BTC USD 49,339.7 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada keperluan perkenal subjek khusus antirasuah

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,399
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,399
Reaction score
2,966
Points
201
Tiada keperluan perkenal subjek khusus antirasuah

PETALING JAYA: Belum ada keperluan untuk memperkenalkan subjek pendidikan antirasuah dalam kalangan pelajar sekolah namun segmen tersebut yang tersedia dalam buku teks perlu diperkasakan.

Sebaliknya kata Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Razim Mohd. Noor, pihaknya memberi fokus dalam membetulkan pandangan masyarakat terhadap masalah rasuah dalam negara.



“Kita sudah ada beberapa inisiatif yang lain. Pelan Antirasuah Nasional 2019 hingga 2023 telah memasukkan modul memperkenalkan pembelajaran antirasuah di peringkat sekolah. Jadi, dengan itu tidak perlulah memperkenalkan subjek tambahan yang memberi fokus pada isu yang sama.

“Di sekolah juga sudah ada subjek pendidikan sivik dan moral, jadi pihak SPRM, kita berjaya masukkan pendidikan khususnya isu rasuah dalam buku teks sekolah. Ini adalah usaha yang cukup baik daripada pihak Kementerian Pendidikan.




“Ini juga sebenarnya satu persepsi kerana di Malaysia, ramai yang suka katakan negara kita terlibat dengan rasuah. Satu persepsi yang perlu dibetulkan adalah kaum Cina paling banyak terlibat,” ujarnya.


Beliau menyatakan demikian dalam Majlis Pelancaran Pertandingan Duta Antirasuah Peringkat Kebangsaan di ibu negara hari ini.

Turut hadir wakil Universiti Antarabangsa INTI selaku Penasihat Pertandingan, Datuk Tan Yew Sing dan Ketua Task Force Publisiti Antirasuah Belia Cina, Alex Ng Jun Fai.

Razim telah merasmikan majlis itu dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran orang ramai termasuk pelajar sekolah menengah dan menerusi pertandingan pidato antirasuah tersebut.

“Dengan medium ini, saya harap kita dapat baiki persepsi negatif yang kita ada.

“Negara luar seperti China, tidak pernah kompromi dengan rasuah. Jadi adalah tugas kita untuk membersihkan persepsi ini. Rasuah memberi kesan masa panjang, oleh itu kita juga patut tahu susah untuk kita berubah dalam masa pendek,” jelasnya.

Pertandingan pidato bahasa Mandarin tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori untuk kaum Cina sahaja, kaum bukan Cina serta kategori sekolah menengah.


Rakyat Malaysia yang berkelayakan tanpa mengira bangsa berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, piala dan sijil.-UTUSAN ONLINE
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
34,976
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,976
Reaction score
2,473
Points
201
Subject anti rasuah ni wajib khas kan tuk bos lvl.. bukan kuli.... final decision boss kan
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Messages
23,899
Joined
Jan 12, 2008
Messages
23,899
Reaction score
3,797
Points
201
Subject anti rasuah ni wajib khas kan tuk bos lvl.. bukan kuli.... final decision boss kan
Kalau tak nak ada subjek pendidikan rasuah ni...tukar hukuman kpd hukuman mati.... - Confirm boleh banteras masalah rasuah.Hukuman mati ni sekecil kecil rasuah hingga sebesar rasuah.Cth..RM10 pun kena hukuman mati.Baru ada akal...
 

GeeKaDoY

Active Member
Messages
1,550
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,550
Reaction score
298
Points
51
Kalau tak nak ada subjek pendidikan rasuah ni...tukar hukuman kpd hukuman mati.... - Confirm boleh banteras masalah rasuah.Hukuman mati ni sekecil kecil rasuah hingga sebesar rasuah.Cth..RM10 pun kena hukuman mati.Baru ada akal...
RM10 kira cincai la hadiah... 🤭
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
34,976
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,976
Reaction score
2,473
Points
201
Kalau tak nak ada subjek pendidikan rasuah ni...tukar hukuman kpd hukuman mati.... - Confirm boleh banteras masalah rasuah.Hukuman mati ni sekecil kecil rasuah hingga sebesar rasuah.Cth..RM10 pun kena hukuman mati.Baru ada akal...

Boring aku pasal integriti ni.. sebuk kuli yg kene.. padahal final boss yg kasi arahan
 

sapit87

Super Active Member
Messages
8,371
Joined
Oct 4, 2012
Messages
8,371
Reaction score
523
Points
121
Pd aku penting jgk subjek rasuah ni diperkenalkan dr skolah lg sebab bile org dah start keje,x smua dpt bezakan mana satu hadiah mana satu rasuah.kt tpt keje lama aku takaful pun dulu slalu dpt hamper la hadiah la lg2 nk dekat raya cina,limau jgn ckp la berkotak2 dpt..ramai yg amik termasuk aku,ada jgk xnak amik,katanya ni boleh kata mcm rasuah ke pe ntah,habuan utk bg cpt dpt claim.tp padahal sama je proses claim tetap sama je xde beza
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,691
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,691
Reaction score
16,562
Points
2,376
Rasuah berkait dengan integriti individu
 

pudins70

Super Active Member
Messages
9,185
Joined
Mar 28, 2011
Messages
9,185
Reaction score
975
Points
121
Senang cerita orang yang kaki pelahap rasuah ataupun orang yang ada niat nak ambik rasuah saja yang tak akan sokong benda ni.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register