BTC USD 94,853.0 Gold USD 3,338.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tiada jual sama orang India - Video penjual jagung rasis tular

Peniaga jagung bakar letak notis berbaur perkauman didenda RM400, isteri dipenjara


Isterinya, seorang warga Indonesia dipenjara tiga bulan selepas didapati bersalah atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Pasangan suami isteri itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang dan masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Lelaki berusia 64 tahun itu, sebelum ini ditahan bersama isterinya yang berusia 52 tahun di Jalan Labuhan Dagang - Nilai, Sepang, pada 17 Februari lalu

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G K Shan Gopal, berkata tangkapan dibuat selepas polis menerima aduan pada 16 Februari lalu berkaitan video tular di media sosial kejadian seorang peniaga jagung meletakkan notis berbaur perkauman.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Selangor dan arahan diberikan untuk menuduh penjual jagung ini mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan bersama pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan

"Isteri peniaga ini dituduh mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya, Mahkamah Majistret Sepang menjatuhkan hukuman denda RM400 ke atas peniaga manakala isteri dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan.

"Polis Daerah Sepang menasihati orang ramai agar menjaga hubungan antara kaum dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini," katanya


Artikel ➡️ Berita Harian
 
Sponsored Post

minta si DD chronicle bantu :ROFLMAO:
1740143441478.png

.
 
Screenshot_2025-02-21-22-18-18-784_com.android.chrome-edit.jpg


Yg terasa ni diorang asal india ke malaysia?

Dah 3,4 keturunan duduk malaysia pun masih terasa macam asal sana dah kenapa.


Sshhhh....
Jgn bang, ckup2..
Kito tak pndai main drama....
Tak pndai buat2 innocent....
Tak pndai buat2 victim....
Kalau tak.... Meleret topic ni nnti....
Msuk politaik.. Msuk ketrunan....
Tu blum mabuk sambil taip komen kat CG ni....
Haru jadi eh.....
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register