayaran tunai 5% royalti minyak kerana menyerahkan hak minyak dan gas kepada syarikat itu.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pembayaran wang ihsan kepada negeri tidak termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum.

Ahli politik veteran itu berkata, perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri ialah syarikat minyak negara itu membuat pembayaran tunai 5% kepada negeri untuk menyerahkan hak hidrokarbon atau minyak dan gas kepada Petronas.

Beliau mengulangi pembayaran wang ihsan langsung tidak dinyatakan dalam akta itu, manakala 5% ialah hasil pengiraan bekas Ketua Menteri Sarawak, Rahman Ya’kub, yang dipersetujui bersama oleh negeri terbabit dan Petronas.

“Di bawah Akta Kemajuan Petroleum dan surat ikatan peletakhakan yang merupakan sebahagian daripada akta itu, anda tidak boleh membayar wang ihsan kerana tiada peruntukan untuk perkara itu di bawah akta berkenaan.



“Perjanjian itu antara kerajaan negeri berkaitan di Malaysia dengan Petronas, ia bukannya perjanjian antara kerajaan negeri berkaitan dengan kerajaan persekutuan,” katanya dalam wawancara dengan FMT.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mungkin tidak diberikan taklimat menyeluruh mengenai undang-undang itu.

Katanya, Petronas mempunyai kewajipan membayar 5% kepada setiap negeri dalam persekutuan yang menyerahkan hak minyak dan gas mereka kepada syarikat itu.

“(Rahman) ialah orang yang menawarkan formula ini supaya kita boleh meletakkan semua sumber minyak negara ke dalam Petronas, organisasi tunggal milik rakyat Malaysia, dan bukannya mana-mana negeri atau entiti.

“Dan itu ialah pengiraan ringkas. Daripada wang yang diletakkan dalam Petronas, selepas semua kos diambil kira, Petronas kemudian membayar 5% kepada setiap negeri dalam bentuk pembayaran tunai setiap tahun. Tiada keraguan mengenainya.

Baru-baru ini, Zafrul dilaporkan berkata, Putrajaya tidak akan membayar royalti minyak kepada mana-mana negeri di Semenanjung, termasuk Kelantan, sebaliknya ia akan terus menerima wang ihsan untuk petroleum yang dihasilkan di luar persisir pantainya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan terkejut dengan kenyataan Zafrul itu kerana kerajaan negeri itu mengharapkan bayaran tunai itu sejajar perjanjian yang ditandatangani Petronas pada 1975.

Permulaan wang ihsan

Tengku Razaleigh berkata, pembayaran wang ihsan bermula “secara tiba-tiba” apabila pentadbiran Dr Mahathir Mohamad memutuskan tidak meneruskan bayaran royalti 5% kepada Terengganu, selepas PAS mengambil alih kerajaan negeri itu pada hujung 1990-an.

“Pucuk pimpinan Umno memutuskan kami tidak akan membayar mereka kerana bimbang mereka mungkin menggunakan wang ini secara salah, malah mungkin menggunakannya untuk tujuan politik.”

Tetapi, wang ihsan berbeza sama sekali daripada pembayaran tunai 5% kerana sukar untuk memastikan jumlah itu datang dari mana.
Pada masa sama, katanya, bayaran 5% itu berdasarkan formula Rahman yang dipersetujui negeri dan Petronas.

“Saya membawa draf perjanjian surat ikatan peletakhakan ini ke setiap negeri untuk diteliti kerajaan negeri kerana kita mahukan perpaduan. Dan semua kerajaan negeri mengambil masa mengkajinya.

“Kemudian saya ke setiap negeri sekali lagi untuk berunding, bukan dengan Ketua Menteri atau Menteri Besar sahaja, tetapi dengan Exco juga dan mereka sangat gembira menerima apa yang dicadangkan oleh Sarawak.”

Beliau bertegas tidak mengatakan pembayaran wang ihsan itu adalah baik atau sebaliknya, tetapi Putrajaya perlu menghormati perjanjian sedia ada antara Petronas dan negeri.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, ia menunjukkan kerajaan persekutuan tidak mempedulikan perjanjian yang dimeterai negeri berdaulat dengan persekutuan Malaysia, yang boleh menghalang pelabur asing.



“Jika anda tidak menghormati perjanjian mudah sesama anda yang ditandatangani suatu masa dahulu, bagaimana anda mengharapkan orang asing yang mahu datang dan melabur di sini menerima sikap sebegini?

“Jika Putrajaya mahu terus membayar di bawah skim wang ihsan ini kepada negeri berkaitan, mereka boleh teruskan.

“Tetapi, saya hanya katakan di bawah perjanjian surat ikatan peletakhakan, yang merupakan sebahagian akta itu, anda tidak boleh lari daripada hakikat apa sahaja minyak yang anda hasilkan, 5% perlu diberikan kepada negeri sebagai bayaran tunai. Itu perjanjiannya.”

