BTC USD 94,853.0 Gold USD 3,338.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada murid baru Cina masuk sekolah Cina di Mata Ayer Arau. Hanya 13 murid Melayu

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,856
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,856
Reaction score
6,916
Points
881
Awards
1
Tiada murid baru Cina masuk sekolah Cina di Mata Ayer

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Aik di Mata Ayer di Arau merekodkan tiada pendaftaran masuk murid Cina bagi Tahun Satu pada sesi baharu persekolahan 2025/2026 yang bermula hari ini.

Guru Besar SJKC Kong Aik Leong Yong Siang berkata kemasukan murid tahun satu bagi sesi baharu persekolahan itu hanya merekodkan 13 murid Melayu, sembilan murid Siam dan seorang murid India.

Beliau berkata keseluruhan murid sekolah itu kini ialah 190 orang dengan jumlah paling ramai murid Melayu iaitu 93 orang.

"Sekolah ini mempunyai 17 tenaga pengajar termasuk tiga ustazah dan seorang ustaz yang mengajar ilmu agama kepada murid beragama Islam," katanya kepada pemberita semasa tinjauan Pengarah Pendidikan Perlis Rose Aza Che Arifin di sekolah itu hari ini.

Sementara itu, Rose Aza berkata trend peningkatan kemasukan murid bukan Cina ke SJKC dapat dilihat di beberapa sekolah berkenaan di Perlis termasuk SJKC Kong Aik, yang antara lain disebabkan faktor demografi dan minat ibu bapa terhadap pembelajaran Bahasa Mandarin.

"Kita dapati ada sekolah SJKC yang mempunyai lebih ramai pelajar kaum lain berbanding kaum Cina. Kelas prasekolah di SJKC Kong Aik ini turut mengajar Bahasa Mandarin menyebabkan ramai ibu bapa memilih untuk menghantar anak mereka ke sini bagi menguasai bahasa itu.

"Pada masa sama, keadaan ini turut mencerminkan semangat perpaduan kerana terdapat juga masyarakat Cina yang menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan," katanya.

- Bernama

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!
 
Sponsored Post

Screenshot-1541.png


dalam lot tanah sekolah SJKC ni ada dua biji rumah org melayu dalam tu. Ini yg depa dok claim tanah melayu tergadai. :LOL:
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register