[THREAD ISU ROHINGNYA] ICJ orders Myanmar to take steps to protect Rohingya PG 48

CG Sponsors




Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
30,009
Reaction score
2,306
Points
191
Tentera Myanmar bunuh seorang wanita dan dua bayi


YANGON: Serangan tentera Myanmar ke atas negeri Rakhine hari ini menyebabkan seorang wanita dan dua bayi terbunuh, menurut penduduk dan ahli politik tempatan di bandar Mrauk U, lokasi pasukan keselamatan yang berperang menentang kumpulan etnik militan.



Difahamkan dua jurucakap tentera tidak menjawab panggilan telefon oleh Reuters untuk memberikan sebarang komen, sementara seorang jurucakap Tentera Arakan menyalahkan tentera menyerang orang awam kerana tiada pertempuran membabitkan tenteranya di Mrauk U.



Ahli politik tempatan, Tun Aung Kyaw memberitahu Reuters, dua wanita hamil cedera dan wanita yang terbunuh dalam serangan itu mempunyai tiga orang anak.



“Kerajaan mesti memberikan keutamaan kepada keselamatan orang awam serta merta dan mengawal pasukan keselamatan mereka,” katanya.



Sebelum pertempuran berlaku baru-baru ini, Mrauk U adalah destinasi popular dikalangan pelancong antarabangsa yang datang untuk menyaksikan kuil purba.



Ketika ini, penduduk kampung tinggal di kem berhampiran kuil terbabit dan di bandar pula, segelintir keluarga tidur dalam kubu diperbuat daripada beg pasir untuk melindungi diserang dan ditembak.



“Ia berlaku di kawasan awam di bandar Mrauk U dan juga berhampiran pagoda purba,” kata Zaw Htun, seorang guru tempatan.-Reuters.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
30,009
Reaction score
2,306
Points
191
Tentera Myanmar bunuh seorang wanita dan dua bayi


YANGON: Serangan tentera Myanmar ke atas negeri Rakhine hari ini menyebabkan seorang wanita dan dua bayi terbunuh, menurut penduduk dan ahli politik tempatan di bandar Mrauk U, lokasi pasukan keselamatan yang berperang menentang kumpulan etnik militan.



Difahamkan dua jurucakap tentera tidak menjawab panggilan telefon oleh Reuters untuk memberikan sebarang komen, sementara seorang jurucakap Tentera Arakan menyalahkan tentera menyerang orang awam kerana tiada pertempuran membabitkan tenteranya di Mrauk U.



Ahli politik tempatan, Tun Aung Kyaw memberitahu Reuters, dua wanita hamil cedera dan wanita yang terbunuh dalam serangan itu mempunyai tiga orang anak.



“Kerajaan mesti memberikan keutamaan kepada keselamatan orang awam serta merta dan mengawal pasukan keselamatan mereka,” katanya.



Sebelum pertempuran berlaku baru-baru ini, Mrauk U adalah destinasi popular dikalangan pelancong antarabangsa yang datang untuk menyaksikan kuil purba.



Ketika ini, penduduk kampung tinggal di kem berhampiran kuil terbabit dan di bandar pula, segelintir keluarga tidur dalam kubu diperbuat daripada beg pasir untuk melindungi diserang dan ditembak.



“Ia berlaku di kawasan awam di bandar Mrauk U dan juga berhampiran pagoda purba,” kata Zaw Htun, seorang guru tempatan.-Reuters.

Thee babies are killed by Myanmar army in Mrauk U, Rakhine State, Myanmar.

The army and leaders don’t care ICJ and ICC for genocide lawsuits. Their behavior is the same as regrant and dictators.




 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
30,009
Reaction score
2,306
Points
191
Myanmar army shells kill 3 people and injure 2 in Mrauk U today, including 5 months old infant. '

The army is foreign the shell into the town. It is very bad children are killed.




 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
30,009
Reaction score
2,306
Points
191
Thailand tahan isteri, anak pemimpin pemberontak Myanmar

Mejar Jeneral Tun Myat Naing. - Foto fail Reuters

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand menahan isteri dan anak komander atasan Tentera Arakan, kumpulan pemberontak yang berjuang menuntut lebih kuasa autonomi di Rakhine, kata pegawai hari ini.


Hnin Zar Phyu, 38, isteri Mejar Jeneral Tun Myat Naing, 41, dan anak mereka, Saw Pyae Shun, 11, dan Myat Lin Zan, 11 bulan, ditangkap di Chiang Mai kelmarin dan didakwa memasuki Thailand secara haram.

Pegawai Thailand mengesahkan Hnin Zar Phyu dan anak mereka ditahan di pejabat imigresen di Mae Sai di wilayah Chiang Rai, lintasan sempadan Thai-Myanmar di utara Thailand.

