BTC USD 40,058.6 Gold USD 1,819.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada pencerobohan berlaku di Tasik Chini

am kurizawa

Active+ Member
Joined
Jul 4, 2009
Messages
2,708
Reaction score
15
Points
25
ne_16.1.jpg

AKTIVITI pembangunan di sekitar Tasik Chini di Pahang masih terkawal. - Gambar hiasan

BENTONG - Aktiviti pembangunan di sekitar Tasik Chini di Pekan dekat sini masih terkawal dan tiada sebarang pencerobohan berlaku dalam kawasan tasik itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, situasi itu disaksikan sendiri olehnya pada minggu lepas ketika meninjau tasik tersebut yang diwartakan sebagai Taman Pelancongan pada tahun 1989 itu.

"Saya lihat sendiri air tasik itu masih jernih, tidak kotor seperti yang didakwa dan keadaan nampak terkawal. Setakat ini, pembangunan di sekitar Tasik Chini oleh agensi kerajaan seperti Risda dan Felcra dibenarkan kecuali dalam kawasan yang telah digazetkan tidak boleh diteroka," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Pelangai di Sekolah Menengah Kebangsaan Pelangai dekat sini kelmarin. -Kosmo
 
Sponsored Post

ariz87

Fun Poster
Joined
Sep 22, 2011
Messages
623
Reaction score
2
Points
15
ni orang kata gampangzz.. gambo taun bile ambik?? blah la.. nk aku upload ke gambo2 pencerobohan haram jadah yang dicroboh adalah hutan simpan.. MB haram jadah.. tgk jln ke tasik chini habis hancur sbbkan oleh lori2 bijih.. geram tol aku.. ^%%&#$%^#$^$^&%*&
 

benartzam

Active+ Member
Joined
May 22, 2012
Messages
3,054
Reaction score
29
Points
30
asal dorang ceroboh je semua terkawal.
 

epozer

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 2, 2010
Messages
14,791
Reaction score
533
Points
171
ni orang kata gampangzz.. gambo taun bile ambik?? blah la.. nk aku upload ke gambo2 pencerobohan haram jadah yang dicroboh adalah hutan simpan.. MB haram jadah.. tgk jln ke tasik chini habis hancur sbbkan oleh lori2 bijih.. geram tol aku.. ^%%&#$%^#$^$^&%*&

tukar kerajaan la bro..nescaya hilang imuniti mereka semua,..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,889
Reaction score
13,706
Points
2,376
‘Selamatkan Tasik Chini’

image.jpg


Keadaan Tasik Chini yang disifatkan nazak dan perlu segera diselamatkan

image.jpg

KUANTAN - Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia meminta pihak berkuasa agar tidak berdiam diri sebaliknya tampil melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Tasik Chini yang disifatkan semakin nazak

Presidennya, Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, tanpa penglibatan pihak-pihak terbabit, lokasi pelancongan dan bersejarah itu akan terus terjejas

Menurutnya, tanpa peranan pihak berkuasa, tiada pihak lain yang mampu menyelamatkan Tasik Chini daripada tercemar dan rosak akibat aktiviti penerokaan serta pembangunan

“Tasik Chini mungkin boleh diselamatkan dengan menanam kembali pokok-pokok, namun ia mengambil masa lama. Itu pun sekiranya aktiviti penerokaan dihentikan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berkenaan keadaan tasik tersebut yang menghadapi gangguan ekosistem sehingga menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Ali yang tnggal di kawasan tersebut

“Sebelum ini dah ada laporan daripada sebuah NGO, Transparency International (TI) pada 2010 yang mendedahkan kerosakan dialami Tasik Chini, tapi tiada sebarang tindakan proaktif untuk mengatasi masalah itu,” katanya

Shariffa Sabrina berkata, Peka Malaysia juga telah membuat tinjauan ke tasik itu pada 13 Disember lalu bersama ahli jawatankuasa (AJK) Peka Pahang, pakar alam sekitar dan NGO lain untuk melihat sudut nilai alam sekitar dan pelancongan

