BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Nepal - Wisma Putra

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,374
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,374
Reaction score
1,348
Points
201
Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Nepal - Wisma Putra

07/01/2025 15:20 MYT

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar hari ini mengesahkan, setakat ini tiada laporan tentang rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84km dari Lobuche, Nepal pada pagi Selasa.


Wisma Putra turut menggalakkan rakyat Malaysia di Nepal untuk mendaftar kehadiran mereka melalui platform E-Konsular serta kekal berhubung dengan Kedutaan Malaysia untuk maklumat terkini dan bantuan.

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu di Bakhundole-3, Lalitpur, melalui telefon di talian +977-1-5445680 atau +977-1-5445681 untuk pertanyaan umum atau +977-9801008000 untuk kecemasan.

Mereka juga boleh menghantar e-mel ke [email protected] untuk bantuan umum atau [email protected] bagi urusan imigresen.

Kementerian itu menegaskan komitmennya untuk memantau dengan teliti perkembangan dan memberikan maklumat terkini apabila perlu.

Menurut laporan media antarabangsa, setakat ini 53 maut selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda Tibet berhampiran sempadan Nepal pada Selasa.

Gegaran itu turut dirasai di beberapa kawasan di India, termasuk Bihar, Assam dan Bengal Barat.

ARTIKEL BERNAMA


6334655211016143923_120.jpg

6334655211016143924_120.jpg

6334655211016143926_120.jpg

6334655211016143925_121.jpg

 
Back
Top
Log in Register