Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 64,278
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 64,278
- Reaction score
- 7,056
- Points
- 916
- Awards
- 1
Threads pagi ini mengaktifkan ciri Custom Feed kepada semua pengguna yang membolehkan mereka menghasilkan susur masa yang hanya memaparkan hantaran daripada akaun tertentu sahaja. Ini adalah ciri yang sama sahaja dengan susur masa Lists yang wujud di dalam X.
Untuk menggunakan Custom Feed, sila pergi ke Your Feed dan pergi ke butang Edit ia bucu atas kanan. Apabila ditekan anda akan diberikan pilihan Create new feed. Kemudian pengguna akan diberikan untuk memasukkan akaun tertentu ke dalam senarai ini. Selepas diberikan nama ia akan disimpan. Pengguna kemudian boleh menyusun di mana susur masa buatan sendiri ini akan dipaparkan dalam aplikasi Threads. Pada ketika ini saya sedari Custom Feed hanya diaktifkan pada aplikasi iOS. Adam Mosseri, ketua bahagian Threads di Meta mengatakan ciri ini diberikan ke peringkat global hari ini secara serentak selepas hanya diuji lima hari yang lalu.