 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,390
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,390
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Sambung la saman balik
Ari tu da dpt rm600 juta
Batalkan saman plak 😂
 

siamanggagapp

Active+ Member
Messages
4,106
Joined
Jul 20, 2013
Messages
4,106
Reaction score
567
Points
71
PH betul2 byr ke kat Kelantan?
Rasanya tak bayar pun royalti tu
kn ada masuk berita hari tu mmg dh bayaq

beza royalti depa bg direct kt kerajaan negeri

wang ehsan masa dulu2 depa tk bg kt kerajaan negeri tp dok bg kt pihak2 yg brkepentingan yg lain

tu kt terengganu dulu naik projek merapu masjid kristal lah apa lah smua nk perabihkn wang ehsan punya psl. kerajaan negeri pas masa tu nganga je la mkn habuk
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
time ph kapir harbi.. kelantan dpt royalti.. time pn melayu isle.. kelantan dpt wang ehsan.

takpa lah.. janji kerajaan ph kapir jatuh.. haha
PH betul2 byr ke kat Kelantan?
Rasanya tak bayar pun royalti tu

Sambung la saman balik
Ari tu da dpt rm600 juta
Batalkan saman plak 😂
kn ada masuk berita hari tu mmg dh bayaq

beza royalti depa bg direct kt kerajaan negeri

wang ehsan masa dulu2 depa tk bg kt kerajaan negeri tp dok bg kt pihak2 yg brkepentingan yg lain

tu kt terengganu dulu naik projek merapu masjid kristal lah apa lah smua nk perabihkn wang ehsan punya psl. kerajaan negeri pas masa tu nganga je la mkn habuk


Royalti Minyak masih belum dibayar
Kelantan tarik saman atas perjanjian petronas akan bayar
tapi rerupanya royalti minyak masih belum dibayar

kerajaan masa tu kata, mcmana nak bayar klu kelantan masih tak tarik saman
jadi kelantan tariklah saman, rerupanya masih belum dibayar


ni kerajaan masa ni pun mcm susah gak nak bayar

pendek kata, royalti minyak ni mana mana kerajaan pegang pun susah nak bayar pada kelantan

klu dikirakan PAS dah bagi sokongan pada kerajaan PN ni, at least bayarlah
tapi royalti minyak masih berdolak dalik utk dibayar

1638175573872.png


Kelantan mungkin saman Petronas semula

Diterbitkan: Oct 16, 2019 4:24 PM


Kelantan mengancam untuk mengemukakan saman baru ke atas Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sekiranya tuntutan mereka terhadap royalti minyak tidak diberi seperti yang dijanjikan.

Anggota Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan, berkata selepas saman Kelantan terhadap Petronas sebelum ini ditarik balik, pembayaran royalti seperti yang termaktub dalam perjanjian sepatutnya diteruskan.

Yakin dengan pendirian berkenaan, setiausaha agung PAS itu berkata, Kelantan bersedia mendedahkan surat-surat yang diutus kepada kerajaan persekutuan berhubung isu berkenaan.

"(Sebelum ini) Kelantan tarik balik (saman) atas jaminan kerajaan pusat akan bayar (royalti minyak). Tapi kalau royalti tak dibayar seperti dijanjikan, kerajaan negeri mempunyai hak untuk saman semula.

“Maksud saya, (kalau) nak saman, boleh, sebab ia masih berterusan untuk 2019 sehingga 2020," katanya ketika ditemui media di lobi parlimen hari ini.

Menurut Takiyuddin, Petronas perlu membayar lima peratus daripada hasil pengeluaran petroleum dari telaga minyak di Kelantan kepada kerajaan.

Katanya, jika royalti itu boleh dibayar kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak mengikut formula tertentu, hal yang sama juga perlu dibuat pada Kelantan.

"Mana data untuk Kelantan?” katanya.

Pada 28 Jun lalu, pertikaian berhubung isu tuntutan royalti minyak membabitkan Kelantan dan kerajaan persekutuan selesai selepas Kota Bharu menarik balik tuntutan saman yang difailkan sembilan tahun lalu.

Melalui writ saman difailkan pada 30 Ogos 2010, Kelantan menuntut Petronas membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum yang dikeluarkan di pesisir negeri itu seperti yang ditetapkan dalam perjanjian cari gali petroleum.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata Petronas perlu menyatakan berapa hasil diperolehi mereka dari telaga minyak dan daripada jumlah itu lima peratus perlu diberi kepada Kelantan.

“Kelantan tarik balik (saman sebelum ini sebab) janji atas jaminan nak bayar. Kita minta data kepada Petronas (sebab) kami percaya dah bagi kepada kerajaan.

“Jadi kerajaan kena bagi (data tersebuT) pada kami. Kami nak tahu data. Kami nak tanya formula yang keluar RM28 bilion berbanding formula kami lebih RM1 bilion setahun,” katanya.





 

siamanggagapp

Active+ Member
Messages
4,106
Joined
Jul 20, 2013
Messages
4,106
Reaction score
567
Points
71
haha tk bayaq lg nooo ingatkn hari tu gomen ph dh start bayaq ka mmg ada sket yg dh bayaq? sebab rasanya aku ada baca dulu yg kerajaan negeri dh terima brjuta2 lemon tu depa buat bayaq tunggakan gaji staff beli kete br bagai

pak aji kena kincingg meleleh lg ropanya
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
haha tk bayaq lg nooo ingatkn hari tu gomen ph dh start bayaq ka mmg ada sket yg dh bayaq? sebab rasanya aku ada baca dulu yg kerajaan negeri dh terima brjuta2 lemon tu depa buat bayaq tunggakan gaji staff beli kete br bagai

pak aji kena kincingg meleleh lg ropanya

tn siamanggagapp, masa kerajaan PH tu royalti minyak belum dibayar

ni kerajaan PN pun nak bayar sebagai wang ehsan je, bukan sebagai royalti minyak

yg buat bayaran tunggakan gaji staff tu Kelantan minta duit lain dari kerajaan pusat, bukan dari hasil minyak ni
 

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,682
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,682
Reaction score
2,911
Points
261
Awards
1
tn siamanggagapp, masa kerajaan PH tu royalti minyak belum dibayar

ni kerajaan PN pun nak bayar sebagai wang ehsan je, bukan sebagai royalti minyak

yg buat bayaran tunggakan gaji staff tu Kelantan minta duit lain dari kerajaan pusat, bukan dari hasil minyak ni
Bantuan 400 juta tu ke?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register