sarawak_lineup
Super Active Member
- Joined
- Aug 25, 2008
- Messages
- 5,217
- Reaction score
- 107
- Points
- 88



KUALA LUMPUR: Selepas lapan hari membuka gerai untuk menyediakan makanan secara percuma di kawasan bencana tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, dekat sini, Restoran Ali Maju menamatkan perkhidmatan kebajikannya, malam kelmarin.Pengarah Urusannya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, berkata tindakan itu diambil atas dasar keselamatan selepas pihak berkuasa memaklumkan tapak gerainya beroperasi turut ada dalam kawasan berisiko jika berlaku lagi tanah runtuh.“Sebenarnya kami merancang untuk terus membuka gerai selagi ada petugas melakukan kerja mereka di sekitar kawasan bencana, namun kami akur dengan nasihat pihak berkuasa.
“Bagaimanapun, jika selepas ini khidmat kebajikan kami masih diperlukan dan keadaan mengizinkan, kami akan membuka semula gerai untuk kepentingan awam,” katanya ketika dihubungi.
Jawahar Ali berkata, pihaknya membelanjakan kira-kira RM10,000 sehari untuk menyediakan makanan percuma iaitu roti canai dan teh tarik kepada anggota keselamatan dan petugas lain yang terbabit dalam kerja menyelamat serta urusan pemindahan tragedi itu yang berlaku pada 6 Disember lalu.
Katanya, biarpun terpaksa mengeluarkan kos tinggi, pihaknya tidak menganggapnya satu kerugian kerana yang penting ialah pembabitan dalam kerja kebajikan serta memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan.“Kami melakukannya dengan niat membantu setakat termampu dan kami mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak, terutama polis, pejabat Ahli Parlimen Setiawangsa dan pasukan Rela yang banyak memberi kerjasama serta memberi peluang untuk kami memberi sumbangan,” katanya.
ALAMAK....~X(~X(
X DER CAN LAGI LA NAK MKN FREE...

X DER CAN LAGI LA NAK MKN FREE...
Last edited: