[THREAD ISU ROHINGNYA] ' Myanmar belum berubah ' 22/7/2017

Recommended Brokers


mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
25,146
Reaction score
2,286
Points
191
Pelarian Rohingya didakwa ketua samseng maut ditembak polis Bangladesh


Pemandangan umum di kem pelarian Jadimura di mana barangan kedai Rohingya dibakar penduduk tempatan di Teknaf, Bangladesh. -Foto AFP

DHAKA: Polis Bangladesh berkata, pelarian keempat Rohingya maut ditembak semalam di tengah perbalahan berhubung pembunuhan seorang pegawai parti pemerintah yang mencetuskan tentangan ganas daripada penduduk setempat.

Wabak keganasan berlaku sejak beberapa minggu lalu di kem pelarian di tenggara Bangladesh di mana hampir sejuta Rohingya hidup selepas lari daripada tindakan keras di Myanmar.

Sekurang-kurangnya lima lelaki Rohingya maut dalam pertembungan di penempatan itu, didakwa ada kaitan dengan keganasan kumpulan samseng, sementara seorang pegawai Liga Awami ditembak di kepala akhir bulan lalu di kem Jadimura di bandar sempadan Teknaf.

Polis menyalahkan kematian Omar Faruk dengan tindakan samseng Rohingya dan menembak mati tiga pelarian sejak seminggu lalu dalam kaitan dengan insiden terbabit.

Mangsa terbaharu yang maut adalah Nur Mohammad, 36, didakwa pegawai seorang ketua samseng Rohingya yang tiba di Bangladesh pada 1992 dan beroperasi di kawasan bukit sekitar kem pelarian.

Pihak berkuasa tempatan berkata, Nur Mohammad adalah seorang raja dadah yang terbabit menggunakan pelarian untuk menyeludup yaba, pil popular methamphetamine dari sempadan Myanmar.

“Dia ditahan dalam kaitan pembunuhan Omar Sabtu lalu. Kami menahannya untuk mengetahui di mana dia menyembunyikan senjata apabila sekutunya melepaskan tembakan ke arah polis semalam.

“Kami membalas tembakan dan kemudian menemui tubuh Nur Mohammad dipenuhi peluru,” kata jurucakap polis Ikbal Hossain.

Kumpulan hak asasi sebelum ini menuduh polis Bangladesh melakukan pembunuhan di luar undang-undang.

Ratusan penduduk tempatan berang yang hidup berhampiran kem Jadimura menyerbut penempatan itu selepas pembunuhan Omar, mencuri dan merosakkan sejumlah besar kedai dan rumah milik Rohingya.

Polis berkata, mereka meningkatkan tahap keselamatan dalam kem namun Suruhanjaya Eropah berkata, sesetengah pelarian lari dari Jadimura dan berlindung di tempat lain susulan keganasan itu. -AFP

 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
25,146
Reaction score
2,286
Points
191
A baby immediately died of shelling explosives on crossfirig between #NorthernAlliance Vs #BurmeseArmy together with the family in northern Shan state of Myanmar,the rock was the same type Burmese Army used to be fired while peace talking



 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
25,146
Reaction score
2,286
Points
191
Bangladesh sekat akses telefon bimbit di kem pelarian Rohingya



DHAKA: Bangladesh, kelmarin mengarahkan pengendali telefon mematikan perkhidmatan telefon bimbit kepada hampir sejuta pelarian Rohingya di kem di tenggara negara itu, kata pegawai.

Langkah itu susulan penularan keganasan sejak beberapa minggu ini di kem berkenaan, kebanyakan penghuninya melarikan diri ke Bangladesh dari Rakhine dua tahun lalu berikutan kekejaman dilakukan tentera Myanmar ke atas etnik minoriti itu.

Ia juga susulan ketiadaan seorang pun pelarian yang muncul lewat Ogos lalu untuk kembali ke Rakhine, apabila desakan baru supaya pelarian dihantar pulang ke Myanmar gagal.

