The Rock Buat Kejutan Hadiahkan Sebuah Trak Kepada Stunt Doublenya

CG Sponsors




TengkuHaadi

Active+ Member
Joined
Mar 24, 2008
Messages
4,286
Reaction score
436
Points
41
Pelakon aksi terkenal The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson telah mengejutkan 'stunt doublenya', Tanoai Reed dengan menghadiahkannya sebuah trak.

http://www.youtube.com/watch?v=v4YHUewSJvc

Tanoai yang juga sepupu kepada The Rock telah bekerja dengan beliau selama 17 tahun. Menurut The Rock dalam Instagramnya, Tanoai mengalami banyak kecederaan sepanjang bekerja dengannya, antaranya patah tulang, kecederaan sendi dan otot.

Hasil kerjanya yang cemerlang, Tanoai telah menggondol anugerah tertinggi bagi pelakon lagak ngeri iaitu 'Stuntman of the Year' sebanyak beberapa kali.


Kredit Foto: Elite Daily

The Rock memuji prestasi Tanoai dengan menyatakan beliau mewakili keluarga dan kerjayanya dengan komited dan semangat. Tanoai juga dipuji kerana mewakli keseluruhan komuniti pelakon stunt Hollywood yang menjadi tulang belakang filem aksi.

Untuk menyatakan penghargaannya, The Rock memuat naik video kejutan tersebut di IGnya.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama The Rock memberikan kejutan kepada peminat dan ahli keluarganya dengan pemberian besar.

Beberapa tahun dahulu, The Rock telah menghadiahkan ibunya dengan sebuah trak dan berkata, "Ketika masih kecil, saya melihat bagaimana kereta ibuku ditarik oleh pihak bank kerana gagal membayar hutang, kini inilah hadiah Krismas untuk ibuku yang paling bermakna."



Selepas menerima kejutan daripada The Rock, Tanoai dilihat tidak dapat menahan air matanya dan mengucapkan terima kasih kepada sepupunya itu.
"Terima kasih, uso (panggilan abang bagi suku Samoa)," katanya.

Aww, alangkah seronoknya jika dihargai sebegini sekali atas usaha yang telah dilakukan selama ini. -
CARI
 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,668
Reaction score
957
Points
161
mesia ptt dah start wat double stunmant... kalo filem HK dorg pakaikan rambut palsu bg nampak cam pelakon asal..
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,563
Reaction score
279
Points
131
Sekali tengok memang sama
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,677
Reaction score
939
Points
161
dh mcm adik dgn abg je..nak sama
 

AMHFZ

Super Active Member
Joined
Mar 6, 2012
Messages
5,097
Reaction score
216
Points
73
bg sy stuntman la unsung hero. gaji kena mahal berbaloi dgn risiko..
 

tomi

Active Member
Joined
Mar 10, 2015
Messages
1,796
Reaction score
411
Points
41
tom krus tak pakai stunt double
 
Sponsored Post
Top
Log in Register