Tiada fakta disembunyikan: Gani

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
PETALING JAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata tiada fakta disembunyikan dalam pertuduhan terhadap dua individu berhubung kecurian dua enjin pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Katanya, pertuduhan terhadap anggota TUDM dan pengarah syarikat terbabit dibuat berlandaskan hasil siasatan polis, dengan kedua-duanya didapati suspek utama kes berkenaan.

“Ini satu kes kecurian, sesiapa saja yang melakukannya perlu dikenakan tindakan (undang-undang)... tidak semestinya kena ada pembabitan ‘orang besar’,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas keraguan kerana hanya dua individu yang disifatkan ‘ikan bilis’ dikenakan tindakan sedangkan modus operandi kehilangan aset pertahanan itu menggambarkan ia dirancang rapi dan membabitkan satu sindiket.

Gani turut mengesahkan hanya dua individu didakwa berhubung kes itu, manakala dua lagi, masing-masing anggota tentera berpangkat Laskar Udara Kanan dan Sarjan Udara adalah saksi penting kes.

“Dalam IP (kertas siasatan) yang dikemukakan kepada saya, polis mengenal pasti anggota tentera berpangkat sarjan dan pengarah syarikat sebagai dalang utama kecurian itu,” katanya.

Sarjan Udara N Tharmendran, 42, dituduh mengikut Seksyen 308 Kanun Keseksaan, yang dibacakan bersama Seksyen 109 kanun sama kerana bersubahat melakukan perbuatan mencuri itu, manakala pengarah syarikat, P Rajandran, 38, pula mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana menolong menghapuskan harta curi.

Sementara itu, siasatan kes berkenaan dianggap sudah selesai berikutan pertuduhan terhadap dua individu terbabit semalam dan tumpuan kini kepada usaha menjejaki enjin berkenaan dan membawanya pulang menggunakan segala saluran yang ada.

Sumber memberitahu Berita Harian, Bukit Aman dengan bantuan Interpol kini sedang berusaha mendapatkan semula kedua-dua enjin pesawat tempur F-5E itu secepat mungkin bagi mengelak ia jatuh ke tangan yang salah.

“Yang kita risaukan sekarang, sekiranya ia jatuh ke tangan pengganas. Jika ini berlaku, implikasinya cukup besar dan boleh mengheret negara ke kancah konflik antarabangsa kerana enjin itu hilang di Malaysia,” katanya.
 
Sponsored Post

Davosneny28

Fun Poster
Joined
Jun 27, 2009
Messages
425
Reaction score
0
Points
10
hahah...org **** je pecaye cite mcam ni. lawak lawak!!!
nak bawak barang keluar dari yard pun mesti kena inform bos dulu ni kan pulak enjin yg bberharga rm100juta?
umnok ni ingat rakyat ni **** kot
 

AjuL

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 2, 2009
Messages
9,046
Reaction score
173
Points
73
sengal .....******* ...haha..dia ingat rakyat malaysia duduk dalam gua lagi :eek:
 

mtkyii

Fun Poster
Joined
Apr 12, 2007
Messages
872
Reaction score
1
Points
15
terasa diboodohkan.....dan
memang telah diperboodohkan...
 
Last edited:

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Berapa sangat la gaji mamat tu..kalau betul dia curik dan jual tentu dah berenti kerja lama dan hidup mewah gila2...tak kan dapat juta2 nak kerja situ lagi kot
 

aidil08

Active Member
Joined
Feb 28, 2006
Messages
1,648
Reaction score
5
Points
25
Jawab la ko nanti kat sana
 
Sponsored Post
Top
Log in Register