BTC USD 96,217.0 Gold USD 2,903.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Nahas Pesawat Di Kazakhstan

28 Terselamat Nahas Pesawat Azerbaijan Airlines

26.12.2024 - Seramai 28 orang termasuk dua kanak-kanak dilaporkan terselamat dalam nahas pesawat penumpang di Aktau, Kazakhstan, lapor Sputnik/RIA Novosti. Menurut Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan, pesawat Azerbaijan Airlines yang berlepas dari Baku menuju Grozny disahkan terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu. Punca awal nahas dikaitkan dengan perlanggaran pesawat dengan sekumpulan burung, menurut Azerbaijan Airlines. Kementerian Pengangkutan Kazakhstan mengesahkan terdapat 62 penumpang dan lima anak kapal di dalam pesawat malang itu.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2024/12/1169739/28-terselamat-nahas-pesawat-azerbaijan-airlines
 
Sponsored Post

6296523804167488974_121.jpg

6296523804167488973_121.jpg

6296523804167488972_121.jpg





28 terselamat nahas pesawat Azerbaijan Airlines

Moscow: Seramai 28 orang termasuk dua kanak-kanak dilaporkan terselamat dalam nahas pesawat penumpang di Aktau, Kazakhstan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Menurut Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan, pesawat Azerbaijan Airlines yang berlepas dari Baku menuju Grozny disahkan terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.

Punca awal nahas dikaitkan dengan perlanggaran pesawat dengan sekumpulan burung, menurut Azerbaijan Airlines.

Kementerian Pengangkutan Kazakhstan mengesahkan terdapat 62 penumpang dan lima anak kapal di dalam pesawat malang itu.


Artikel ➡️ BERNAMA
 
Firma keselamatan penerbangan yang berpangkalan di UK, Osprey Flight Solutions, menyatakan bahawa penerbangan itu "kemungkinan ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara tentera Rusia", menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ). Video serpihan dan keadaan sekitar persekitaran keselamatan ruang udara di barat daya Rusia menunjukkan kemungkinan pesawat itu terkena beberapa bentuk tembakan anti-pesawat," kata Ketua Pegawai Perisikan firma itu, Matt Borie, kepada WSJ.

Penggunaan sistem pertahanan udara sejajar dengan laporan yang menyatakan Chechnya diserang oleh dron pada pagi 25 Disember. Seorang pegawai keselamatan negara Ukraine, Andriy Kovalenko berkata bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh "sistem pertahanan udara Rusia".

"Rusia sepatutnya menutup ruang udara ke atas Grozny tetapi gagal berbuat demikian," kata Kovalenko. “Pesawat itu telah dirosakkan oleh Rusia dan dihantar ke Kazakhstan dan bukannya mendarat segera di Grozny untuk menyelamatkan nyawa.”

Azerbaijan dan Kazakhstan telah menyatakan bahawa mereka akan bekerjasama dalam siasatan. Pendakwa pengangkutan Kazakhstan, Timur Suleimenov, menyampaikan taklimat dan berkata kotak hitam pesawat itu, yang mengandungi data penerbangan, akan membantu dalam menentukan punca nahas telah ditemui, lapor Interfax. Badan pemantau penerbangan Rusia juga telah menafikan dakwaan mengenai serangan.

Rakaman itu juga menunjukkan kesan peluru berpandu darat ke udara yang besar pada bahagian ekor pesawat, menurut media bebas Rusia Meduza. Ia selanjutnya menyatakan bahawa ia tidak sepadan dengan serangan burung, tetapi maklumat lanjut diperlukan. Pelanggan syarikat penerbangan telah diberi amaran tentang risiko perjalanan. Pada 25 Disember, Azerbaijan Airlines menghentikan penerbangan ke Grozny dan Makhachkala, menurut TASS. Siasatan terperinci dan neutral akan dapat mengenal pasti punca sebenar nahas yang akhirnya meragut nyawa 38 orang.​
 
