soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
[email protected]KUALA LUMPUR: Bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia mengesahkannya dan isteri, Suzan Ahmad positif COVID-19 selepas melakukan ujian menerusi kaedah Rapid Test Kit (RTK) menunjukkan keputusan positif, semalam.
Berkongsi berita duka menerusi Instagram (IG), Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 51 menyifatkan musibah yang diterima sebagai satu ujian buatnya.
"Assalamualaikum. Allah beri sedikit ujian buat kami. Tetapi, saya bersyukur isteri tidak mengalami gejala serius.
"Cuma, saya sahaja mengalami demam dan batuk disebabkan asma. Anak-anak semua negatif. Syukur kepada Allah," tulisnya.
Finalis program realiti, Gegar Vaganza musim keempat itu memaklumkan, dia dan Suzan kini sedang menjalani kuarantin kendiri, jadi, segala urusan perniagaan agak terbatas.