Tiada istilah 'Datuk beli'

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR - Tidak wujud istilah beli dan jual gelaran Datuk!
Itu tegas Setiausaha Eksekutif Sekretariat Datuk-Datuk Karaton Surakarta Malaysia, Datuk Dr. Baha Nordin berhubung dakwaan ada pihak tertentu di Terengganu yang menjual gelaran 'Datuk' baru-baru ini.

Dakwanya, kesemua gelaran itu merupakan kurniaan Sultan Solo Indonesia, Pakoe Boewono XIII Sultan Solo kepada rakyat Malaysia dan ia diiktiraf kerajaan.

Malah baginda tidak pernah mempunyai ejen atau melantik ejen bertindak sebagai orang tengah dalam mencari individu di negara ini seperti didakwa.

"Pemilihan dibuat oleh sekretariat dan kami tidak mempunyai ejen yang bertindak menjual anugerah kehormat tersebut kerana untuk menerima anugerah ini hanya individu yang layak dan bukan orang sembarangan," katanya yang hadir ke pejabat Kosmo! sendiri semalam bagi menjelaskan mengenai laporan muka depan Kosmo! kelmarin mengenai 'Datuk N' yang mengaku wakil Sultan yang menjual gelaran tersebut dengan harga RM35,000.

Turut hadir bersama Utusan Khas Sultan di Malaysia, Datuk Seri Amar Diraja, Prof. Dr. Muhamad Rosli Che Wan dan Datuk Seri Shamsudin Md. Saad untuk mengulas mengenai laporan Datuk Ekspres semalam.

Dalam laporan terdahulu, anugerah itu kononnya dianugerahkan Sultan Surakarta atau Solo di Indonesia kepada individu di negara ini yang sanggup membayarnya dengan jumlah tertentu.

Dalam pada itu, menurut Baha, tiada nilai ditentukan bagi menerima anugerah tersebut dan nilai RM35,000 yang diperkatakan itu bukan 'harga' kepada anugerah kehormat tersebut.

La baru plan nak pi beli

:eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

lah7257

Active Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
1,971
Reaction score
5
Points
25
Untuk Tan Sri punya berapa yek.. Aku nak order satu kalau ada lagi yang kosong..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register