BTC USD 27,596.1 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada rancangan semak semula Sosma - Saifuddin

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,380
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,380
Reaction score
5,114
Points
516
Awards
1
Kerajaan Mesti Elak Sosma Di Salah Guna Sekali Lagi

22.12.2022 - Kuala Lumpur, Kerajaan perlu memberikan keutamaan kepada usaha reformasi undang-undang untuk memastikan salah guna Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 - atau Sosma - dalam dekad lalu tidak berulang lagi. Sebelum ini ia pernah digunakan untuk menutup skandal rasuah, menyekat kempen pilihan raya yang bebas dan adil, dan untuk menangkap rakyat Malaysia yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Tamil Tigers. Antara contoh salah guna Sosma dalam dekad yang lepas;

- Penangkapan Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chong, untuk mengelakkan mereka melancarkan kempen antarabangsa bagi mendedahkan skandal 1MDB. Malah, Khairuddin telah memenangi saman terhadap kerajaan kerana melakukan penahanan tidak sah. Dia dianugerahkan ganti rugi sebanyak RM300,000 dengan RM50,000 kos.

- Penangkapan bekas Pengerusi Bersih 2.0 dan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, kerana kempen NGO itu mendapatkan pilihan raya yang bebas dan adil.


- Penangkapan bekas Adun DAP dan exco Melaka, G Saminathan, dan Adun DAP Negeri Sembilan, P Gunasekaran, atas dakwaan kononnya mempunyai hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Kerajaan terdahulu juga mendakwa mereka adalah sebahagian daripada rancangan untuk menyerang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia.

- Sejumlah 33 keluarga di Sungai Petani, Kedah berhadapan dengan kesusahan selepas pencari nafkah dalam keluarga mereka ditangkap melalui Sosma pada 2020. Dua tahun kemudian, mereka - yang berusia antara 22 ke 60 tahun - masih di bawah tahanan reman sambil menunggu perbicaraan selepas didakwa di bawah peruntukan Kanun Keseksaan.
Kerana salah guna seperti inilah 88 orang ahli parlimen Pakatan Harapan mengundi untuk menentang pelanjutan Subseksyen 4(5) Sosma untuk lima tahun lagi pada Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri ketika itu - yang kini menjadi ketua pembangkang - Hamzah Zainudin, semasa penggulungan perbahasan usul berkenaan bersetuju dengan pandangan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang yang menyatakan bahawa terdapat peruntukan dan klausa tidak adil dalam Sosma. Hamzah mengatakan kabinet diketuai Dr Mahathir Mohamed bersetuju pada 29 Nov 2019 untuk melakukan pindaan terhadap Sosma. Hamzah kemudian menjelaskan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob memerlukan lebih banyak masa untuk melaksanakan keputusan kabinet yang dibuat pada 2019 kerana perlu melalukan proses libat urus bersama pemegang taruh, termasuklah polis. Kini Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu menyelesaikan sesi libat urus yang dimulakan pentadbiran Ismail Sabri dulu dan membentangkan pindaan-pindaan yang perlu ke parlimen pada sidang Dewan Rakyat Feb nanti.

Langkah itu perlu untuk mengelakkan berulangnya lagi amalan salah guna Sosma yang pernah berlaku sebelum ini.

LIM KIT SIANG ialah veteran DAP dan bekas ahli parlimen.

1671682056838.png

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,004
Points
2,866
Awards
1
Ramkarpal berkata Saifuddin telah bersetuju untuk memulakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan. https://cstu.io/a22593

591766ccab32d2813d4a66952981a4c9.jpg


K'jaan akan buat libat urus, teliti peruntukan dalam Sosma

Diterbitkan: Dec 23, 2022 4:44 PM

Dikemaskini: 4:44 PM



Kerajaan setuju untuk meneliti beberapa peruntukan tertentu dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan akan melakukan libat urus dengan pihak berkepentingan, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.

Ramkarpal berkata dia telah bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, yang sebelum ini mengundang kritikan brhubung pendiriannya terhadap akta kontroversi itu, untuk berbincang tentang pelbagai isu berkaitan undang-undang.

"Antara lain, kami telah berbincang berkenaan Sosma dan keperluan bagi akta ini dikaji secara lebih lanjut bagi menangani pelbagai aspeknya yang telah menerima kritikan seperti peruntukkan yang mengehadkan pemberian jaminan.

"Saya gembira untuk mengumumkan bahawa Saifuddin telah bersetuju dengan cadangan saya untuk memulakan sesi libat urus yang sewajarnya bersama kesemua pihak berkepentingan yang terlibat bagi tujuan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.



