BTC USD 25,640.5 Gold USD 1,960.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada rancangan semak semula Sosma - Saifuddin

fuhrer_69

Active+ Member
Messages
2,947
Joined
Sep 18, 2013
Messages
2,947
Reaction score
619
Points
81

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

2m ·


1f606.png

1671022935902.png
jadi sekarang ni saifuddin ni nak teruskan sosma la cmm? tak jadi nak mansuhkan?
 
Sponsored Post

notepad

Legendary Member
gem
Messages
12,012
Joined
Sep 17, 2011
Messages
12,012
Reaction score
1,380
Points
206
WhatsApp-Image-2022-12-15-at-1.13.46-PM.jpeg

Saifuddin Nasution diiringi oleh Ketua Pengarah RELA, Datuk Yahya Sulaiman (kiri) ketika mengadakan lawatan ke Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Kompleks D, Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

Saifuddin beri bayangan awal SOSMA boleh dipinda​

  • Oleh AMREE AHMAD
  • 15 Disember 2022, 2:16 pm

PUTRAJAYA – Semua undang-undang yang digubal Parlimen adalah bersifat dinamik dan ia termasuklah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.
Demikian jawapan tersirat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sambil memberi bayangan awal bahawa akta tersebut juga mungkin boleh sahaja dipinda.

Bagaimanapun dalam nada berlapik, beliau yang baru dilantik memegang jawatan itu pada 3 Disember lalu menjelaskan ia bukanlah bermaksud dikaji balik masa sekarang.

“Cuma kalau ditanya oleh pihak wartawan apakah (SOSMA akan dipinda) sekarang, maka saya jawab, tidaklah ia beri maksud begitu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau melakukan lawatan buat julung kali ke Ibu Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dengan turut diiringi oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Yahya Sulaiman.

Semalam, Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo meminta Saifuddin agar dapat mempertimbangkan balik pendiriannya mengenai SOSMA yang disifatkan terlalu keras.
Ini termasuk Seksyen 4 akta tersebut yang membenarkan penahanan suspek sehingga 28 hari tanpa bicara di mahkamah kerana mengakibatkan tiada semak dan imbang kuasa.

Ia susulan kenyataan Saifuddin sehari sebelum itu mengakui pihak polis mematuhi segala proses penguatkuasaan SOSMA malah digunakan demi menjamin keselamatan rakyat.

Pandangan Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) itu dikritik penyokong blok tersebut kerana bercanggah dengan pendirian mereka sebelum ini yang mahu SOSMA dikaji semula.

Undang-undang itu mula digubal pada 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau ISA yang boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, beliau mengakui ada menerima panggilan telefon daripada Gobind dan menegaskan bahawa prinsipnya bahawa semua undang-undang tidak kekal selamanya.

“SOSMA pun begitu dan ia bersifat dinamik yang boleh dipinda pada bila-bila mengikut keperluan kerana setiap akta digubal selama ini bukanlah sempurna langsung,” jelasnya.

Justeru, beliau meminta masyarakat agar tidak salah faham dengan kenyataannya yang pernah mengakui bahawa SOSMA adalah lebih baik berbanding ISA dan Ordinan Darurat.- KOSMO! ONLINE



 

notepad

Legendary Member
gem
Messages
12,012
Joined
Sep 17, 2011
Messages
12,012
Reaction score
1,380
Points
206

Saifuddin ulangi tidak perlu pinda SOSMA buat masa ini​

15 Disember 2022 04:27pm Masa membaca: 2 minit


2023165.jpg

Saifuddin Nasution pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi ke ibu pejabat Rela, pada Khamis. - Foto Bernama


PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengulangi pendiriannya untuk tidak meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) buat masa ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke ibu pejabat Jabatan Sukarelawan (RELA) di sini pada Khamis, Saifuddin berkata, undang-undang adalah bersifat dinamik serta tidak statik dan SOSMA masih boleh disemak semula dan dipinda dari masa ke masa.

"Pendirian saya ketika ini undang-undang bersifat dinamik dan tidak statik, sebab itu, kita ada Parlimen untuk gubal dan pinda undang-undang sedia ada. Itulah mekanisme yang ada di negara kita.

"Kita perlu respons ikut keperluan dari semasa ke semasa dan adakah ia perlu dipinda sekarang? Itu tidak. Itu prinsip saya dan apa yang saya pegang buat masa ini," katanya ketika diminta mengulas gesaan Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo agar beliau mempertimbangkan semula kenyataan berhubung SOSMA.

Saifuddin pada 13 Disember dilaporkan berkata, beliau tidak berhasrat untuk menyemak semula SOSMA serta menyatakan ia bukanlah undang-undang penahanan tanpa bicara tidak seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1967 (ISA) yang sudah dimansuhkan.

Semalam, Gobind yang juga Ahli Parlimen Damansara meminta Saifuddin mempertimbangkan semula kenyataannya untuk tidak menyemak semula SOSMA serta menyatakan kenyataan itu bertentangan dengan pendirian Pakatan Harapan (PH) yang selama ini mengakui SOSMA bersifat menindas.

Bekas menteri komunikasi dan multimedia itu juga mencadangkan beberapa seksyen yang terkandung dalam SOSMA disemak semula termasuk Seksyen 6, 13, 14, 18A yang dilihat bersifat menindas.

