Tiada niat menunjuk-nunjuk kekayaan diri

CG Sponsors




highway

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Tiada niat menunjuk-nunjuk kekayaan diri

0 0 Google +0 0 0 Cetak
Kuala Lumpur: Baru berusia 26 tahun tetapi bergelar jutawan dengan pendapatan mencecah enam angka setiap bulan.

Pendapatan diperoleh itu memang cukup untuk membolehkan dirinya hidup mewah, namun ia bukan sebab untuk menunjuk-nunjuk atau mempamerkan kekayaan dimiliki.


Itu rahsia hidup jutawan Internet, Muhammad Ammar Zaharudin yang menggunakan kecanggihan teknologi perkomputeran sebagai bidang perniagaan.

Bermula dengan penjualan bahan grafik di asrama, dia kini boleh berbangga apabila mampu membuka perniagaan sendiri di bawah jenama Jootawan Group Sdn Bhd yang kini bukan sekadar menjual produk digital di Internet, sebaliknya turut mengadakan bengkel dan seminar bagi melahirkan jutawan kepada sesiapa yang berminat.


Berkongsi resipi bagaimana ruang itu digunakan, Muhammad Ammar mengakui ia bermula sekadar percubaan untuk mencari duit saku ketika berada di tahun pertama pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2006.


Katanya, disebabkan keluarganya hanya berniaga secara kecil-kecilan, dia terfikir cara untuk mencari wang saku lebih bagi menampung kos belajar.

Peluang mencari wang menerusi Internet hanya diketahui apabila dia menghadiri satu seminar keusahawanan di tempat pengajiannya yang kemudian merubah hidupnya.


“Sebenarnya kursus yang saya ambil ketika menuntut di UPM langsung tidak ada kena mengena dengan teknologi Internet.

“Saya ambil kursus dalam bidang Seni Bina Landskap dan boleh dikatakan saya tidak mahir hal teknologi maklumat dan tidak ada kepakaran dalam bidang teknologi komputer.


“Namun, hanya dengan satu seminar yang saya hadiri, ia merubah hidup saya yang kini bergantung sepenuhnya kepada Internet sebagai sumber pendapatan,” katanya.


Bercerita lebih lanjut, Muhammad Ammar berkata, perkara pertama dilakukan ialah menjual koleksi bahan grafik sedia ada yang boleh diubah suai bagi individu atau kegunaan syarikat kecil untuk penyediaan format seperti persembahan powerpoint.


Katanya, percubaannya berjaya membuahkan hasil apabila memperoleh RM500 pada hari pertama menjual koleksi grafik berkenaan.


Menyedari potensi kegunaan Internet, dalam tempoh enam bulan, dia mula menjual maklumat serta panduan seperti e-book, perisian dan perkhidmatan membuat laman web kepada individu dari dalam dan luar negara.


“Sebenarnya saya memang tidak menyangka sambutan yang diterima ketika itu. Yang membuatkan saya terkejut bukan saja kerana mampu membuat duit di Internet, sebaliknya produk yang saya jual turut dibeli individu luar negara.


“Selepas itu baru saya sedar dan nampak ruang serta peluang besar dalam perniagaan Internet yang mampu menjana pendapatan lumayan,” katanya.


Menurut Muhammad Ammar, pada 2008, dia meluaskan lagi skop serta produk jualannya seperti pelbagai maklumat bagi keperluan individu yang bersekolah, selain maklumat kursus bagi pengajian jarak jauh dalam versi bahasa Inggeris dan Melayu.


Ketika itu, dia mampu memperoleh pendapatan sekitar RM50,000 hingga RM100,000 sebulan.


“Saya masih belajar hingga 2010. Sebaik tamat belajar, saya tidak menceburkan diri dalam bidang yang saya pelajari, sebaliknya terus dengan perniagaan Internet.


“Ini kerana saya lihat wujud potensi besar dalam ruang ini yang mampu menjana pendapatan. Jadi, pada 2010 saya tubuhkan Jootawan Group Sdn Bhd.


“Syarikat ini bukan sekadar mengekalkan perniagaan di Internet sebagai sumber pendapatan utama, sebaliknya bagi mengendalikan bengkel serta seminar kepada individu yang berminat menjana pendapatan menggunakan Internet,” katanya.


Muhammad Ammar berkata, sehingga kini dia boleh berbangga kerana mampu memperoleh pendapatan lebih RM100,000 sebulan secara tetap dan membuktikan impiannya satu ketika dulu untuk menjadikan Internet sebagai sumber pendapatan tepat, sekali gus menyangkal gurauan sinis rakan yang pernah memperlekehkannya.


“Kalau nak ikutkan, masa mula-mula terbabit dalam perniagaan Internet, ramai memperlekeh impian saya.


“Namun kini saya dapat buktikan Internet mampu mengubah hidup seseorang yang pandai mencari peluang,” katanya.

 
Last edited:
Sponsored Post

aliQue

Super Active Member
Joined
Sep 26, 2006
Messages
5,139
Reaction score
31
Points
70
Kalau dari 2008 dah start RM50k - RM100k sebulan, skrg 2013 patut dah multimillionaire. TIket RM40, x 1000 yg datang RM40k. 10 kali seminar dlm sebulan dah RM400k. 3 bulan dah jutawan. Haha.
 

Berfikir

Active+ Member
Joined
Aug 10, 2011
Messages
4,858
Reaction score
108
Points
33
start 2006.
2006 aku tengah jadi 'student' subjek berniaga online ni.:))
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,194
Reaction score
823
Points
176
Kalau dari 2008 dah start RM50k - RM100k sebulan, skrg 2013 patut dah multimillionaire. TIket RM40, x 1000 yg datang RM40k. 10 kali seminar dlm sebulan dah RM400k. 3 bulan dah jutawan. Haha.
Well tulah rezeki dia... Mungkin satu hari kita pulak...
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,626
Reaction score
1,177
Points
201
Kalau dari 2008 dah start RM50k - RM100k sebulan, skrg 2013 patut dah multimillionaire. TIket RM40, x 1000 yg datang RM40k. 10 kali seminar dlm sebulan dah RM400k. 3 bulan dah jutawan. Haha.
seminar tu yg main point cepat dapat duit
 

Dreamboxjb

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2011
Messages
11,712
Reaction score
51
Points
135
rezeki kerna usaha yg bagus ini konpom...
 

CikguMusi

Fun Poster
Joined
Dec 30, 2007
Messages
867
Reaction score
9
Points
15
stuju...emmang seminar dan buku tu yang dia cepat jadi jutawan tu...
 

random1

Active+ Member
Joined
Dec 26, 2008
Messages
3,071
Reaction score
49
Points
30
Kaaya buat seminar je,bukan jual produk, produk boom 1 kali lpas tu buat seminar tu yg masyuk,trick lama
 

luqalief

Super Active Member
Joined
Feb 8, 2011
Messages
6,277
Reaction score
30
Points
70
Bg aku
Sumber kekayaan die dr seminar
Produk digital die just sebahagian kecil dan digunekan sbg batu loncatan
Bile dh mule feymes, buat seminar
Yuran seminar tu la income die
Cube beli buku die, ade jual kat mph
Isi bese je, same cam buku2 tip jualan lain
 

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,973
Reaction score
826
Points
161
kenal dia masa dia masih newbies kat wc
 
Sponsored Post
Top
Log in Register