Dia berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan perkara ini.
"Saya akan menjemput kesemua pihak berkepentingan, termasuk pegawai-pegawai daripada KDN dan PDRM, untuk segera memulakan proses ini," katanya lagi.

Semalam, tokoh veteran DAP Lim Kit Siang menggesa kerajaan untuk mengutamakan reformasi undang-undang dan membangkitkan beberapa wakil rakyat parti itu pernah ditahan di bawah Sosma atas dakwaa ada kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).


Memorandum kepada Saifuddin

Pada Selasa lalu, tiga ahli parlimen PH termasuk V Ganabatirau dari DAP menyerahkan memorandum kepada Saifuddin bagi menggesa undang-undang itu disemak semula dan agar tahanannya dibenarkan ikat jamin.
Ganabatirau adalah antara lima pemimpin Hindraf yang pernah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2007.

"Saya ditahan tanpa bicara selama 455 hari.

"Saya tahu apa yang dilalui para tahanan dan saya terkilan bila masih ada yang percaya Sosma tidak sepatutnya dimansuhkan," katanya kepada pemberita.

Sosma digubal bagi menggantikan ISA yang dimansuhkan ketika pentadbiran Najib Razak.

Antara yang hadir ketika penyerahan memorandum di luar Parlimen itu adalah keluarga 57 individu yang didakwa merupakan anggota "Geng Sakai" dan "Geng 08 GST" yang telah ditahan di Penjara Sungai Buluh sejak Jun 2021 dan 2022.

Kedua-duanya dijangka dibicarakan di mahkamah pada 2024 selepas didakwa di bawah Kanun Keseksaan.
Pihak keluarga antara lain meminta Saifuddin menyemak semula peruntukan dalam akta tersebut, yang disifatkan tidak adil dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Memorandum itu turut membangkitkan kesan negatif Sosma terhadap ahli keluarga tahanan, yang kebanyakannya berpendapatan rendah atau tahanan menjadi satu-satunya pencari nafkah.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,004
Points
2,866
Awards
1
Perkara itu dibuat kerana ingin menangani aspek yang menerima kritikan seperti peruntukkan menghadkan pemberian jaminan.

Kerajaan kaji semula Sosma, kata timbalan menteri​





December 23, 2022 7:35 PM


saifuddin-nasution-ramkarpal-fb.jpg

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengkaji semula peruntukan dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.

Beliau berkata, ia dibuat kerana ingin menangani aspek yang menerima kritikan seperti peruntukkan menghadkan pemberian jaminan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,004
Points
2,866
Awards
1
Sosma nie bgs xbgsnya klau guna sosma nk kengkang pihak lwn tu jd xbgs...
dah u-turn tn lau_kau
asal mula mula menteri kdn kata tiada nak semak semula

ni nak semak semula, dan kaji semula

Ram Karpal adalah orang yg amat against SOSMA
client dia pun ramai yg sangkut dengan SOSMA


 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,004
Points
2,866
Awards
1

Saifuddin agrees to hold engagements on Sosma​


December 23, 2022 7:35 PM

saifuddin-nasution-ramkarpal-fb.jpg
Deputy law minister Ramkarpal Singh (left) and home minister Saifuddin Nasution Ismail when the pair met at the latter’s office this morning. (Facebook pic)

PETALING JAYA: Home minister Saifuddin Nasution Ismail has agreed to hold engagements with stakeholders on the controversial Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma), says deputy law minister Ramkarpal Singh.

In a statement, Ramkarpal said he had met Saifuddin at the minister’s office this morning to discuss “various legal issues” involving his ministry.

Among the matters that were discussed included the need to study Sosma further to address various aspects that have been criticised recently, he said, including a provision that denies bail for certain detainees.

“I am happy to announce that Saifuddin has agreed with my proposal to start holding engagements with all stakeholders involved for this purpose,” he said.



Ramkarpal said his ministry and the home ministry would be inviting all stakeholders – including the police – to these engagement sessions soon.

Implemented in June 2012 as a replacement for the now-abolished Internal Security Act, which allowed for detention without trial, Sosma was enacted under a constitutional provision that provides broad powers against subversion, threats to public order, acts of terrorism, sabotage and espionage.

However, its use has been a long-standing controversy, and it was opposed by Pakatan Harapan even before the 2018 general election.

Sosma’s critics have pointed out that a police officer may arrest and detain an individual without a warrant if they believe the person to be involved in security offences. Police are also allowed to detain a person suspected of being involved in acts of terrorism for a period not exceeding 28 days for investigation without a court order.

Saifuddin recently said a review of Sosma was not needed as the law was necessary to tackle organised crime-related cases. His statement drew brickbats from human rights organisations and politicians.

