akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 59,127
Top Poster #1
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 59,127
- Reaction score
- 6,865
- Points
- 881
- Awards
- 1
'Tiada jual sama orang ******' - Video penjual jagung rasis tular
Satu rakaman video tular di media sosial selepas seorang penjaja tepi jalan didapati meletakkan notis berunsur perkauman di atas meja yang digunakan untuk menjual jagung bakar.
Insiden tersebut dikatakan berlaku di Kota Warisan, Sepang di mana penjaja terbabit meletakkan notis berbunyi:
"Sorry, ini jagung tiada jual sama orang ******."
Perkataan ****** merupakan istilah menghina yang digunakan terhadap masyarakat India.
Menurut seorang wanita India yang tidak dinamakan, yang merakam video tersebut semalam, dia terlihat gerai itu ketika melalui kawasan tersebut.
"Saya berhenti dan beritahu pemilik gerai bahawa itu adalah kenyataan bersifat perkauman dan minta mereka tanggalkannya.
"Namun pemilik gerai, seorang lelaki, menuding jari ke arah saya sehingga menyentuh hidung saya, dan mula bertindak agresif.
"Saya mula berasa tidak selamat dan terus berjalan ke sebuah restoran berdekatan," katanya dalam bahasa Tamil dan Inggeris.
Bagaimanapun, wanita itu mendakwa pemilik gerai tersebut mengikutinya dan mula merakam pergerakannya, yang turut dibalas dengan rakaman daripadanya.
Selepas kejadian itu, dia mempersoalkan sikap tidak peduli masyarakat India terhadap tindakan rasis penjaja tersebut.
"Saya lihat ramai orang India berjalan di kawasan ini. Adakah sesiapa yang mempertikaikan lelaki ini? Adakah sesiapa membuat laporan polis mengenai perkara ini?
"Jika anda telah lihat tindakan lelaki itu (papan tanda rasis), saya gesa semua orang untuk buat laporan polis seperti yang saya lakukan.
"Gerai ini terletak di Kota Warisan, Sepang... betul-betul bertentangan dengan Hotel Holiday Inn," tambahnya.
Wanita itu mendakwa ketika cuba merakam gerai itu sekali lagi, seorang wanita yang turut menjaga gerai tersebut segera menanggalkan papan tanda berkenaan.
"Sahabat sekalian, saya harap anda semua dapat melihat apa yang sedang berlaku di negara kita. Fikirkan mengenainya," katanya lagi.
‘Mengejutkan’
Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, meluahkan rasa terkejut berhubung rakaman video kontroversi itu dan menggesa kerajaan, terutamanya Kementerian Perpaduan Negara, untuk mengambil tindakan segera.
Dia menegaskan bahawa tindakan sedemikian tidak mencerminkan keseluruhan masyarakat Melayu, tetapi hanya segelintir individu yang bersikap ekstrem.
"Bahaya yang timbul adalah ia boleh mencetuskan reaksi daripada komuniti lain, contohnya seorang peniaga India Malaysia yang marah meletakkan papan tanda yang sama, yang akhirnya boleh mencetuskan rantaian permusuhan," katanya kepada Malaysiakini.
Bekas menteri itu menegaskan kepentingan menangani insiden sebegini dengan segera kerana membiarkannya berterusan boleh membawa kesan yang amat berbahaya.
"Penggunaan kata-kata penghinaan dan ucapan kebencian boleh merosakkan keharmonian sosial Malaysia serta membakar api perpecahan dan ketidakpercayaan antara kaum," tambahnya.
Saravanan menegaskan bahawa bahaya sikap perkauman, jika dibiarkan tanpa kawalan, boleh membawa kesan negatif kepada negara dalam jangka masa panjang.
Oleh itu, katanya, demi memelihara perpaduan dan keharmonian negara, semua bentuk ucapan kebencian, penghinaan kaum dan tingkah laku diskriminasi perlu ditangani dan dihapuskan segera.
Tidak boleh diterima
Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, mengecam tindakan penjaja tersebut setelah perkara itu dibawa kepada perhatiannya.
"Tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini adalah tidak boleh diterima dan tidak boleh dikompromi.
"Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, kita mesti sentiasa menjaga kesejahteraan dan keamanan dengan tidak membenarkan sesiapa pun membuat kenyataan atau bertindak dengan cara yang menyakiti mana-mana komuniti," katanya di platform X.
Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!