Kerosakan dalam gambar nampak sama macam kejadian kes MH17. Apa nama sistem ADA tu? Sistem pertahanan peluru berpandu BUK. Aku bukan pakar pasal pesawat atau senjata, tapi nampak macam bahagian ekor terkena serpihan yang mungkin ganggu kawalan. Pesawat tu terbang di atas Chechnya tapi jatuh kat Azerbaijan, dan Chechnya pernah diserang dron dari Ukraine sebelum ni. Jadi, mungkin pesawat tu ditembak sebab diarahkan ubah laluan akibat kabus. Kabus di darat pun boleh buat pengenalan pesawat lebih susah. Kalau tak silapla sistem BUK ni tak guna IFF langsung. Memang sistem pertahanan udara lama dan tak canggih, dah dianggap ketinggalan sejak akhir Perang Dingin.

1735226139565.png
 
Last edited:
Pesawat itu telah dirosakkan oleh Rusia dan dihantar ke Kazakhstan dan bukannya mendarat segera di Grozny untuk menyelamatkan nyawa.”
*****
Maksudnya kalau pesawat tu mendarat di Grozny, peluang selamat lebih cerah ke?

pesawat tu dari Baku ke Grozny .. Grozny ni dalam Chechnya (kawasan lindungan Rusia dari kemasukkan tentera / kapal Ukraine) .. di Grozny ada sistem penembak dron secara otomatik jika ada ruang udara diceroboh .. patut Rusia kena tutup ruang udara Grozny tapi gagal bagitau ..

kalau nak masuk Grozny boleh, tapi kena pusing jauh .. sebab tu kapal tu diarah patah balik, tapi sebelum patah balik kapal tu dah kena tembak ..
 
Rusia Nafi Dakwaan Ia Tembak Pesawat Azerbaijan Airlines

27.12.2024 - Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa, lapor Agensi Anadolu.

“Adalah tidak wajar membuat andaian sebelum hasil siasatan dikeluarkan,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Khamis.

Pesawat yang membawa 67 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan dalam perjalanan dari Baku ke Grozny, apabila ia terhempas 3 kilometer dari Aktau di pantai Laut Caspian. Dalam kejadian itu, seramai 29 mangsa terselamat termasuk dua kanak-kanak. Azerbaijan dan Kazakhstan telah melancarkan siasatan berhubung insiden itu. Terdahulu pada Khamis, pegawai kanan Azerbaijan mengesahkan kepada Anadolu bahawa nahas itu disebabkan oleh sistem peluru berpandu Rusia. Namun, pihak berkuasa penerbangan awam Rusia, Rosaviatsia menegaskan bahawa nahas mungkin berpunca daripada perlanggaran burung.

Pesawat malang itu dilaporkan tersasar dari laluan di Laut Caspian sebelum terhempas. Pihak berkuasa Kazakhstan dan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev menyeru agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi, sambil menyatakan cuaca buruk mungkin menyebabkan pesawat itu terpaksa mengubah haluan. Insiden berlaku di tengah-tengah peningkatan aktiviti pertahanan udara Rusia yang menyasarkan dron Ukraine di rantau terbabit. Data penerbangan awam menunjukkan gangguan GPS di kawasan berkenaan, menimbulkan lebih banyak persoalan. Bagaimanapun, Peskov menegaskan bahawa sebarang kesimpulan hanya boleh dibuat selepas siasatan rasmi selesai dijalankan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/730004
 
Kazakhstan Belum Buat Kesimpulan Dakwaan Pesawat Azerbaijan Di Tembak Jatuh Rusia

27.12.2024 - Siasatan Kazakhstan masih belum membuat sebarang kesimpulan berhubung dakwaan pertahanan udara Rusia menembak jatuh pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan pada Rabu (25 Dis), kata Pendakwa Raya Pengangkutan Wilayah Mangystau, Abylaibek Ordabaev, pada Khamis (26 Dis). Sebelum ini, empat sumber yang mempunyai pengetahuan tentang dapatan awal penyiasatan Azerbaijan berhubung kejadian itu memaklumkan kepada Reuters pada Khamis bahawa pertahanan udara Rusia menembak jatuh pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, menyebabkan 38 orang terbunuh.

Berita asal https://berita.mediacorp.sg/dunia/k...esawat-azerbaijan-ditembak-jatuh-rusia-903011
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register