BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Nahas Pesawat Di Kazakhstan

nampak sgt kena tembak
1735280757379.png
 
Sponsored Post

Gangguan Luaran Fizikal, Teknikal

28.12.2024 - Azerbaijan Airlines pada Jumaat mengumumkan bahawa keputusan awal siasatan menunjukkan "gangguan luaran fizikal dan teknikal" menjadi punca nahas pesawat Embraer 190 miliknya di Kazakhstan pada Rabu lalu, lapor Agensi Anadolu (AA). Dalam satu kenyataan di Telegram, syarikat itu menyatakan atas sebab itu mulai Sabtu, ia telah menggantung penerbangan ke beberapa bandar di Rusia, termasuk Mineralnye Vody, Sochi, Volgograd, Ufa, Samara, Saratov, Nizhny Novgorod dan Vladikavkaz.

"Keputusan ini, yang dibuat selaras dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Negara Azerbaijan, adalah berdasarkan hasil awal siasatan terhadap nahas pesawat Embraer 190 yang mengendalikan penerbangan Baku-Grozny J2-8243 Azerbaijan Airlines disebabkan gangguan luaran fizikal dan teknikal, serta mengambil kira potensi risiko kepada keselamatan penerbangan. Penggantungan ini akan kekal sehingga siasatan akhir diselesaikan," menurut kenyataan itu.

Syarikat itu turut memaklumkan bahawa penggantungan penerbangan ke bandar Grozny dan Makhachkala, yang berkuat kuasa sejak Rabu, masih diteruskan.


"Demi keselamatan, keputusan telah dibuat untuk menggantung penerbangan syarikat penerbangan lain ke destinasi yang disebutkan termasuk Grozny dan Makhachkala," katanya.

Azerbaijan Airlines juga mengumumkan bahawa penumpang ke dan dari bandar yang terlibat di Rusia, yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan syarikat itu disebabkan situasi semasa, layak mendapatkan bayaran balik penuh tanpa penalti atau menukar tarikh tiket mereka. Pesawat Azerbaijan Airlines pada Rabu yang dalam perjalanan dari Baku ke bandar Grozny di Republik Chechen, Rusia, terhempas berhampiran Aktau, yang terletak di pantai Laut Caspian, dengan membawa 67 orang penumpang. Pegawai Kazakhstan melaporkan bahawa 38 orang terkorban dalam nahas itu manakala 29 terselamat.
1735360753111.png

 
Penumpang Dengar Letupan Kuat Sebelum Pesawat Azerbaijan Airlines Terhempas

28.12.2024 - Seorang penumpang yang terselamat dalam pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan mendakwa mendengar sekurang-kurangnya satu letupan kuat sewaktu pesawat menghampiri destinasi asalnya di Grozny, selatan Rusia. Penerbangan J2-8243 terhempas pada Rabu (25 Dis) berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan selepas mengubah haluan dari kawasan di selatan Rusia di mana Mosko berulang kali menggunakan sistem pertahanan udara untuk menangkis serangan dron Ukraine.

"Saya fikir pesawat itu akan hancur," kata Subhonkul Rakhimov, salah seorang penumpang, kepada Reuters dari hospital, sambil menambah dia mula membaca doa dan bersedia untuk menghadapi kemungkinan buruk selepas mendengar dentuman kuat.

Tragedi itu membunuh sekurang-kurangnya 38 orang, manakala 29 lagi terselamat. Empat sumber yang mengetahui hasil siasatan awal Azerbaijan mengenai tragedi itu memberitahu Reuters, pada Khamis bahawa pertahanan udara Rusia secara tidak sengaja menembak jatuh pesawat itu. Rusia pula berkata adalah penting untuk menunggu hasil siasatan rasmi sebelum memahami apa yang berlaku. Azerbaijan Airlines menggantung beberapa penerbangan ke bandar-bandar Rusia pada Jumaat dan berkata ia menganggap nahas itu berpunca daripada apa yang disebutnya sebagai "gangguan luaran fizikal dan teknikal".
1735360868365.png
 
President Vladimir Putin has apologized for the fact that an Azerbaijan Airlines flight crashed after entering russian airspace in Grozny, Chechnya, on Wednesday, but did not say that Russia was responsible. Putin said Saturday that russia’s air defense systems were active when the plane attempted to land in Grozny, according to the Kremlin.

 
Brazil Periksa Kotak Hitam Pesawat Azerbaijan Airlines Terhempas Di Kazakhstan

03.01.2025 - Brazil sudah mula memeriksa kotak hitam yang diambil daripada pesawat buatan negara itu, yang terhempas di Kazakhstan, mengorbankan 38 daripada 67 penumpang. Nahas melibatkan pesawat Azerbaijan Airlines itu berlaku pada 25 Disember lalu semasa ia dalam perjalanan dari Baku ke Grozny, ibu kota Chechnya, di selatan Rusia. Menurut tentera udara Brazil, data daripada kotak hitam itu akan dianalisis secepat mungkin. Kotak hitam itu merakamkan dialog di kokpit dan data penerbangan dari pesawat. Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev menuntut agar Mosko mengakui ia tersilap melepaskan peluru berpandu ke arah pesawat itu ketika ia cuba mendarat di lapangan terbang Grozny.​

1735878278754.png

Rusia bagaimanapun tidak mengesahkan bahawa salah satu peluru berpandu sistem pertahanan udaranya digunakan ke atas pesawat itu. Dalam panggilan telefon dengan Presiden Aliyev, Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu bahawa sistem itu aktif pada masa itu dan beliau kesal kejadian itu berlaku di ruang udara Rusia. Rusia menyatakan bahawa Grozny sedang diserang oleh dron Ukraine ketika pesawat itu menghampiri lapangan terbang berkenaan untuk mendarat dalam keadaan kabus tebal.

Berita asal https://berita.mediacorp.sg/dunia/b...aijan-airlines-terhempas-di-kazakhstan-904691
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register