“Kami menyiasat kes beliau dan mereka masih di Thailand.

“Beliau didakwa dengan memasuki negara ini secara haram kerana pihak berkuasa Myanmar sudah membatalkan pasportnya,” kata pegawai imigresen Thai.

Negeri Rakhine, juga dikenali sebagai Arakan, menjadi perhatian dunia selepas 730,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh susulan kezaliman tentera di Myanmar selepas serangan militan pada 2017. — Reuters

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
30,009
Reaction score
2,306
Points
191
A fresh IDPs from Maybon township, Ralhine State. Myanmar Army is reinforcing all out war operation in Rakhine State. Rakhine ethnic congress released a statement and said 100,000 IDPs are reaching in 9 months the military operation. I
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
30,009
Reaction score
2,306
Points
191
Innocent school boy was murdered,gunshot by Burmese brutal army soldiers in the after school time in Kyauk Taw tsp in northern Rakhine State,sadly,strongly condemns their atrocious shooting on the students.Let down Burmese brutal Army sooner.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
30,009
Reaction score
2,306
Points
191
Suu Kyi bakal pertahan Myanmar di ICJ


THE HAGUE : Bekas ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi bakal mencatat sejarah dalam dunia perundangan apabila mempertahankan Myanmar di The Hague minggu ini, atas pertuduhan genosid yang didakwa dilakukan kerajaan terhadap etnik minoriti Islam Rohingya.

Negara kecil di benua Afrika, Gambia yang mewakili 57 negara Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) akan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk mengambil pendekatan kecemasan dalam menghentikan genosid berterusan oleh Myanmar.

Namun dalam satu tindakan luar biasa, pejabat pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu memberitahu, Suu Kyi akan mengetuai pasukan ke mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) itu yang berpangkalan di Belanda.

Pakar perundangan berkata, Suu Kyi akan menjadi antara pemimpin negara pertama untuk tampil secara peribadi di tribunal berkenaan, sejak ia ditubuhkan pada 1946 selepas Perang Dunia Kedua untuk menghakimi pertelingkahan antara mana-mana negara.

Rancangannya untuk tampil pada perbicaraan selama tiga hari bermula Selasa itu amat tidak dijangka dan bukan sesuatu yang bijak, kata pembantu profesor jurusan perundangan antarabangsa di Universiti Leiden, Cecily Rose.

“Tiada negara pernah menghantar pemimpin politik untuk mengetuai pasukan perundangan di ICJ.

“Walaupun memiliki latar belakang pendidikan yang mengagumkan termasuk berkelulusan dari Universiti Oxford, beliau tidak memiliki sebarang kelayakan dalam bidang perundangan dan akan kehilangan arah di mahkamah nanti,” katanya.

Kira-kira 740,000 pendatang Rohingya terpaksa melarikan diri ke Bangladesh selepas tentera Myanmar melancarkan operasi besar-besaran pada 2017, yang disifatkan PBB sebagai satu genosid.

Kes itu adalah cubaan pertama dari sudut perundangan untuk mengheret Myanmar ke muka pengadilan susulan krisis berkenaan, dan satu contoh jarang berlaku membabitkan tindakan saman ke atas negara lain.

Gambia, sebuah negara dengan penduduk majoriti Islam mendakwa Myanmar melanggar Konvesyen Genosid PBB 1948. - AFP

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
50,595
Reaction score
6,383
Points
1,746
Astro AWANI merancang untuk membuat tayangan perdana video.
9 min ·
Usaha Gambia memfailkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Myanmar kerana jenayah pembunuhan kaum wajar dilihat sebagai satu amaran tentang perlunya komitmen berterusan menghalang sebarang tindakan ketidakadilan ke atas mana-mana kaum di dunia ini.

Ketua Eksekutif Pusat Kajian Hak Asasi Dan Advokasi, CENTHRA, Azril Mohd Amin berkata, walaupun bukan Malaysia yang merintis tindakan memfailkan kes di ICJ, ia tidak bermakna negara ini tidak mengikuti rapat perkembangan yang berlaku ke atas Rohingya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
50,595
Reaction score
6,383
Points
1,746
#AWANIPagi: Tindakan negara kecil Gambia beri kesan besar kepada Rohingya


Tindakan Gambia dilihat sesuatu yang bersejarah kerana membuka peluang untuk mengheret myanmar ke muka pengadilan kerana tindakan kejamnya ke atas etnik minoriti.

Dr Ambia Perveen berkata, selepas beberapa dekad ditindas dan dizalimi oleh Myanmar, ini pertama kali sebuah mahkamah antarabangsa seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ICJ mahu mendengar kes genosid terhadap Rohingya.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register