BTC USD 38,628.3 Gold USD 1,818.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada istilah ketuanan Melayu dalam Perlembagaan: Kay Kim

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Tiada istilah ketuanan Melayu dalam Perlembagaan: Kay Kim

KUALA LUMPUR: Istilah 'Ketuanan Melayu' tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam Perlembagaan Negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.

"Sebelum ini tidak pernah disebut 'Ketuanan Melayu' dalam masyarakat Melayu.

Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma 'Ketuanan Raja' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

"Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya kepada Bernama malam ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lalu.

Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'.

Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum.

"Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh," katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin sependapat dengan Khoo bahawa istilah Ketuanan Melayu hanya ciptaan ahli politik dalam menggambarkan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu.

Sambil mempersoalkan tindakan Dr Wan Azizah, beliau berkata kenyataan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanyalah gimik politik dan untuk menutup kemelut yang dihadapi PKR ketika ini. "Saya tidak tahu kenapa timbulkan isu ini. Apa yang saya nampak adalah 'Ketuanan Anwar' dalam PKR. 'Ketuanan Anwar' yang perlu dihapuskan. 'Ketuanan Melayu' hanya nak kaburkan 'Ketuanan Anwar'. Pada pandangan saya, konsep itu (Ketuanan Melayu) tidak ada," katanya.

Beliau berkata Dr Wan Azizah perlu melihat semula apa yang dimaksudkan dengan ketuanan itu dan tidak seharusnya mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub sejak zaman kesultanan Melayu lagi. Shamsul Amri berkata jika dilihat dalam soal ekonomi, kaum Cina mendominasi sebanyak 70 peratus daripadanya manakala Melayu hanya 30 peratus, dan tiada istilah kaum Melayu mendominasi dalam semua aspek.

"Kalau kita lihat sepatutnya 70 peratus itulah yang tuan. Jadi, ketuanan Melayu itu menunjukkan apa? Apa dia ketuanan itu? Dia (Dr Wan Azizah) sendiri tidak jelas apakah maksud ketuanan itu," katanya.

Beliau berkata ahli politik seharusnya memikirkan isu yang relevan untuk dibincangkan dan tidak membangkitkan isu yang boleh mendatangkan kesan buruk antara kaum. -- BERNAMA
 
Sponsored Post

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,255
Reaction score
28
Points
70
Lebih indah jika Islam diutamakan berbanding ketuanan Melayu. Tapi kerajaan sekarang tak minat dgn Islam ni. Sebab itu boleh fitnah sana-sini, nak buat hub hiburan, skandal berbillion2 RM, lulus lesen judi, bagi bukit dan gunung ke tokei judi, tolak hudud, pecah amanah dan menzalimi rakyat sendiri.
 

moxmeng

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2010
Messages
2,976
Reaction score
8
Points
25
wadapak makhluk ni
klu bg kat korg
jwbnye mlayu n Islam mmg kne buli lah
 

ykenobi

Super Active Member
Joined
Nov 19, 2008
Messages
6,422
Reaction score
14
Points
65
Lebih indah jika Islam diutamakan berbanding ketuanan Melayu. Tapi kerajaan sekarang tak minat dgn Islam ni. Sebab itu boleh fitnah sana-sini, nak buat hub hiburan, skandal berbillion2 RM, lulus lesen judi, bagi bukit dan gunung ke tokei judi, tolak hudud, pecah amanah dan menzalimi rakyat sendiri.

btul tuh bro..
terpekik terlolong menyalak marah pasal Ketuanan Melayu..
ape nt die mati, malaikat ade tanye die ke psl ketuanan melayu?..
ghapla jingga btul..:eek::eek:
hahahaha...
 

limahchai

Junior Member
Joined
Nov 2, 2010
Messages
90
Reaction score
0
Points
6
mungkin ahli sejarah boleh mengulas lanjut kenapa sultan yang ada sekarang disebut raja-raja melayu tapi tidak disebut sebagai raja-raja negeri...

apakah mereka tidak mahu tahu bahwa konsep raja melayu melambangkan satu pengiktirafan bahawa melayu pemilik mutlak nusantara?

apa-apa pun konsep 1malaysia yang dibawa oleh DSN menimbulkan kekeliruan selagi setiap kaum masih terbawa-bawa sifat perkauman mereka apabila merujuk kepada kepentingan politik....

dan banyak lagi boleh dibaca di freemalaysiakini.com(tidak perlu bayar untuk membaca)
 

syah99

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2006
Messages
6,069
Reaction score
63
Points
70
AJIJAh ni cuba menarik lebih ramai pengundi dari kaum bukan melayu.... Ala, muka jer bertudung.. Dalaman bogel...

