BTC USD 66,452.5 Gold USD 2,333.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada lagi geran ditawarkan bantu usahawan bumiputera

Dulu masa LGE jadi menteri kewangan kalau dia sekat bantuan atau apa2 dana kepada orang melayu cepat2 bang mat jumpa LGE suruh luluskan segera walaupun masa tu bang mat jadi menteri pertahanan.
Tapi sekarang entahlah bang masih peduli ke tidak perkara ni...cakna ke tak cakna.

Ataupun dah buat-buat tak tahu...
ke telo goyang?
 
Sponsored Post

Kenapa hapuskan skim geran percuma usahawan bumiputera?

Yusman AwangMay 24, 2024

Mohd Zai Mustafa
KUALA LUMPUR: Tindakan menghapuskan skim geran percuma kepada usahawan bumiputera oleh Menteri Ekonomi baru-baru ini dipersoalkan kerana sewajarnya ia dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sebelum sebarang keputusan diumumkan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam sidang media pada 20 Mei lalu menyatakan bahawa kerajaan Madani tidak lagi memberikan geran percuma kepada usahawan bumiputera berikutan penjajaran semula tiga agensi bermandat bumiputera di bawah beliau iaitu Teraju, Yayasan Peneraju dan Ekuinas.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, tiga agensi berkenaan adalah bertanggungjawab membangunkan dan memperkasa ekosistem perniagaan bumiputera negara.

“Sekiranya peranan agensi tersebut dihapuskan bagi membantu usahawan maka tiada keistimewan lagi kepada orang Melayu dan bumiputera.

“Sewajarnya peruntukan perlembagaan Perkara 153 (2) bagi membantu apa-apa bantuan khas dan sokongan kepada bumiputera terus dipelihara berdasarkan peruntukan Perlembagaan.

“Tindakan menghapuskan Geran berkenaan adalah sebahagian daripada hak istimewa yang telah termaktub.

“Menteri ekonomi sewajarnya merujuk perkara ini kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan YDPA sebelum sebarang keputusan diumumkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, Kerajaan Madani sepatutnya menambah peruntukan geran ini dan bukan membuat tindakan untuk menghapuskannya.

“Selain itu, kerajaan perlu meluaskan lagi geran ini kepada usahawan baharu yang berpotensi dan berdaya maju. Dengan ini, ekosistem perniagaan bumiputera boleh berkembang lebih lancar dan pesat.

“Bagi mempastikan Geran ini digunakan sebaiknya, satu jawatankuasa pemandu yang profesional dibentuk bagi menilai dan mengurus dana ini agar lebih telus dan berintegriti,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/5/2024
 
Bg aku benda ni positif, cuma tak kena masa..

Sebab apa aku kata positif?
Pengalaman aku ddk dlm satu agensi dlu, bukak mata ttg org kita neh. Dari zmn madey lagi berapa byk dana yg kerajaan tawarkan kepada golongan bumiputera Melayu, antaranya melalui MARA plg byk dan ada lg agensi2 lain semua nya atas kertas jer. Sbb org kita sgt lemah bab pengurusan kewangan. Ada satu program (jalan dalam 2 tahun) bwh agensi aku ddk ni senang2 je apply sampai 50k, last2 habuk pon takde. Fail bertimbun2 last senyap camtu jer.

Ini antara faktor menyebabkan org kita tak kompeten dlm mana2 biz, abis kuat 5-10 tahun tapi tak boleh berkembang (tak mampu wujudkan generasi pelapis baru sbb takut nak bersaing , kedekut ilmu dsbnya), faktor plg besar adalah kesatuan.

p/s: ada pro dan kontra dlm setiap isu, ini adalah peluang utk kita org2 Melayu faham apa itu kesatuan dan kejujuran, sbb tu Allah tarik nikmat kepimpinan dr tanah air ni buat sementara waktu
 
Kasi pinjaman qardhul hassan je la

Kita negara islam kene ikut sistem islam
dah ada framework nya iaitu Baitulmal dan zakat, pon disalah guna org2 politk dan org bawahan

Islam yg ada skrg menekan syariat (Ilmu) tanpa Ruh (makrifat) beginilah jd nya, kosong ibarat buih dilautan, mcmana nak taat tanpa rasa cinta dan memerlukan?
 
Last edited:
Bagi aku mmg selayaknya umat Islam harini dipermalukan kerana Islam hanya pada nama tapi kosong tanpa mengenal dan memahami arti sebenar apa yg dibawa Rasulullah s.a.w ,jgn kata syariat (sunnatullah), akhlak (sunnah Rasulullah) pon tak mampu ikut

Musuh menekan kita dgn gaji minimum dan kenaikan harga barang, kpd yg terlibat Rasulullah anjurkan kita bersederhana mengikut kemampuan dan berpuasa, bg yg umum berkemampuan Rasulullah anjurkan kita utk ziarah (adab berjiran 40 umah kiri, 40 rumah kanan) ..jawapan semua dh ada

Utk yg nak memulakan perniagaan dan modal, kembali kukuhkan ikatan silaturrahim bersama keluarga dan imarahkan masjid2 dan surau2 kita utk kita saling membantu, marilah kita bersatu, semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita utk mengembalikan kegemilangan Islam, inshaAllah.
 
akhirnya jawapan yang ditunggu-tunggu.
 
Kaum Cina Buddha dah lama pakai konsep ni. Kita ja Islam Bumiputera ni yang, kau kau. aku aku.

saya pernah nampak satu agreement cina kalau sewakan premis kt geng dia. diorg kawtim bayar 300 ja dlm agreement. saiz premis besar gila. mana tak bertahan sampai ke hari ni. masa covid pun steady.

Kita hanya bersatu atas nama Islam. Tapi tidak bersatu dalam konsep persaudaraan Seislam.
 
org Melayu x boleh buat camtu bang, tak racist.. rasuah :ROFLMAO:
 
Bg aku benda ni positif, cuma tak kena masa..

Sebab apa aku kata positif?
Pengalaman aku ddk dlm satu agensi dlu, bukak mata ttg org kita neh. Dari zmn madey lagi berapa byk dana yg kerajaan tawarkan kepada golongan bumiputera Melayu, antaranya melalui MARA plg byk dan ada lg agensi2 lain semua nya atas kertas jer. Sbb org kita sgt lemah bab pengurusan kewangan. Ada satu program (jalan dalam 2 tahun) bwh agensi aku ddk ni senang2 je apply sampai 50k, last2 habuk pon takde. Fail bertimbun2 last senyap camtu jer.

Ini antara faktor menyebabkan org kita tak kompeten dlm mana2 biz, abis kuat 5-10 tahun tapi tak boleh berkembang (tak mampu wujudkan generasi pelapis baru sbb takut nak bersaing , kedekut ilmu dsbnya), faktor plg besar adalah kesatuan.

p/s: ada pro dan kontra dlm setiap isu, ini adalah peluang utk kita org2 Melayu faham apa itu kesatuan dan kejujuran, sbb tu Allah tarik nikmat kepimpinan dr tanah air ni buat sementara waktu
Itulah.
Zaman kobid maghin, kedai semua tutup satu persatu, tup2 ada 1 kedai supebike milik MARA, muncul kat seremban 2.
Moto bukan kaleng2, harley apa segala dalam tu.
Siap ada cafe ape entah. Kejap je kedai tu.
Sebulan dua mcm tu, pastu hilang.

Dengar citet, motor yg diambil tu pun dah makap kaw2.

Kesian kat mara lah. Nak bantu orang kita, sekali basah kepala kaw2.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register