Pengendali telekomunikasi mempunyai tujuh hari untuk menyerahkan laporan ke atas tindakan yang diambil mereka untuk menutup rangkaian di kem, kata jurucakap Suruhanjaya Penyeliaan Telekomunikasi Bangladesh (BTRC), Zakir Hossain Khan.

“Ramai pelarian menggunakan telefon bimbit di kem. Kami meminta penyedia talian mengambil tindakan untuk menghentikannya,” kata beliau, menambah keputusan itu diambil atas alasan keselamatan.

Arahan itu mengejutkan pelarian Rohingya, kata salah seorang pemimpin pelarian itu yang enggan dikenali.

Katanya, larangan itu memberi kesan besar kepada kehidupan minoriti berkenaan, mengganggu komunikasi antara kem berbeza yang berselerak di seluruh Cox’s Bazar.

“Kami tidak boleh lagi berkomunikasi dengan saudara di Myanmar atau tempat lain di dunia,” katanya.

Bangladesh pernah cuba mengehadkan akses telefon bimbit di kem.

Namun ia tidak dilaksanakan secara serius, menggalakkan pasaran set telefon bimbit dan kad SIM di kem.


Jurucakap polis, Ikbal Hossain, menyambut baik keputusan berkenaan, berkata pelarian menyalah guna telefon bimbit untuk melakukan aktiviti jenayah seperti menyeludup pil methamphetamine bernilai ratusan juta dolar dari Myanmar. — Agensi

 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,228
Reaction score
3,685
Points
191
Ayuh kita akhiri krisis Rohingya sekarang - Dr Mahathir


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Mohd Fadli Hamzah










NEW YORK: Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kerajaan Myanmar dikritik hebat kerana tidak bertindak menyelesaikan krisis etnik Rohingya yang menyebabkan jutaan orang kini menjadi pelarian.

Tindakan PBB berdiam diri dalam isu itu amat ketara, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyifatkan organisasi berusia 75 tahun itu gagal memenuhi tujuannya dalam memastikan kekejaman seperti itu tidak berlaku.

"Tanpa tindakan Majlis Keselamatan, pihak lain perlu memainkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan krisis ini dan membawa pesalah ke muka pengadilan," katanya pada acara sampingan peringkat tinggi mengenai ‘Krisis Rohingya - Menuju Ke Hadapan’ yang berlangsung di ibu pejabat PBB di sini Selasa.

Yang turut hadir, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed.

Tentera Myanmar didakwa bertanggungjawab membunuh ribuan etnik Rohingya di barat Rakhine sejak 2017, yang membawa kepada penghijrahan besar-besaran minoriti Muslim itu ke negara jiran, sehingga mewujudkan kem pelarian terbesar dunia di Cox's Bazar, Bangladesh.

Dr Mahathir berkata, krisis yang berlaku di Rakhine adalah genosid.

"Apa yang berlaku adalah pembunuhan besar-besaran, jenayah rogol secara sistematik dan perbuatan jijik lain yang melanggar hak asasi manusia," katanya.

Perdana Menteri turut memuji usaha Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) membawa isu itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dan berharap negara lain akan menyokong OIC bagi memastikan pesalah tidak terlepas daripada jenayah yang dilakukan.

"Bagi pihak kami, Malaysia juga cuba melakukan yang termampu. Selain daripada memberikan bantuan kemanusiaan, Malaysia mengoperasikan hospital medan di Cox's Bazar. Kami juga menerima hampir 100,000 pelarian Rohingya berdaftar," katanya.

Dr Mahathir berkata, keadaan pelarian itu akan bertambah terdesak jika terus tinggal di kem di Myanmar, termasuk terdedah untuk dieksploitasi menjadi mangsa penyeludupan manusia dan hamba seks.

Beliau berkata, pihak berkuasa Myanmar turut menghalang kemasukan beberapa pegawai PBB dan pekerja kemanusiaan.

"Jika tiada apa yang mahu disembunyikan pihak Myanmar, kenapa halang kemasukan mereka untuk melihat situasi di Rakhine? Benarkan mereka melawat, memeriksa dan membantu pelarian yang berada di kem," katanya.

Dr Mahathir berkata, jika Myanmar serius menyelesaikan krisis itu, keutamaan perlu diberikan pada penghantaran pulang pelarian.