la kau ni mimpi nih,
mmg pkr menang sebab undi cina india.

yg nak sgt undi bukan melayu ni datuk najib kau tu.
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
ketuanan melayu = ketuanan umno..umno nak kekal diri sebagai tuan..:))
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,684
Reaction score
535
Points
171
bagaimana 1Malaysia dan ketuanan melayu nak bergerak seiring?
 

myvi sporty

Active Member
Joined
Mar 16, 2009
Messages
1,743
Reaction score
35
Points
30
ok ibrahim ali ngan ketua pemuda perkasa.. dan jugak juak2x UTUSAN.. apa lagi.. pi la protes, tarik balik darjat dan pingat Prof emiretus khoo khay kim sebab mempersoalkan ketuanan MELAYU!! dia kata takdak pun dalam perlembagaan..apa lagi menyalak la wei
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
AJIJAh ni cuba menarik lebih ramai pengundi dari kaum bukan melayu.... Ala, muka jer bertudung.. Dalaman bogel...
la kau ni mimpi nih,
mmg pkr menang sebab undi cina india.

yg nak sgt undi bukan melayu ni datuk najib kau tu.

Ni bukti air liur jib nak sgt sokongan non muslim sampai sanggup terajang Penubuhan Negara Islam...jib nak hidup mcm kapir kot...

Peringatan Kepada Umat Islam Yg Mencintai Islam...Hayatila Kata2 Jib Sebagai PM Yg Mengejek-ejek Dan Permainkan Penubuhan Negara Islam Ni...Sad But True!
Kenyatan biadap Chua ini disambut Najib dengan kenyataan berikut:

“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina."

Tidak cukup dengan itu, Najib turut menyokong kenyataan yang dibuat Karpal Singh suatu ketika yg menolak undang Islam (hudud):

“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,
Surah Al-Maaidah Ayat 57

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.


Jelas Terbukti Amco Mengejek-ejek Dan Permainkan HUDUD ALLAH!!!:(scam

Khairy: BN mungkin hilang 50 kerusi...

http://www.malaysiakini.com/news/145844

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 50 kerusi parlimen BN yang sedia ada berada dalam bahaya sekiraya Umno masih lagi berkhayal boleh menang dalam pilihan raya tanpa sokongan bukan Melayu.

Katanya, sekiranya tidak ada usaha untuk mengamalkan kepimpinan yang inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu Umno akan hilang pada pilihan raya akan datang "bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi."

"Kita harus belajar dari keputusan pilihanraya umum yang lalu di mana jelas kita hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu," katanya yang juga ahli parlimen Rembau.

Ketika berucap dalam mesyuarat agung 2010 pergerakan itu, Khairy berkata, keadaan itu bermakna, untuk menang mestilah dengan sokongan dari semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

"Kalau kita mengharapkan undi orang Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas. Inilah hakikat dan realitinya," katanya.



kahkahkah

sekiranya apa yg dikatakan oleh KJ ni benar...maka ada logiknya kata2

Chua Soi Lek dlm AGM MCA tempoh hari..

kurang percaya??

mari kita congak...

07b6f30a.jpg


amco bertanding sebanyak 117 kerusi...dan sekiranya 73 kerusi yg mejoriti melayu masih dipegang oleh amco...maka secara logiknya

117-73=44

jadi 44 buah kerusi tersebut akan dimenangi oleh PAS sebab 44 kerusi tersebut tidak mempunyai undi mejoriti melayu 70% kerana undi bkn melayu merupakan undi penentu...

PAS pertandingkan sebanyak 67 kerusi dan PAS menang sebanyak 23 kerusi...jadi

67-23=44

secara logiknya 44 kerusi yg amco kalah tadi telah pon terkalih kepada PAS...disebabkan tu la PAS hanya pertandingkan cuma 67 buah kerusi saja...LOGIK!!!

kerusi selebihnya yakni 6 buah kerusi tu akan dimenangi oleh PKR...sebab kawasan amco mana pulak DAP nak bertanding...dah tentu la PKR...

so sekarang bila PR menang kedudukan kerusi adalah seperti berikut:

PAS = 67
PKR = 37
DAP = 28

kedudukan PAS yg kini menjadi teraju PR disokong sendiri oleh

Presiden MCA, Chua Soi Lek:

“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten...PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” - Chua Soi Lek

disambut Najib dengan kenyataan berikut:

“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina."

Najib turut menyokong kenyataan yang dibuat Karpal Singh suatu ketika yg menolak undang Islam (hudud):

“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register