“Dalam perjalanan itu terdapat tidak kurang tiga lori balak yang sarat dengan muatan kayu hutan baru ditebang menandakan bahawa masih terdapat kerja-kerja membalak di kawasan Tasik Chini

“Dan di persimpangan jalan masuk kira-kira tiga kilometer dari Tasik Chini, terdapat sebuah lombong bijih besi yang masih beroperasi,” dakwanya

Tambahnya, kawasan dan pejabat tasik diuruskan dengan baik namun malangnya tidak ramai yang datang mengunjungi selain terdapat projek terbengkalai membabitkan sebuah kem untuk tujuan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/selamatkan-tasik-chini-1.635312
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,889
Reaction score
13,706
Points
2,376
Diibaratkan seperti tasik mati

image.jpg


Penduduk Orang Asli mendakwa ikan di dalam Tasik Chini kini tidak boleh dimakan akibat pencemaran

KUANTAN - Persekitaran kawasan Tasik Chini yang semakin terjejas akibat pelbagai kegiatan tidak terkawal di sekelilingnya, menimbulkan kebimbangan

Berikutan kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan di situ hampir memusnahkan persekitarannya hingga tasik semula jadi itu tercemar

Saiznya mula mengecil serta menunggu masa menjadi kering jika pemendapan di dasar tasik terus berlaku

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, kebimbangan beliau itu merujuk kepada laporan akhbar tempatan berdasarkan kenyataan Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Prof Datuk Seri Dr Mushrifah Idris

Menurutnya, dalam kenyataan itu, Dr Mushrifah mengesahkan kegiatan penerokaan menyebabkan air tasik menjadi keruh serta memberi kesan kepada hidupan lain, terutama tumbuhan teratai yang sering dikaitkan dengan tasik berkenaan

Katanya, masalah Tasik Chini sudah berlarutan selama hampir 10 tahun, keadaannya bertambah teruk dan kini diibaratkan seperti tasik yang mati

“Berdasarkan maklumat yang saya peroleh daripada Orang Asli di sana, ikan-ikan sudah tak boleh dimakan

“Pencemaran agak kronik tetapi setakat ini kerajaan negeri tidak prihatin dan tidak ambil peduli berkenaan Tasik Chini, justeru saya minta Kerajaan Pusat yang nampaknya menunjukkan sedikit kekhuatiran berbuat sesuatu agar pemulihan dapat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam

Beliau berkata, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini mendakwa tiada lesen pembalakan dikeluarkan di kawasan itu

“Saya mendapati ada bukti bergambar yang menunjukkan sebaliknya. Jika dakwaan Junaidi itu benar, hal ini bermakna pembalakan tersebut dilakukan secara haram

“Semua ini berbalik kepada penguatkuasaan seperti mana dalam kes bauksit, isu penggondolan Cameron Highlands dan pencerobohan hutan simpan kekal di Pahang yang jelas kerajaan negeri lepas tangan dan membiarkannya terus berlaku

“Saya merayu Kerajaan Persekutuan membantu kami warga Pahang memulihkan segera Tasik Chini bagi menjamin biodiversiti di dalam dan sekitarnya tidak terancam,” katanya

Beliau juga memohon kementerian dan kerajaan negeri melakukan pemantauan berterusan kerana penerokaan hutan tidak terkawal khususnya di kawasan bukit akan memberikan impak yang tinggi kepada hakisan tanah

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/diibaratkan-seperti-tasik-mati-1.637649
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
24,235
Reaction score
2,537
Points
201
1111095e23141f7f522f598b857a85d6.jpg


Amerul Affendi 'tunggu' Jakim keluar hadis tentang Tasik Chini​


Terkesan dengan kegiatan perlombongan berhampiran Tasik Chini, pelakon kelahiran Temerloh, Amerul Affendi, memang berasa sedih dengan apa yang berlaku.

Dan tidak sekadar itu. Pelakon berbakat itu berasa dia "tidak layak" untuk memberikan teguran atas apa yang berlaku.
Namun pelakon utama telefilem Pang Pokok Ketapang itu berharap ada tindakan yang wajar diambil oleh pihak berkuasa agama khususnya Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim).

