BTC USD 50,667.0 Gold USD 1,781.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thread ‘Wang Tak Dituntut’ : Semak WTD secara online awal tahun 2020

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,553
Points
721
Ini Caranya Untuk Mendapatkan Duit Anda Daripada Senarai ‘Wang Tak Dituntut’

WTD-1170x790.jpg

Secara sedar atau tidak ramai individu di dalam negara sebenarnya mempunyai wang yang tidak dituntut. Wang Tak Dituntut atau lebih sinonim dengan singkatan WTD ini merujuk kepada wang yang sepatutnya menjadi hak anda namun tidak diambil. Sama ada disebabkan tidak diketahui atau lupa antara alasan yang popular buat para individu.

Difahamkan ketika ini lebih RM5.6 bilion wang yang terkumpul hasil daripada wang yang tidak dituntut dimana wang ini disimpan dengan rapi dibawah kendalian Jabatan Akauntan Negara. Melihat kepada jumlah wang yang tinggi, tidak mustahil sebahagian besar individu di negara kita antara yang tersenarai dibawah semakan WTD.

Jabatan-Akauntan-Negara-1170x780.jpg

Adakah anda salah seorang daripadanya? Berikut merupakan cara-cara untuk menyemak status WTD tanpa sebarang caj.

  1. Serahkan MyKad anda di kaunter atau hadir sendiri ke mana-mana Jabatan Akauntan Negara yang tersedia di mana-mana negeri untuk membuat semakan.
  2. Pegawai bertugas akan membantu anda membuat semakan melalui sistem dan anda berpeluang untuk mengetahui keputusan tidak kurang daripada lima minit selepas semakan dibuat.
  3. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk mengeluarkan wang anda daripada pegawai yang bertugas.

Wang tak dituntut bukan hanya terhad daripada akaun-akaun bank yang tidak aktif, tetapi berkemungkinan bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama bekerja atau mana-mana firma yang berkaitan.

Selain itu, situasi-situasi seperti pendaftaran akaun bank ketika masih bersekolah dimana akaun ini tidak lagi digunakan juga bakal disenaraikan dibawah WTD.

Sudahkah anda membuat semakan mengenai diri atau keluarga mengenai wang yang tidak dituntut? Untuk mendapatkan lebih info mengenai WTD anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web Jabatan Akaun Negara di sini.

thevocket

Portal semak Wang Tak Dituntut tahun depan

BN02861623.jpg_1501077802.jpg

ORANG ramai mengisi borang untuk membuat semakan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) pada 21 Julai. FOTO Bernama

JABATAN Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan Wang Tidak Dituntut (WTD).

JANM berkata, sistem berkenaan dijangka mula beroperasi tahun depan.

Ketika ini, pengguna boleh membuat semakan di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara.

"Kita memahami keperluan portal ini berdasarkan keadaan semasa yang mahukan proses semakan lebih cepat dan mudah tanpa perlu bersusah payah beratur di kaunter.

"Namun apa yang perlu lebih difahami masyarakat adalah semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput, jadi jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat semakan serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM," katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan mengenai senario di Pejabat Pendaftar JANM di tingkat 42 Menara Maybank, di Kuala Lumpur yang diserbu ribuan orang sehari sejak beberapa hari lalu untuk membuat semakan WTD.

Segalanya gara-gara tular di media sosial mengenai seorang wanita yang mendakwa mendapat RM14,000 selepas membuat semakan WTD miliknya.

Laporan akhbar ini berdasarkan tinjauan dan pengalaman wartawan bagaimanapun menyaksikan pelbagai reaksi apabila lebih ramai yang hampa kerana durian runtuh diharapkan tidak menjadi kenyataan berbanding mereka yang tersenyum kerana mendapat rezeki terpijak.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/247932/portal-semak-wang-tak-dituntut-tahun-depan

Masih ada RM5.77 bilion wang tak dituntut

KUALA LUMPUR 26 Julai - Sebanyak RM5.77 bilion wang tak dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan kerajaan sebagai pemegang amanah sehingga 30 Jun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, sejak 1977, terdapat lebih 55 juta rekod WTD didaftarkan di negara ini.

“Jumlah wang dikendalikan yang belum diaudit ialah sebanyak RM8.8 bilion. Yang telah dibayar RM1.57 bilion dan yang masih terkumpul sebanyak RM5.77 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Zaim Abu Hasan (BN - Parit) mengenai jumlah terkini WTD dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wil...lion-wang-tak-dituntut-1.507695#ixzz4nyUwarkh
© Utusan Melayu (M) Bhd

BERITA 12/1/2018 - Semak Wang Tak Dituntut di kaunter bergerak

KEMENTERIAN Kewangan akan mewujudkan kaunter bergerak bagi memudahkan orang ramai di kawasan pendalaman membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) sebelum melakukan proses tuntutan di Jabatan Akauntan Negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, kaunter itu akan dibuka menerusi Pusat Transformasi Komuniti Bergerak atau lebih dikenali sebagai Mobile CTC yang menghimpunkan perkhidmatan utama mengikut keperluan penduduk tempatan secara serentak di satu lokasi yang dikenal pasti.

"Sehingga hujung tahun lalu, kira-kira RM5.8 billion WTD direkodkan. Proses tuntutan masih berjalan seperti biasa pada tahun ini.

"Cuma untuk memudahkan rakyat yang berada di kawasan luar bandar, saya akan pastikan Jabatan Akauntan Negara menyertai Mobile CTC, sesiapa sahaja boleh membuat semakan di situ, sekiranya semakan mendapati ada WTD, maka mereka boleh ke Jabatan Akauntan Negara di pusat bandar untuk proses seterusnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sidang Media 'Karnival Jerlun For Jerlun' di Pejabat Daerah Jerlun, semalam.

