BTC USD 60,213.6 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada lagi subsidi tepung gandum kegunaan am mulai tahun ini

Sponsored Post

Lim Sian See

·

Rupanya sudah tiada tepung gandum pada harga RM1.45 satu kg sebab kerajaan sudah hapuskan subsidi.
Tepung gandum kegunaan am paling murah saya dapat cari di Lotus ialah jenama mereka pada harga RM3.19 setiap kg.
Rasanya ini lah antara punca kenapa murtabak, roti canai, kek, mi telah naik harga baru-baru ini.

1710916293903.png



8iuTX4LlGZO.png
Author
Lim Sian See
Saya rasa KPDN juga kurang jujur dalam jawapan mereka dalam parlimen bahawa tiada lagi subsidi gula sebab ianya sudah dikembalikan bermula November 2023 melalui sistem insentif RM1 setiap kg.
https://www.bharian.com.my/.../tiada-lagi-subsidi-tepung...
 

Anas Abd Jalil

3h ·


Sebenarnya bukan sahaja tiada lagi Subsidi, tetapi juga tiada lagi Kawalan Harga

Kerajaan Madani tanpa gagal ikut seruan IMF untuk hapuskan semua jenis kawalan harga di negara kita.

Kawalan Harga Tepung boleh saja dinaikkan sedikit tapi masih mengekalkan polisi kawalan harga.

Cuma Kerajaan Madani yang ambil IMF sebagai konsultan, memang sengaja mahu hapuskan semua jenis kawalan harga.

Bab subsidi satu hal manakala bab kawalan harga satu hal lagi.

IMF memang akan memaksa negara membangun yang meminjam dari IMF untuk hapuskan semua kawalan harga.
Ini bukan kali pertama negara kita ikut polisi IMF apabila insan bernama Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.
https://www.bharian.com.my/.../tiada-lagi-subsidi-tepung...


1710916657206.png
 

Khairul Azri

1h ·

GANDUM.

Gandum ini jatuh dalam kategori barang Barangan kawalan berjadual yang disubsidi kerajaan jatuh dalam item subsidi kepenggunaan lain yang termasuk dengan seperti Ayam, telur dan elektrik.

Berapa nilai subsidi kepengunaan yang kerajaan belanja?

RM9.7 bilion, (kalau elektrik sahaja RM5.8 bilion)

Kalau gandum sahaja berapa? Dalam RM40 juta untuk Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am.

Tak banyak sangat sebab kerajaan hanya kuota 100 ribu tan setahun untuk gandum bersubsidi. Dalam erti kata lain, dapatlah rakyat membeli 1kg gandum pada harga RM1.35-1.45 sepaket.

Tetapi kena tahu bahawa tepung gandum yang kita makan di Malaysia ini adalah 100% diimport dari luar negara. Dari mana?

Australia, ada sedikit dari Kanada dan India. Dan kalau perhatikan nilai import gandum sejak kebelakangan ini telah naik dengan agak mendadak.

2020- RM1.6 bilion
2021 - RM1.77 bilion
2022 - RM RM2.66 bilion

Kenapa naik mendadak?

orang makan roti canai makin banyak ke?

kita import lebih gandum?

Tak sebab nilain harga gandum ikut harga pasaran antarabangsa, maka selepas Russia serang Ukraine pada 2022, harga gandum melambung sampai USD1,211per bushel. Sekali ganda naik harga daripada tahun 2021. Kenapa?
Sebab Ukraine antara pengeluar gandum terbesar dalam dunia. Campur Ukraine dan Russia mewakili lebih 50 peratus gandum dunia.

Baik.

Gandum di Malaysia biasanya akan dijadikan tepung gandum, roti dan makanan lain yang berasaskan gandum. Dan oleh sebab yang demikian kalau perasan roti jagung Gardenia yang biasa kita beli tu dah tak dapat bawah RM1. Sebab ini lah.

Pada hemat saya rancangan kerajaan tarik subsidi berjadual bagi gandum ini mungkin kerana pada tahun ini rantaian gandum kembali pulih dan harga seolah kembali turun ke paras USD530 per bushel.

Tapi mahu tak mahu kita kena akui yang Ringgit masih dan makin melemah dalam USD(-6% berbanding 2023), sebab urusniaga gandum dunia bukanlah dilakukan dalam ringgit. Jadi bila ringgit jatuh, kos gandum akan kekal mahal dan mungkin makin tinggi jika gandum dunia naik.

Sebab tu bila ada si 'bijak' yang tanya kamu 'shopping' guna usd ke kalau setakat beli roti canai, atau mee goreng di kedai mamak atau beli roti john di bazar ramadan ke?

Mintak dia istighfar mengucap sikit, mana tahu otak dia boleh pulih dengan segera.

p/s: Sinarharian apasal delete? benda dah masuk parlimen kan?



1710919576534.png



8iuTX4LlGZO.png
Author
Khairul Azri
Harga gandum dunia

1710919602857.png


8iuTX4LlGZO.png
Author
Khairul Azri
value import gandum Malaysia.

1710919631499.png
 

Subsidi tepung gandum kegunaan am tak ditamatkan, alih ke Payung Rahmah​

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menafikan pemberian subsidi tepung gandum kegunaan am bernilai RM40 juta, ditamatkan.

Timbalan Menteri, Fuziah Salleh, berkata peruntukan bagi tujuan itu sebaliknya dialihkan ke butiran perbelanjaan program Payung Rahmah membabitkan dana keseluruhan RM200 juta.

Beliau memaklumkan dana bernilai RM40 juta bagi pemberian subsidi barang itu tidak pernah dituntut, sebelum ini.

"Pada Bajet 2023 ada butiran 040600 iaitu subsidi tepung gandum kegunaan am (bernilai) RM40 juta, manakala Bajet 2024, butiran ini tiada dan ditanya dalam dewan, sebelum ini.

"Ketika itu saya menggulung (perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024) peringkat Jawatankuasa (bagi KPDN). Semak hansard sebab saya ada jawab, saya ingat Rasah (Cha Kee Chin) yang bertanya.

"Sudah beberapa tahun ia tak pernah dituntut kerana tiada kilang mahu menghasilkan tepung gandum kegunaan am, selain rakyat pun tak pernah minta... yang keluar tepung pelbagai cap," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mengenai penamatan pemberian subsidi tepung gandum kegunaan am, pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.


 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register