Dua cubaan penghantaran pulang sebahagian pelarian itu namun kedua-duanya gagal.

"Sebabnya jelas. Tiada yang akan kembali jika mereka rasa keselamatan diri tidak terjamin. Dalam isu ini, Malaysia akan kekal menggesa penghantaran pulang dilakukan secara selamat, sukarela dan terhormat.

"Ia hanya boleh dilakukan dengan memberikan kerakyatan penuh kepada Rohingya. Namun, pihak berkuasa Myanmar memanipulasi isu Rohingya untuk menimbulkan rasa takut, benci dan keganasan, hingga mempertimbangkan idea memberi kerakyatan penuh pun tidak boleh diterima," katanya.

Dr Mahathir berkata, tiada satu pun kekejaman yang berlaku pada 2017 diambil kira.

Antaranya, mereka yang didakwa terbabit dalam pembunuhan besar-besaran Inn Dinn dibebaskan selepas dipenjara hanya setahun walaupun dihukum penjara 10 tahun.

"Sabitan kesalahan itu hanya cubaan untuk mengelirukan kita, kononnya mereka mengheret pelaku jenayah ke muka pengadilan," katanya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia akan terus membantu etnik Rohingya semampu mungkin.

"Kami harap pihak lain akan membantu kami dan Bangladesh dalam menyelesaikan kesengsaraan dilalui etnik Rohingya. Kita perlu menamatkan krisis ini dan ia perlu dilakukan sekarang," katanya.










sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/610671/ayuh-kita-akhiri-krisis-rohingya-sekarang-dr-mahathir
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,650
Reaction score
998
Points
166
Mahathir gesa dunia selesaikan kesengsaraan Rohingya


Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) bercakap pada acara sampingan peringkat tinggi mengenai ‘Krisis Rohingya – Menuju Ke Hadapan’ yang berlangsung di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat pada 24 September 2019. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

September 25, 2019 9:24 am

NEW YORK, 25 SEPT: Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membuat seruan yang tegas kepada komuniti antarabangsa supaya meletakkan krisis Rohingya tepat pada radarnya dengan tujuan bagi menyelesaikannya sekarang.

Bercakap dalam penampilan pertama sejak tiba di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Sesi ke-74, beliau berkata, adalah jelas kerajaan Myanmar tidak bersedia untuk mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan krisis itu.

“Sehubungan itu, terpulanglah kepada kita, masyarakat antarabangsa, untuk melakukan sesuatu mengenai situasi ini,” kata Dr. Mahathir pada acara sampingan peringkat tinggi mengenai ‘Krisis Rohingya – Menuju Ke Hadapan’ yang berlangsung di ibu pejabat PBB di sini Selasa.
Sebagai permulaan, beliau berkata, PBB perlu memainkan peranannya, dengan mengambil kira ia diwujudkan dengan harapan dapat menghalang kesengsaraan perbuatan manusia di masa hadapan.

“Tetapi tindakan membisu (berhubung isu Rohingya) ini adalah memekakkan telinga,” katanya, kepada badan dunia itu yang akan mengadakan perhimpunan tahunan minggu ini.
Dr. Mahathir juga tidak menyembunyikan kata-katanya mengenai apa yang berlaku di negeri Rakhine barat Myanmar di mana komuniti etnik muslim Rohingya melarikan diri beramai-ramai untuk mencari perlindungan dan keselamatan diri.

“Marilah kita mulakan dengan bercakap yang benar. Apa yang berlaku di negeri Rakhine ialah pembunuhan beramai-ramai, perkosaan secara sistematik dan lain-lain pencabulan hak asasi manusia, ” katanya pada majlis itu yang turut dihadiri rakan sejawatan dari Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed.

Dr. Mahathir berkata, ini menyebabkan etnik Rohingya melarikan diri dari negara itu secara beramai-ramai, dan paling banyak berakhir di Cox’s Bazar di Bangladesh.
“Berhubung perkara ini, kami memuji Bangladesh untuk semua yang dilakukannya, dalam menjadi tuan rumah kepada lebih 1.2 juta pelarian Rohingya,” kata Dr. Mahathir sambil menambah, Malaysia pada pihaknya juga berusaha untuk melakukan apa sahaja yang boleh.

