BTC USD 28,243.1 Gold USD 1,993.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada permit: KPDNHEP rampas gula, diesel

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,486
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,486
Reaction score
2,588
Points
251
Awards
1

gula.jpeg

PEGAWAI Penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan menyerbu sebuah gudang syarikat pengeluar gula di Sendayan Tech Valley, Bandar Sri Sendayan di Seremban.




SEREMBAN: Sebuah syarikat pengeluar gula diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan selepas dikesan belum mempunyai Lesen Borong Barang Kawalan Berjadual.

Dalam serbuan di sebuah gudang di Sendayan Tech Valley, Bandar Sri Sendayan di sini itu, sebanyak 34,560 kilogram gula dalam peket satu kilorgram bernilai RM98,496 dirampas.

Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, dalam serbuan pada pukul 11 pagi semalam, syarikat terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu berurusan secara borong atau runcit barang berjadual tanpa lesen yang dikeluarkan oleh pengawal.

Menurutnya, kesemua gula dan dokumen-dokumen yang berkaitan pembekalan telah disita bagi tujuan siasatan lanjut.

Muhammad Zahir memberitahu, pihaknya turut membuat serbuan kedua di premis tanpa nombor di Jalan Kampung Bemban di sini yang dipercayai menjalankan aktiviti penyelewengan minyak diesel dengan rampasan sebanyak RM50,252.

“Siasatan mendapati terdapat dua buah lori berada di kawasan berkenaan dalam keadaan yang mencurigakan di mana terdapat kerja-kerja pemindahan minyak diesel daripada tangki lori itu ke dalam tangki di belakang lori yang lain.

“Dua orang suspek warganegara tempatan yang kedua-duanya berumur 46 tahun telah ditahan bagi tujuan siasatan,” katanya.

Jelas Muhammad Zahir, hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat cecair yang disyaki minyak diesel dinggarkan sebanyak 10,000 liter berada dalam tangki di belakang sebuah lori berkenaan.

“Manakala dianggarkan sebanyak 200 liter minyak diesel berada dalam tangki asal sebuah lagi lori di situ. Turut ditemui sebuah tangki tangki intermediate bulk container (IBC) yang juga disyaki mengandungi minyak diesel dianggarkan sebanyak 350 liter,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mereka tidak mempunyai sebarang lesen, permit, permit khas atau surat kebenaran daripada Pengawal Bekalan bagi berurusan dengan barang kawalan berjadual bagi minyak diesel.
 
Top
Log in Register