Tiada Paksaan Sekolah Laksana Program Dwibahasa - Kamalanathan

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,877
Reaction score
8,908
Points
2,226
KUALA LUMPUR, 28 Mac - Pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) di sekolah ketika ini bukan paksaan sebaliknya ia hanya dilaksanakan di sekolah yang memenuhi kriteria, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini

Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata program untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan pada masa yang sama untuk mengukuhkan Bahasa Inggeris itu hanya dilaksanakan di sekolah-sekolah yang memohon untuk melaksanakannya

"Terdapat beberapa kriteria untuk melaksanakan program ini antaranya sekolah perlu mempunyai sumber yang mencukupi, kesediaan daripada pengetua, guru besar dan guru-guru, persetujuan ibu bapa dan pencapaian sekolah dalam subjek Bahasa Malaysia mestilah sama atau melebihi pencapaian purata kebangsaan

"Tiada paksaan dalam program ini seperti kekhuatiran sesetengah pihak, ", katanya menjawab soalan Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang meminta kementerian menyatakan dengan terperinci program DLP yang telah diarahkan kepada pihak sekolah

Kamalanathan berkata kementerian juga akan sentiasa memantau pelaksanaan program itu dan bersedia menerima pandangan semua pihak berhubung DLP

Beliau berkata setakat ini, pihak kementerian mendapati program itu berjaya meningkatkan prestasi pelajar dalam menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris

"Kita mengamalkan dasar memartabatkan Bahasa Malaysia dan mengukuhkan Bahasa Inggeris, serta tidak wujud pengabaian Bahasa Malaysia," katanya

Kamalanathan berkata kementerian juga akan meneruskan Program Imersif Tinggi (HIP) yang kini dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di seluruh negara

Program DLP dan HIP adalah program yang dilaksanakan mulai tahun ini sejajar dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) menerusi Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
 
Sponsored Post

a2zextra

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,407
Reaction score
273
Points
141
Buka sekolah bahasa Banglasia sekali.
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,439
Reaction score
2,243
Points
236
Program DLP Sarawak Bagi Murid Tahun Satu Bermula Tahun Depan

03.12.2019 - Kuching, Program Dwibahasa (DLP) untuk dua mata pelajaran teras iaitu Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris untuk murid Tahun Satu akan dilaksanakan di 1,048 sekolah rendah di Sarawak mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, pelaksanaan program DLP Sarawak itu tertakluk kepada kurikulum yang ditetapkan oleh pihak kementerian.

“Oleh itu tiada perbezaan antara kurikulum Sains dan Matematik diajar di sekolah rendah Sarawak dengan negeri lain.

“Perbezaannya cuma dari segi pengunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Pelaksanaan DLP Sarawak di sini, Isnin.

Justeru, katanya, semua murid Tahun Satu di Sarawak akan belajar mata pelajaran Sains dan Matematik menggunakkan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Beliau berkata pelaksanaan itu bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Anjakan 2 bagi memastikan setiap murid mahir dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Menurutnya, pelaksanaan program DLP Sarawak pastinya tidak akan menidakkan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Saya percaya DLP Sarawak akan mampu membawa perubahan kepada peningkatan penguasaan ilmu dalam bidang Sains dan Matematik.

Semua pihak sedia maklum kebanyakkan maklumat terutamanya dalam bidang sains dan teknologi disediakan dalam bahasa Inggeris,” katanya.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/12/03/program-dlp-sarawak-bagi-murid-tahun-satu-bermula-tahun-depan/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register