Tiada helikopter terhempas di pergunungan Perak - Polis

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
265,113
Reaction score
8,923
Points
2,226

GOPENG: Polis mengesahkan tiada kejadian helikopter terhempas di kawasan pergunungan berhampiran Kampung Orang Asli (KOA) Ulu Jelintoh di sini, seperti didakwa penduduk kampung berkenaan.

Difahamkan, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan kecemasan jam 10.50 pagi tadi daripada penduduk kampung, memaklumkan terlihat helikopter terbakar dan terhempas di kawasan pergunungan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim, berkata semakan dan tinjauan setakat ini mendapati tiada kejadian seumpama itu berlaku di lokasi terbabit.

“Polis membuat pemerhatian di lokasi, semakan dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) serta unit udara PDRM, namun tiada kejadian seperti dilaporkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Mohd Yunus Abu, berkata pihaknya belum dapat mengesahkan kejadian namun polis memaklumkan sudah membuat tinjauan dan kejadian itu tidak berlaku.

“Bomba menerima panggilan dari penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan manakala maklumat dari DCA juga negatif.

“Bagaimanapun, kita akan terus membuat penilaian sehingga laporan ini dapat disahkan,” katanya.


 
Top
Log in Register