BTC USD 26,804.4 Gold USD 1,960.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Lagi Hagrid Dalam Harry Potter

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
15.10.2022 - Global, Pelakon Scotland, Robbie Coltrane yang memainkan watak Hagrid dalam filem Harry Potter, meninggal dunia pada Jumaat. Ejennya dan juga rakannya, Belinda Wright menerusi satu kenyataan berkata, pelakon yang disifatkan mempunyai bakat unik itu meninggal dunia pada usia 72 tahun.

"Mendiang meninggalkan saudara perempuannya Annie Rae; isterinya, Rhona Gemmell; serta anak-anaknya Spencer dan Alice. Mereka mengucapkan terima kasih kepada kakitangan medik di Hospital Forth Valley Royal di Larbert atas rawatan dan layanan yang diberikan kepada mendiang. Tolong hormati privasi keluarga Robbie pada saat menyedihkan ketika ini," katanya.

Coltrane atau nama sebenarnya Anthony Robert McMillan lahir pada 30 Mac 1950 di di Rutherglen, dekat Glasgow, United Kingdom. Beliau menempa kerjaya sebagai pelakon, pelawak dan penulis. Pada tahun 1987, beliau bersama Emma Thompson membintangi siri mini BBC dan memenangi anugerah BAFTA 'Tutti Frutti. Namanya semakin terkenal dan memenangi lebih banyak anugerah kerana wataknya sebagai ahli psikologi jenayah, iaitu Dr Eddie 'Fitz' Fitzgerald dalam siri televisyen Cracker pada tahun 1993 hingga 2006.

Beliau juga merupakan pengarang, leksikografi Inggeris serta memegang watak Samuel Johnson dalam siri komedi televisyen, Blackladder The Third bersama Rowan Atkinson dan Hugh Laurie. Selain itu, beliau memainkan watak sebagai bekas ejen yang bertukar menjadi bos mafia Rusia dalam dua filem James Bond - Goldeneye (1995) dan The World Is Not Enough (1999).

Namun, wataknya yang paling diingati di seluruh dunia adalah Rubeus Hagrid, menerusi filem diadaptasi dari novel Harry Potter, yang ditulis oleh JK Rowling.​

1665805345174.png
 
Top
Log in Register