BTC USD 37,890.0 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tiada royalti petroleum untuk Kelantan, hanya wang ehsan

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
Tengku-zafrul-fmt-210720-1-1.jpg


Kerajaan membuat bayaran royalti tunai kepada Kelantan dalam bentuk wang ehsan, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.


PETALING JAYA: Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, beliau berkata, ini kerana kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.


Namun begitu katanya, memandangkan lokasi medan petroleum adalah berdekatan dengan perairan negeri Kelantan, maka kerajaan persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ehsan.

“Ia bagi melaksanakan projek dan program untuk manfaat rakyat di negeri tersebut,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta kerajaan menyatakan status terkini tuntutan bayaran royalti tunai oleh kerajaan negeri Kelantan.

 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,072
Joined
Jul 1, 2008
Messages
36,072
Reaction score
2,745
Points
261
Awards
1
Punye la lama party tu pegang negeri tu n berjuang dptkan royalty . Last2 ni jawapan nya??
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,686
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,686
Reaction score
4,118
Points
261
Awards
1
Kalau ikut logik.....petroleum bukan dalam perairan kelantan...kenapa dapat wang ehsan?....Kalau dibagi maknanya ada kaitan dgn Kelantan,.Mcm petroleum kat Ganu...Ganu lah dapat.....so bila dapat wang ehsan mesti ada kena mengena....tu logik aku lah
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,072
Joined
Jul 1, 2008
Messages
36,072
Reaction score
2,745
Points
261
Awards
1
Kalau ikut logik.....petroleum bukan dalam perairan kelantan...kenapa dapat wang ehsan?....Kalau dibagi maknanya ada kaitan dgn Kelantan,.Mcm petroleum kat Ganu...Ganu lah dapat.....so bila dapat wang ehsan mesti ada kena mengena....tu logik aku lah

Bukan ke ada petroleum kt darat? Ke semua kt laut je?
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,460
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,460
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,192
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
23,192
Reaction score
1,680
Points
201
Awards
1
Kelantan hargai pengiktirafan PN pada hak royalti minyak







d5766fe64687e60878c117b7983339ea.jpg




Diterbitkan: Jul 29, 2020 6:13 PM

Dikemaskini: 6:13 PM

ADS



https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/536639
https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/536639
Kelantan memberikan penghargaan dan berterima kasih kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengiktiraf negeri itu layak menerima bayaran tunai hasil petroleum sebanyak lima peratus.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob berkata perkara itu dimaklumkan melalui jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustapa Mohamed, dalam persidangan Dewan Rakyat, semalam.
"Pengumuman itu menunjukkan keterbukaan kerajaan PN di bawah kepemimpinan Muhyiddin Yassin bagi memastikan hak Kelantan dalam kerangka persekutuan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam, Mustapa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi dilaporkan berkata, bayaran tunai hasil petroleum yang dibayar Petronas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan dari 2008 hingga 2019 bernilai hampir RM59.8 bilion.
Laporan itu menyebut, Petronas membuat bayaran tunai hasil petroleum sebanyak lima peratus secara terus kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.
Bagi Kelantan dan Terengganu, katanya, Petronas menyalurkan bayaran kepada Kementerian Kewangan, yang seterusnya membuat bayaran kepada kedua-dua negeri terbabit.
Secara keseluruhan ia melibatkan RM24.54 billion dibayar kepada Sarawak, RM12.78 bilion kepada Sabah, RM22.04 bilion kepada Terengganu dan RM403.25 juta kepada Kelantan.
Sebagai rekod, isu royalti petroleum sentiasa menjadi tumpuan termasuk ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Kelantan juga sebelum ini menarik balik saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak - yang difailkan sembilan tahun lepas - pada 13 Mei lalu.
Malah wujud juga perdebatan apabila bekas menteri kewangan Lim Guan Eng mendakwa kerajaan PH sudah membuat pembayaran royalti kepada Kelantan, namun perkara itu dinafikan kerajaan negeri.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Royalti berkata harapan kini tergalas atas bahu pemimpin Kelantan untuk memanfaatkan kedudukan pemimpin PAS dalam kerajaan pusat.


1637902246259.png


Royalti Kelantan: Jawapan Zafrul tamatkan ‘gencatan senjata’ - NGO

Diterbitkan: Nov 26, 2021 12:42 PM

Kumpulan pendesak royalti minyak Kelantan berkata akan menggerakkan kembali kempen mereka susulan jawapan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz bahawa tiada bayaran royalti dibuat.

Pertubuhan R Kelantan (Royalti) berkata mereka melaksanakan "gencatan senjata" sebelum ini bagi memberi ruang rundingan antara negeri dan pusat selepas kes ditarik balik di mahkamah.

“Terkini dengan jawapan rasmi dari YB Senator Tengku Zafrul Abdul Aziz tersebut, maka pihak kami mengumumkan bahawa "gencatan senjata" yang dimeterai tersebut telah tamat, serta-merta!” katanya.

1637902292655.png


Royalti berkata harapan kini tergalas atas bahu pemimpin Kelantan.

Katanya, kerjasama politik antara PAS dalam kerajaan persekutuan harus digunakan sebaik mungkin.

“Gunakan kuasa politik sebagai king maker demi mendapatkan hak rakyat Kelantan sementara masa masih ada dan belum terlambat,” katanya.

Dalam jawapan bertulis parlimen semalam, Zafrul berkata pusat hanya menyalurkan wang ehsan kerana walaupun dekat, medan pengeluaran petroleum berada luar perairan Kelantan.

Isu royalti petroleum kepada Kelantan sering menjadi perdebatan dan diperjuangkan kerajaan Kelantan sejak sekian lama termasuk mengambil tindakan saman terhadap kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun pada Oktober 2018 Kelantan menarik balik saman tersebut susulan komitmen kerajaan pusat ketika itu bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad yang mahu membayar royalti kepada Kelantan dan Terengganu seperti dinyatakan dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara.

Ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, wang it sudah disalurkan royalti namun Kelantan beranggapan ia sebagai wang ihsan.
Kelantan memfailkan saman ketika negeri terbabit ditadbir oleh allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

146b040d8ec0f63ae2e2130eaaae0add.jpg
Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat

Bersama exco kanannya ketika itu, Husam Musa, Kelantan menyaman Petronas dan kerajaan pusat apabila Putrajaya tidak membayar royalti untuk minyak yang dicari gali di perairan negeri tersebut sejak 2004.

Saman terhadap Petronas dan kerajaan persekutuan itu meliputi dakwaan pelanggaran perjanjian kontrak dan turut membabitkan isu perlembagaan.




 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1

thread sebelum ni pasal royalti minyak
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register