Selain menghulurkan bantuan kemanusiaan, Malaysia turut mengendalikan hospital lapangan di Cox’s Bazar serta turut membenarkan penempatan hampir 100,000 pelarian Rohingya berdaftar dan ramai lagi yang tidak berdaftar.

“Walaupun bilangan ini kecil jika dibandingkan Bangladesh, banyak sumber yang didedikasikan bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang baik sementara menanti penempatan semula di negara ketiga. Kami akan terus membantu Rohingya berdasarkan keupayaan dan kemampuan kami,” janji beliau.

Dalam mesejnya kepada negara lain, Dr. Mahathir berkata: “Kami berharap negara lain akan turut menyertai kami dan Bangladesh dalam usaha kami untuk menamatkan kesengsaraan yang menimpa etnik Rohingya. Kita harus menghentikan krisis ini dan kita harus lakukan sekarang.”

Perdana Menteri juga turut menegaskan lebih lama pelarian itu tinggal di kem sementara, keadaan mereka akan semakin terdesak.
“Oleh kerana itu, pelarian terdedah kepada sebarang bentuk eksploitasi. Mereka menjadi sasaran jenayah rentas sempasan seperti pemerdagangan orang dan hamba seks, antara lainnya. Dalam perkataan lain, mereka hanya dapat melihat masa depan yang suram,” kata perdana menteri.
Situasi di Myanmar, beliau berkata tidak jauh bezanya kerana ramai Rohingya yang ditempatkan di kem pelarian dalaman (IDP) di Rakhine.

Dr. Mahathir berkata, apabila dunia menyamakan kem IDP seperti kem tahanan terkenal di masa lampau, kerajaan Myanmar dengan segera menafikannya.
“Malah, pihak berkuasa Myanmar menghalang akses sebahagian pegawai PBB dan pekerja bantuan kemanusiaan. Jika Myanmar tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan, kenapa halang orang lain untuk melihat keadaan di Rakhine? Benarkan pegawai dan pekerja bantuan ini datang melawat, memeriksa dan membantu mereka yang tinggal di kem,” katanya.

Dr. Mahathir menegaskan, Myanmar harus menunjukkan ia serius untuk mengurangkan krisis itu dan dengan itu, penghantaran balik harus menjadi keutamaan utama.
Perdana Menteri menarik perhatian peserta acara, bahawa dua percubaan telah dibuat untuk penghantaran semula sebahagian pelarian, tetapi kedua-duanya gagal.
“Alasannya jelas. Tiada siapa yang mahu kembali, jika keselamatan mereka tidak terjamin. Susulan itu, Malaysia akan terus mendesak penghantaran pulang dilakukan secara selamat, sukarela dan bermaruah,” kata Dr. Mahathir.

Beliau berkata, ini hanya dapat dilakukan dengan menawarkan hak kerakyatan penuh kepada Rohingya.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Myanmar telah memanipulasi isu Rohingya untuk menghasut ketakutan, kebencian dan keganasan. Sehubungan itu, idea untuk menawarkan kerakyatan tidak diterima,” katanya.

Tanpa tindakan Majlis Keselamatan, beliau berkata, pihak lain harus menjalankan peranan mereka untuk menyelesaikan krisis ini dan membawa pelakunya ke pengadilan, sambil memuji usaha positif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menangani isu Rohingya di forum antarabangsa dan keputusan untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
“Kami berharap negara lain akan menyokong usaha OIC bagi memastikan pelakunya tidak terlepas dengan jenayah kejam yang telah mereka lakukan,” katanya.

– BERNAMA
 
Last edited by a moderator:

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
25,146
Reaction score
2,286
Points
191
Dr Mahathir bidas PBB membisu isu Rohingya

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kerajaan Myanmar dikritik hebat kerana tidak bertindak menyelesaikan krisis etnik Rohingya yang menyebabkan jutaan orang kini menjadi pelarian.


