BTC USD 66,939.9 Gold USD 2,329.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada lagi cinta, Bella fail cerai lagi terhadap Aliff

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
14,967
Joined
Dec 6, 2010
Messages
14,967
Reaction score
910
Points
171
KUALA LUMPUR – Pelakon Bella Astillah telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya penyanyi dan juga pelakon Aliff Aziz.

Perkara itu disahkan peguam syarie Azmi Mohd. Rais ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kata peguam itu, permohonan cerai yang dibuat anak guamnya selaku plaintif difailkan pada Isnin lalu, secara `fast track’ (ekspres) atas alasan antaranya sudah tiada lagi persefahaman dan mawaddah (cinta dan kasih sayang).

“Permohonan difailkan secara ‘fast track’ dan tarikh pada mulanya ditetapkan esok (Khamis), namun dipercepatkan hari ini.

“Hari ini merupakan sebutan kali pertama permohonan tersebut. Permohonan cerai dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984,” katanya.

Penceraian ‘fast track’ merupakan proses bagi pasangan yang bersetuju untuk bercerai di bawah peruntukan seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan tidak perlu menunggu selama 90 hari untuk menyelesaikan kes mereka.

Proses ini juga diselesaikan kurang enam jam bermula daripada masa pendaftaran kes sehingga perintah bertulis dikeluarkan.

Terdahulu dalam prosiding sebutan kali pertama di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, hadir ke mahkamah ditemani ahli keluarganya yang lain.

Bagaimanapun Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 33, sebagai defendan tidak hadir kerana urusan kerja selain terlibat dengan penggambaran.

“Aliff ada maklumkan kepada saya bahawa tidak dapat hadir hari ini kerana ada ‘shooting’ (penggambaran). Justeru mahkamah kemudian menetapkan 4 April ini bagi sebutan semula kes dan pada tarikh itu kedua-dua pihak akan hadir ke mahkamah,” kata peguam itu lagi.

Minggu lalu, nama Aliff menjadi bualan hangat apabila dilaporkan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium di ibu negara.

Perkara itu disahkan oleh adik iparnya iaitu Didi Astillah yang ditemui di lokasi kejadian bagi menemani kakaknya, Bella Astillah.

Menurutnya, dia bersama Bella hadir ke pejabat Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.

Terdahulu, tular laporan berita mendakwa seorang artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di sini.

Sebelum ini pada 2019, Bella dan Aliff pernah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Namun pasangan itu kemudian rujuk semula ketika Bella masih dalam edah. – KOSMO! ONLINE


9840.jpeg

Bella memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya penyanyi dan juga pelakon Aliff.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register