The minister later acknowledged that certain provisions in Sosma might need to be reviewed from “time to time”, though he reiterated that there would not be any amendments to the Act for now.
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
31,833
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
31,833
Reaction score
6,869
Points
481
Awards
1
dah u-turn tn lau_kau
asal mula mula menteri kdn kata tiada nak semak semula

ni nak semak semula, dan kaji semula

Ram Karpal adalah orang yg amat against SOSMA
client dia pun ramai yg sangkut dengan SOSMA


Xhairan pun cmm utrn tu....memang niat depa nk pinda pun saja main tarik tali....nie ada org kata bn duk dlm boleh kengkang dap....jd kena jilat blk la kot hahaha
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,004
Points
2,866
Awards
1
Xhairan pun cmm utrn tu....memang niat depa nk pinda pun saja main tarik tali....nie ada org kata bn duk dlm boleh kengkang dap....jd kena jilat blk la kot hahaha
tu lah, saya rasa awal awal dulu takde nak semak

ta[i lepas beberapa bulan, ni dah start utk kaji semula


pasni mmg jadi lah semakan
pastu rasanya nanti mansuh terus


sebab PH mmg tak setuju langsung sosma ni
dulu masa dsis pun diorang tak setuju apa pun pasal sosma

alaa BN setakat mana je nak kekang
kot pasni setuju je belaka
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
31,833
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
31,833
Reaction score
6,869
Points
481
Awards
1
tu lah, saya rasa awal awal dulu takde nak semak

ta[i lepas beberapa bulan, ni dah start utk kaji semula


pasni mmg jadi lah semakan
pastu rasanya nanti mansuh terus


sebab PH mmg tak setuju langsung sosma ni
dulu masa dsis pun diorang tak setuju apa pun pasal sosma

alaa BN setakat mana je nak kekang
kot pasni setuju je belaka
Mansuh tu mungkin x....tp beberapa pindaan mungkin ada
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,004
Points
2,866
Awards
1

Kaji tambah baik Sosma, bukan hapus, kata bekas KPN​


December 27, 2022 12:46 PM

Musa-Hassan-Bantuan-Banjir-2.jpg
Bekas ketua polis negara, Musa Hassan, menegaskan Sosma tidak boleh dihapuskan, namun boleh ditambah baik peruntukannya.

KUALA LUMPUR: Bekas ketua polis negara, Musa Hassan mahu kerajaan mengkaji untuk menambah baik peruntukan dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma sedia ada, bukan untuk menghapuskan akta itu.

“Sosma tak sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kalau ISA, mereka ditahan 60 hari tanpa bicara mahkamah. Berbeza dengan Sosma yang memberi kuasa kepada pihak polis untuk menahan seseorang selama 28 hari bagi menjalankan siasatan.

“Individu tersebut akan dibebaskan kemudian sekiranya tiada pertuduhan mahkamah daripada polis. Jadi, saya menganggap Sosma perlu dikekalkan, ‘review’ (semakan) untuk baiki semula, bukan untuk hapuskan,” katanya selepas Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir di Dewan Al-Mukhlisin,Alam Damai.





Katanya, polis memerlukan masa melakukan siasatan agar penjenayah dikehendaki diberkas, sedangkan kumpulan jenayah terancang kebiasaannya mempunyai modal kewangan mahupun ramai orang bawahan bagi menjalankan sesuatu tugasan.



“Ada orang kata kita sudah ada prosedur jenayah di mana kita boleh tahan seseorang selama 14 hari.

“Tempoh 14 hari itu memang tak cukup bagi pihak polis melakukan siasatan, maka penjenayah boleh melepaskan diri. Ini menyusahkan kerja siasatan polis,” katanya.

Jumaat lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh, berkata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution bersetuju mengkaji dan mengadakan perbincangan mengenai Sosma.

Katanya, keputusan itu diambil selepas satu mesyuarat diadakan dan antara isu dibincangkan adalah mengkaji Sosma dengan lebih lanjut bagi menangani aspek yang menerima kritikan seperti peruntukan menghadkan pemberian jaminan bagi individu ditahan.

Terdahulu, Saifuddin memberi petunjuk bahawa akta itu tidak akan disemak semula dan menyatakan individu ditahan boleh mengambil khidmat peguam sekiranya dihadapkan ke mahkamah.

Susulan itu, Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo meminta Saifuddin mempertimbangkan keputusan tersebut kerana ia bertentangan pendirian Pakatan Harapan (PH) selama ini yang mengakui Sosma bersifat menindas.

Seksyen 4(5) Sosma membenarkan polis menahan seseorang yang disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan untuk tempoh tidak melebihi 28 hari bagi siasatan, tanpa perintah mahkamah.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register