Tindakan PBB berdiam diri dalam isu itu amat ketara, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyifatkan organisasi berusia 75 tahun itu gagal memenuhi tujuannya dalam memastikan kekejaman seperti itu tidak berlaku.

"Tanpa tindakan Majlis Keselamatan, pihak lain perlu memainkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan krisis ini dan membawa pesalah ke muka pengadilan," katanya pada acara sampingan peringkat tinggi mengenai ‘Krisis Rohingya - Menuju Ke Hadapan’ yang berlangsung di ibu pejabat PBB di sini hari ini.

Yang turut hadir, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed.

Tentera Myanmar didakwa bertanggungjawab membunuh ribuan etnik Rohingya di barat Rakhine sejak 2017, yang membawa kepada penghijrahan besar-besaran minoriti Muslim itu ke negara jiran, sehingga mewujudkan kem pelarian terbesar dunia di Cox's Bazar, Bangladesh.

Dr Mahathir berkata, krisis yang berlaku di Rakhine adalah genosid.

"Apa yang berlaku adalah pembunuhan besar-besaran, jenayah rogol secara sistematik dan perbuatan jijik lain yang melanggar hak asasi manusia," katanya.

Perdana Menteri turut memuji usaha Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) membawa isu itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dan berharap negara lain akan menyokong OIC bagi memastikan pesalah tidak terlepas daripada jenayah yang dilakukan.

"Bagi pihak kami, Malaysia juga cuba melakukan yang termampu. Selain daripada memberikan bantuan kemanusiaan, Malaysia mengoperasikan hospital medan di Cox's Bazar. Kami juga menerima hampir 100,000 pelarian Rohingya berdaftar," katanya.

Dr Mahathir berkata, keadaan pelarian itu akan bertambah terdesak jika terus tinggal di kem di Myanmar, termasuk terdedah untuk dieksploitasi menjadi mangsa penyeludupan manusia dan hamba seks.

Beliau berkata, pihak berkuasa Myanmar turut menghalang kemasukan beberapa pegawai PBB dan pekerja kemanusiaan.

"Jika tiada apa yang mahu disembunyikan pihak Myanmar, kenapa halang kemasukan mereka untuk melihat situasi di Rakhine? Benarkan mereka melawat, memeriksa dan membantu pelarian yang berada di kem," katanya.

Dr Mahathir berkata, jika Myanmar serius menyelesaikan krisis itu, keutamaan perlu diberikan pada penghantaran pulang pelarian.

Dua cubaan penghantaran pulang sebahagian pelarian itu namun kedua-duanya gagal.

"Sebabnya jelas. Tiada yang akan kembali jika mereka rasa keselamatan diri tidak terjamin. Dalam isu ini, Malaysia akan kekal menggesa penghantaran pulang dilakukan secara selamat, sukarela dan terhormat.

"Ia hanya boleh dilakukan dengan memberikan kerakyatan penuh kepada Rohingya. Namun, pihak berkuasa Myanmar memanipulasi isu Rohingya untuk menimbulkan rasa takut, benci dan keganasan, hingga mempertimbangkan idea memberi kerakyatan penuh pun tidak boleh diterima," katanya.

Dr Mahathir berkata, tiada satu pun kekejaman yang berlaku pada 2017 diambil kira.

Antaranya, mereka yang didakwa terbabit dalam pembunuhan besar-besaran Inn Dinn dibebaskan selepas dipenjara hanya setahun walaupun dihukum penjara 10 tahun.

"Sabitan kesalahan itu hanya cubaan untuk mengelirukan kita, kononnya mereka mengheret pelaku jenayah ke muka pengadilan," katanya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia akan terus membantu etnik Rohingya semampu mungkin.

"Kami harap pihak lain akan membantu kami dan Bangladesh dalam menyelesaikan kesengsaraan dilalui etnik Rohingya. Kita perlu menamatkan krisis ini dan ia perlu dilakukan sekarang," katanya.


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
25,146
Reaction score
2,286
Points
191
Bangladesh: What will happen to the Rohingya?

 
Sponsored Post
Top
Log in Register