Mengulas lanjut, Othman berkata, kemudahan itu akan diperluaskan ke seluruh negara bagi memberi peluang kepada orang ramai berbuat demikian.

Katanya, kesedaran orang ramai mengenai WTD semakin meningkat dan rakyat kini lebih faham mengenai proses tuntutan berkenaan.

"Dulu selepas diumumkan mengenai WTD pelbagai isu timbul sehingga berlaku kesesakan di Jabatan Akauntan Negara, namun sekarang rakyat lebih faham kerana kerajaan tidak menghadkan tarikh tuntutan atau ia boleh dituntut bila-bila masa saja," katanya.

Sementara itu, Othman yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, pihaknya mensasarkan lebih 15,000 pengunjung akan membanjiri karnival terbabit yang akan berlangsung pada 9 dan 10 Februari depan.

"Karnival yang akan diadakan di Kompleks Sukan Jerlun, Sanglang turut menawarkan sekurang-kurangnya 500 peluang pekerjaan kepada anak muda Jerlun selain turut diselitkan dengan pelbagai acara sukan dan cabutan bertuah.

"Sebanyak 16 agensi kerajaan akan dihimpunkan dalam karnival ini yang akan memberikan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung termasuk syarikat swasta yang menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan muda.

"Kita harap anak muda Jerlun akan ambil peluang ini dan bersedia untuk bekerja sekiranya ditawarkan di mana sahaja lokasi, untuk berjaya mereka perlu ketepikan nilai sentimental dahulu dan sanggup berhijrah," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/302758/semak-wang-tak-dituntut-di-kaunter-bergerak

eGUMIS: Sistem Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online

Bagi memudahkan urusan semakan wang tidak dituntut, kerajaan akan melancarkan sistem eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System).

Sistem tersebut akan mula beroperasi pada suku kedua tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut telah dibuat pada tahun ini dengan 34,353 permohonan dari sekitar Kuala Lumpur sahaja.

“Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan turut menyertai Pusat Transformasi Komuniti Mudah Alih anjuran Kementerian Kewangan bagi membolehkan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mengakses dan menyemak status wang tidak dituntut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari tentang langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewujudan wang tidak dituntut.

Mengikut laporan, sehingga 31 Oktober 2017 jumlah wang yang tidak dituntut adalah RM5.96 bilion dengan 70 peratus daripadanya disumbangkan oleh urusan perbankan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun.

3 Kategori Wang Tidak Dituntut

Untuk makluman, terdapat 3 kategori WTD seperti yang diberitahu oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM).

  1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
  2. Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.
  3. Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.

Semakan WTD online boleh dibuat di portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/.

Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD. Mulai tahun 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online Banking.

Perlu diingatkan Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut. Jadi pastikan anda berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba memanipulasi WTD dengan mengenakan sebarang caj tambahan.

Selain eGUMIS, Jabatan Akauntan Negara juga menyediakan perkhidmatan ePenyata Gaji bagi memudahkan urusan semakan slip gaji online.
 
Last edited:
Sponsored Post

magnesium

Legendary Member
Messages
10,544
Joined
Apr 18, 2010
Messages
10,544
Reaction score
308
Points
131
bayar gaji untuk jaga wang

kalau benar ikhlas

gi cari owner pulangkan balik
 
jacksunday

Fun Poster
Messages
643
Joined
Aug 21, 2011
Messages
643
Reaction score
5
Points
15
Unclaim money dept ni..1 soalan je npe nak kena biar akaun 2 tak dituntut eh??
 
gapo98

Active Member
Messages
1,115
Joined
Jul 2, 2007
Messages
1,115
Reaction score
4
Points
25
Sepatutnya sediakan untuk orang ramai buat semakan online, jadi tak der lar habis masa beratur panjang, jika ada 2-3k tu berbaloi juga tapi jika 3-4 hingit????
 
ameant

Super Active Member
Messages
6,332
Joined
Mar 27, 2007
Messages
6,332
Reaction score
143
Points
73
Sepatutnya sediakan untuk orang ramai buat semakan online, jadi tak der lar habis masa beratur panjang, jika ada 2-3k tu berbaloi juga tapi jika 3-4 hingit????

dengar kata, tahun depan semakan online baru aktif.

aku pon ada 2 akaun bank yg kene rujuk ke jabatan ini.
(ini time nak buat loan dan nak guna akaun bank, sekali dah expired sbb tak update dlm tempoh berapa tahun)
dengan ada beberapa cheque yg dah expired date (amount tak byk ratus ratus shj).
 
SmileAlways

Super Active Member
Messages
9,912
Joined
Aug 11, 2014
Messages
9,912
Reaction score
465
Points
91
info

facebook.com/anishaziela.azizan/posts/10212121827418335
 
dausbiz

CG Hardcore Club
Messages
52,463
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,463
Reaction score
1,783
Points
596
Boleh cuba tue mana tau dapat duit terpijak ka
 
-RIZUAN-

CG Top Poster Club
Messages
20,958
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
639
Points
161
mgu lps dh g..tgk2 ada rm17,417..apa lg..

isi borang..time nak sain kat borang terjatuh plak pen kat bwh meja..tunduk amik nak naik balik terhantuk plak...

sedar2 kepala terhantuk kat katil...mimpi rupanya:eek:
 
Abdul wahob

Super Active Member
Messages
8,048
Joined
Dec 26, 2011
Messages
8,048
Reaction score
49
Points
70
Kt menara maybank tu org belingkaq panjang nk reg naik ting 42 .....tunggu dh suam2 sikit baru p semak
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register