To Sell Thread Jual Beli Segala Jenis Serai

CG Sponsors




shahif

Fun Poster
Joined
Jan 20, 2007
Messages
684
Reaction score
1
Points
15
Salam,

Khas untuk usahawantani/bakal usahawantani serai.

Aku bukak thread ni sebagai platform utk kita jalankan urusniaga jual beli serai.

Dari kajian ringkas aku thread ttg serai dlm CG ni banyak yang dah tak active. Bila ada yang nak benih serai cthnya akan bukak thread baru, 2, 3 orang respon lepas tu tak aktif dah. Thread yang aktif pun kebanyakannya under nama-nama syarikat spt rumbunbiotek, kopedik yang of course la dikhaskan utk urusniaga sykt tu..tak sesuai utk kita orang perseorangan jual beli serai kat situ.

Jadi thread ni utk memastikan yang kita sentiasa ada maklumat terkini tentang tawaran dan permintaan serai.

Sesiapa yang berminat utk buat tawaran jual/beli serai diminta dapat mengikut format contoh di bawah bagi memudahkan pencarian/pembacaan.


Urusniaga: cth Jual/beli serai/benih serai
Jenis serai:cth Peha ayam/kampung/wangi/gajah
Kuantiti: cth 1 tan, 100kg, 1500 batang
Harga ditawarkan/mahu dibeli: cth. RM1.40 sekilo, RM0.10 sebatang
Pengangkutan: pembeli/penjual tanggung/percuma (anggaran RM)
lokasi ladang/premis : cth. Jitra, Kedah
Tarikh serai tersedia/diperlukan: Cth. 01/12/08, Jan 09
Nama:
No handphone:
emel:
Gambar (jika ada):

Untuk maklumat lanjut mungkin boleh PM/call/emel terus.

Jadi marilah kita sama-sama terus hidupkan thread ni untuk kemudahan kita bersama.
 
Top
Log in Register