Tiada Peruntukan: Ahli Parlimen PR cari dana sendiri

CG Sponsors




papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) mendakwa terpaksa mencari dana sendiri contohnya seperti mengadakan konsert terbuka untuk aktiviti kawasan masing-masing kerana tidak mendapat peruntukan dari Kerajaan Pusat.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, dana yang sepatutnya diperuntukkan untuk setiap Ahli Parlimen tidak pernah diperoleh oleh parlimen PR dan ia memaksa Ahli Parlimen PR memikirkan cara yang kreatif untuk memperoleh dana.

“Oleh itu, tindakan (Ahli Parlimen Jelutong) Jeff Ooi Chuan Aun mengadakan konsert sebagai sesuatu yang amat baik dan bijak, kerana kami ahli parlimen PR tidak dapat sesen pun peruntukan untuk setiap parlimen,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Selain itu, Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw berkata, tindakan Jeff Ooi mengadakan sebuah konsert untuk mendapat dana adalah hak masing-masing untuk kawasan parlimen mereka.

“Apa yang paling penting, ia haruslah melalui saluran yang betul selagi ia tidak menyalahi undang-undang negara, kerana sebelum ini DAP sering mengadakan konsert secara kecil-kecilan dari masa ke semasa, jadi ia terserah kepada setiap individu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli pula mendakwa wang tersebut sepatutnya disalurkan kepada setiap ahli parlimen tetapi sebaliknya ia diperoleh oleh Ketua UMNO Bahagian.

“Wang tersebut tidak diberi kepada kita tetapi kepada Ketua UMNO Bahagian, tapi saya tidak tahu, yang pasti wang tersebut memang tidak pernah sampai kepada kita,” katanya.

Malam kelmarin, Jeff Ooi telah mengadakan satu konsert dan mendakwa memperoleh sejumlah RM200,000 untuk dana kawasannya.

Sumber

---------
Peruntukan yg sepatutnya diberi kepada ahli parlimen sebaliknya diberi kepada ketua UMNO kawasan. patut la berebut2 nak jadi ketua UMNO. Jelaslah ahli parlimen PR dianaktirikan (mmg dah tau pun) dalam pemimpin UMNO mewar2kan dialah JUARA RAKYAT, dialah PEJUANG ISLAM SANGGUP BERJIHAD kerana kalimah Allah, dialah JUARA DEMOKRASI tetapi dalam masa yang sama DEMOKRASI telah dilacurkan begitu teruk sekali (byk lagi kes lain). Ini rupa sebenar kerajaan yg menerajui Malaysia sekarang. Rakyat yg menjadi mangsa kerana dana itu boleh digunakan utk membantu rakyat di kawasan masing2.

Bagi yg cintakan keadilan, jatuhkan BN dalam PRU akan datang.
 
Sponsored Post

hapizi84

Active Member
Joined
Aug 31, 2009
Messages
1,675
Reaction score
20
Points
25
Duit semua kerajaan pusat control,so duit tu sume utk kroni je..BN=Kronisme.
 

Hantugold

Fun Poster
Joined
Jul 26, 2006
Messages
483
Reaction score
0
Points
10
10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan
yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO.
Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.


Tinggal seredak aje....kena angin kus-kus nanti lenyap doh.
Letak dalam Muzium untuk tatapan Umum dan generasi akan dtg.
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,004
Reaction score
208
Points
133
Salah satu sebab pelabur2 tak nak melabur kat M'sia..... tak hormati undang2... ikut suka UMNO...
 

andangsmile

Fun Poster
Joined
Sep 28, 2008
Messages
911
Reaction score
14
Points
15
aku dengar cite dari adun meru (dr rani) begitu juga .tiada wang untuk baiki jalanraya di sekitar shah alam tu sebab shah alam sekarang banyak jalan tak elok terutama dalam seksyen .jalan under kerajaan pusat disabotaj untuk menjatuh kan kredibeliti kerajaan PR selangor adun meru tu gunakan peruntukan adun untuk baiki jalan (sepatutnye tak boleh) so nak buat camne?
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
Perangai buruk UMNO ni patut dihukum oleh rakyat dalam PRU akan datang. Sebarkan maklumat ini ke kawasan anda.
 

myvi sporty

Active Member
Joined
Mar 16, 2009
Messages
1,743
Reaction score
35
Points
30
rumors pasal penarikan semula elaun COLA makin kuat kedengaran...benarkah kerajaan menghadapi masalah kewangan yang paling tenat seperti laporan USB investment 2? adakah benar dakwaan mengatakan kita kehilangan 355 bilion rm? kenapa hal ini tidak dinafikan oleh mane2x menteri..
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,132
Reaction score
1,087
Points
201
ni baru najib ... belum lagi muyidden jadi PM ... wkakakakak tunggu je la kaki2 songlap duit jadi pm .... Muflis mesia ... byk projek MEGA sana sini .... jap lagi jadi mcm dubai ....
 

FaRid^sp

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2009
Messages
5,745
Reaction score
13
Points
65
letak je jawatan kalau tak reti mentadbir kerajaan.. dah semakin lingkup ekonomi negara aku tgk..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register