Saifuddin dalam pada itu bersetuju bahawa terdapat beberapa seksyen dan fasal dalam SOSMA yang perlu dipinda dan perlu diteliti Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Artikel Berkaitan:
"Dalam SOSMA ini, memang ada beberapa seksyen dan fasal-fasal tertentu yang tidak boleh kekal selama-lamanya dan perlu diberi pertimbangan sewajarnya dari masa ke masa tetapi ketika ini, saya kata tidak, sebab saya baru dua minggu di sini (KDN),” katanya. - Bernama




 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,459
Paid Membership
Top Poster #6
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,459
Reaction score
22,493
Points
2,866
Awards
1
Langkah itu bagi membolehkan maklumat lebih tepat dan jelas mengenai akta tersebut dapat diberikan.
#AWANInews
#AWANI745

Sosma: KDN sedia beri penjelasan - Shamsul Anuar​

Abd Razak Mohd Ali
Disember 16, 2022 14:09 MYT

Sosma: KDN sedia beri penjelasan - Shamsul Anuar



Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menjawab pertanyaan media pada sambutan ulang tahun pertama Festival Lenggong Geopark di Laman Budaya hari ini. - Foto BERNAMA

LENGGONG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mengadakan pertemuan dengan semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), berhubung pelaksanaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Langkah itu bagi membolehkan maklumat lebih tepat dan jelas mengenai akta tersebut dapat diberikan.




Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, peruntukan undang-undang itu yang dijangka dilaksanakan tahun hadapan, perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan negara.

“Saya harap NGO bersedia mengadakan perbincangan bagi maklumat tepat supaya mereka boleh faham undang-undang.

“Kalau ada pihak nak bincang SOSMA, kita sedia dengar pandangan dan buka peluang untuk NGO datang, kita bagi maklumat supaya mereka faham,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Festival Lenggong Geopark 2022 di Laman Budaya Lenggong, pada Jumaat.
Sebelum ini, beberapa pihak mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula akta tersebut.

Antaranya, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang berkata, undang-undang itu diwujudkan ketika kerajaan Barisan Nasional dan telah mendapat bantahan daripada pembangkang ketika itu.

Baru-baru ini, Naib Presiden Muda, Zaidel Baharudin pula berkata, kerajaan perlu menyemak semula akta tersebut dan tampil dengan undang-undang baharu lebih baik.

Menurutnya, kerajaan boleh merangka undang-undang yang jauh lebih baik bagi menangani isu keselamatan, yang memberi kuasa untuk melaksanakan tindakan yang cepat namun mempunyai proses semak dan imbang yang jelas.

 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,459
Paid Membership
Top Poster #6
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,459
Reaction score
22,493
Points
2,866
Awards
1
Veteran DAP itu berkata, kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim harus mengutamakan reformasi undang-undang itu bagi membanteras penyalahgunaannya.

Selesaikan reformasi Sosma, Kit Siang gesa kerajaan​


December 22, 2022 10:00 AM

FMT-lim-kit-siang-29032019-2-1.jpg
Lim Kit Siang adalah salah seorang daripada 99 Ahli Parlimen PH yang mengundi menentang pelanjutan Seksyen 4(5) Sosma selama lima tahun lagi pada sidang Dewan Rakyat Julai lepas.

PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang menggesa kerajaan agar menyelesaikan reformasi undang-undang terhadap “peruntukan drakonian” bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim harus mengutamakan reformasi undang-undang itu bagi membanteras penyalahgunaan Sosma.

Lim berkata, pentadbiran terdahulu pimpinan Ismail Sabri Yaakob telah memulakan rundingan dengan pihak berkepentingan tetapi memerlukan lebih masa untuk melaksanakan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri pada 2019.

“Kerajaan Anwar harus menyelesaikan rundingan yang dimulakan oleh pentadbiran Ismail berhubung pemansuhan peruntukan drakonian bawah Sosma, dan membentangkan pindaan Akta itu pada sesi Februari,” katanya dalam kenyataan.



Tambahnya, beliau adalah salah seorang daripada 99 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang mengundi menentang pelanjutan Seksyen 4(5) Sosma selama lima tahun lagi pada sidang Dewan Rakyat Julai lepas.

Seksyen 4(5) Sosma membenarkan polis menahan seseorang yang disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan untuk tempoh tidak melebihi 28 hari bagi siasatan, tanpa perintah mahkamah.

Subseksyen ini akan disemak setiap lima tahun dan akan berhenti berkuat kuasa melainkan, selepas semakan, satu resolusi diluluskan oleh kedua-dua dewan Parlimen untuk melanjutkan tempoh penguatkuasaan peruntukan itu.

Minggu lepas, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa kerajaan tidak akan mengkaji semula Sosma.

Kenyataan itu mencetuskan reaksi pelbagai pihak, termasuk anggota kerajaan perpaduan pimpinan PH, Ahli Parlimen PH, NGO hak asasi manusia dan aktivis. Mereka menuduh PH tidak menepati kata-kata untuk memperbaharui undang-undang tersebut.

Bagaimanapun, pemansuhan Sosma bukanlah antara perkara yang dijanjikan dalam manifesto PH untuk PRU15 baru-baru ini.

Walaupun menegaskan bahawa tidak akan ada sebarang pindaan kepada Akta itu buat masa ini, Saifuddin kemudiannya mengakui bahawa peruntukan tertentu dalam Sosma perlu dikaji semula “dari semasa ke semasa”.

 
Sponsored Post

Top
Log in Register