Dalam satu ciapan di Twitter, Amerul berkatan, adalah tidak menarik melihat pemandangan kawasan di sekitar tasik kedua terbesar di Malaysia itu 'tidak diterangi' secara keseluruhan.


"Tak syoklah tengok ada kawasan yang tak terang habis macam ni. Boleh tak kasi terang sejauh lensa kamera memandang," katanya secara sinis.

"Ya ini keadaan Tasik Chini sekarang. Tak apalah kita ini tak layak nak menegur. Nak tegur baik-baik beradab pun tak guna juga.
"Harap Jakim keluar hadis je lah," katanya yang juga pelakon filem Mencari Rahmat.

Terima kasih buat 'penjaga amanah'
Terdahulu Malaysiakini melaporkan Pahang meluluskan kerja melombong di sekitar Tasik Chini di Pekan kepada sebuah syarikat berkaitan keluarga diraja di sebalik rancangan kerajaan negeri yang didakwa mahu memulihkannya.

Tapak perlombongan baru itu terletak hanya kira-kira tiga kilometer dari Tasik Chini. Ia merupakan kawasan tapak rizab biosfera Unesco yang beberapa tahun kebelakangan bergelut dengan masalah pencemaran akibat perlombongan dan pembalakan.

Sebagai rekod Jakim pada 3 Jun lalu membuat hantaran yang menarik perhatian ramai apabila memuat naik sebuah hadis mengenai kewajipan mentaati pemerintah dan larangan menghina sultan yang dianggap sebagai "bayangan Allah di bumi".
Bagaimanapun beberapa agamawan dan pakar hadis menjelaskan ia berstatus daif.

Dalam rajutan (thread) sama Amerul juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang diamanahkan untuk menjaga negara ini.

"Tak mahu bersuara dan menegah pemimpin kalian tak mengapa.... Ambillah gaji kalian tiap-tiap bulan tu dan bagilah makan elok-elok kat anak-anak.

"Semoga anak cucu kalian baik-baik sahaja makan dari hasil gaji kalian," ciapnya.
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,177
Reaction score
726
Points
121
Kerajaan negeri tido atau kayangan da bg lesen
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,099
Reaction score
715
Points
126
menjelmalah dikau wahai Naga Tasek chini
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,889
Reaction score
13,651
Points
1,906
Antara tindakan segera lain yang perlu diambil adalah merobohkan empangan kecil yang menjejaskan ekosistem semula jadi Tasik Chini, menurut Sahabat Alam Malaysia. -BeritaMkini

643cc682372802deaef4fdb6f1f38332.jpg


NGO alam sekitar gesa Pahang hentikan perlombongan di Tasik Chini​

Bernama
Diterbitkan 11 Jun 2021, 9:38 am



Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Pahang mengambil tindakan segera dengan menghentikan semua aktiviti perlombongan di tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini dan kawasan sekitarnya.
Presiden SAM Meenakshi Raman berkata hanya dengan komitmen kerajaan negeri sahaja yang mampu menyelamatkan Tasik Chini daripada terus mengalami kemusnahan ekosistemnya.

“Antara tindakan segera lain yang perlu dilakukan ialah empangan kecil yang menjejaskan ekosistem semula jadi Tasik Chini hendaklah dirobohkan.

“Tindakan selanjutnya, SAM turut menggesa kerajaan negeri mewartakan keseluruhan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan perlindungan kerana ia merupakan satu daripada kawasan sensitif alam sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Meenakshi berkata sekiranya kerajaan negeri tidak memberikan komitmen terhadap isu berkenaan, turut dikhuatiri pengisytiharan Tasik Chini sebagai rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pada Mei 2009, berkemungkinan akan ditarik balik.

Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang semalam memaklumkan, tahap kualiti air di Tasik Chini masih bersih dan selamat untuk semua hidupan.
Isu membabitkan Tasik Chini tiba-tiba tular di media sosial baru-baru ini, yang memaparkan gambar keadaan ‘terkini’ tasik berkenaan yang didakwa terancam berikutan aktiviti perlombongan dan ia telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat termasuk Ahli Parlimen Pekan Najib Razak yang mendakwa ia merupakan gambar lama yang dirakam dua tahun lepas.
-Bernama

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register