Movie The Platform (2019) - Wajib Tonton Waktu COVID-19 Sebagai Pengajaran

CG Sponsors




syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,523
Reaction score
2,133
Points
151
Cerita ni 18 tahun ke atas..

Aku tak sarankan korang tengok dengan family...

kalau nak tengok dengan someone, maybe boleh tengok dengan isteri ke atau org2 dewasa atau anak2 yg dh dewasa, mungkin ok la....

Tapi cerita dia takde la melampau sangat.....

Cuma cerita dia agak unik dan menarik...
Cerita ni takda la mindblown sangat,...straightforward je...
cuma yang buat kita rasa tertarik, adalah kita dapat relate kan semua benda ni dengan realiti kehidupan kita secara direct.....tak perlu nak pikir panjang sangat....

..
..

Ok, cerita ni menceritakan sebuah tempat yang seakan penjara (aku tak tau experiment ke apa),, tapi yang pasti, tempat ni seakan penjara...

setiap bilik, ada dua orang....
dan setiap bilik ada dua lubang yang menyambungkan bilik atas dan bawah...
kenapa ada lubang ni? lubang ni adalah lubang yang berbentuk segi empat yang besar....
so, lubang ni sebenarnya digunakan untuk menghantar makanan dari atas ke bawah.....
(turun macam lif)....

ada satu macam meja makan yang besar...yang dipenuhi dengan makanan...
mereka hantar makanan dari satu bilik ke bilik....
setiap bilik boleh makan hanya dalam masa 2 minit...
dan setiap bilik tak boleh simpan/bungkus makanan masuk dalam poket atau simpan kat mana2 dlm bilik diorang..
tapi diorang kena makan terus dalam masa 2 minit tu..

dan kat situ ada berlaku sedikit masalah berkaitan perebutan makanan...
cerita ni simply mengisahkan tentang macam mana diorang nak survive dalam tempat tu....

senang, cerita korang layan je la movie ni...

memang banyak pengajaran...

SPOILER dan PENGAJARAN (berdasarkan point-of-view aku sendiri), aku akan letak di post yang ke-2...

 
Last edited:
Sponsored Post

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,523
Reaction score
2,133
Points
151
SPOILER ALERT

sebenarnya post ke-2 ni aku lebih nak menceritakan tentang PENGAJARAN sebenarnya...
aku takda la nak cerita satu per satu...nanti korang boring pulak....
tapi dalam PENGAJARAN, sudah semestinya aku akan selitkan SPOILER-SPOILER untuk korang faham...

ok

kalau korang google, sebenarnya cerita ni tersangat banyak pengajaran....
tapi yang aku cerita ni berdasarkan point-of-view aku lah.....

Ok.....cerita ni sebenarnya mengisahkan tentang society kita...

daripada orang paling kaya, orang kaya, orang sederhana kaya, sederhana miskin, miskin dan paling miskin...
dan termasuk juga kanak-kanak yang tak dipedulikan...
dan kasih sayang seorang ibu sehingga sanggup diri dia terluka demi menjaga anak dia...

ok...aku ceritakan sedikit la pengenalan cerita ni supaya korang boleh nampak apa yg berlaku sebenarnya.....
tapi lepas tu aku akan ringkaskan je...sebab taknak spoiler banyak sangat...

pada mula-mula cerita...si watak utama iaitu namanya Goreng....dia tersedar dari tidur, tiba2 dia ada dalam bilik kurungan dia...bilik pertama dia adalah di tingkat "40 something" dan bersama dengan inmate dia iaitu Trimagasi...

Trimagasi ni kita lihat, bila platform makanan tu sampai je,,,Trimagasi makan dengan pelahap...

tapi si Goreng ni masih blur-blur lagi waktu tu....si Goreng ni tak makan lagi....tapi si Goreng tengok makanan atas meja tu sangat menjijikkan.....tapi macam mana Trimagasi boleh dan sanggup makan dengan pelahap makanan yg menjijikkan tu.... Trimagasi cakap kalau tak makan, nanti ko lapar..

waktu tu, si Goreng tak de selera lagi nak makan...sebab menjijikkan....

macam mana makanan tu boleh jadi kotor apa semua?....sebab orang-orang dari tingkat atas yang makan secara pelahap.....seolah-olah makanan yg Trimagasi makan tu adalah sisa-sisa makanan dari 80 orang dari tingkat atas (40 tingkat).... bayangkan 80 orang makan makanan yang sama, dan korang makan sisa2 nya....

dan waktu tu pun makanan dah kurang sikit....cuba bayangkan bagaimana nasib orang yg duduk di tingkat yang lagi bawah......adakah makanan tu masih ada?? atau orang di tingkat bawah sebenarnya langsung tak boleh makan??


kat sini kita dah boleh nampak dan relate dengan kehidupan kita...
- orang atasan yang ada peluang dapat makanan yg banyak akan bersifat kedekut dan kalau boleh nak makan semua benda
- sehingga orang2 bawah hanya boleh makan sisa2...
- dan orang2 yang lagi bawah langsung tak dapat makan...


.
.

ok, so sekarang korang dah faham dah kan cerita ni pasal apa...

pasal terkurung dalam satu tempat (tak boleh pergi mana-mana)
- kalau dalam realiti, kita terkurung dalam satu sistem...atau terkurung dalam dunia yang kita tak boleh pergi mana2 dah

dan mengenai bagaimana inmate-inmate di dalam tempat tu ingin survive dengan makanan yang ada
- dalam tempat tu, sudah tentu orang di tingkat atas ibarat macam syurga...dapat makan makanan yang masih lagi elok dan sedap...dan dapat makan banyak....orang2 di tingkat bawah dapat makan sisa2...dan ada yang tak makan langsung...
- kalau dalam realiti, bagaimana kita manusia ingin survive di bumi ini atau di dalam satu sistem manusia ini dengan resource-resource yang ada dibumi ini...
- dan sudah tentu orang-orang kaya akan dapat merasa dahulu nikmat-nikmat yang sedap....
- orang2 bawahan yang dapat merasa kemudian
- atau ada orang yang langsung tak dapat makan



ok...itu je basic konsep cerita ni...

sekarang aku nak cerita pengajaran...

dalam cerita ni, korang akan boleh nampak, sebenarnya makanan-makanan atau nikmat-nikmat atau rezeki-rezeki tersangatlah banyak di atas muka bumi ini.....
sepatutnya kalau kita bahagi secara adil dan secara sama rata, semua orang akan boleh makan...
semua orang boleh merasa nikmat...

tapi disebabkan sifat tamak dan pelahap, orang atas kalau boleh nak kaut semua nikmat yang ada,,, sehingga kan tiada lagi baki yang ada untuk orang bawah.....

yang menyedihkan orang2 yg sederhana pun dapat rasa diludah, diberak atas muka, diberi makanan yang jijik,, tapi orang2 sederhana pulak buat perangai yang sama macam orang2 atasan...iaitu depa ludah jugak orang bawah...depa berak dalam makanan orang tingkat bawah...

sebab apa? kalau korang tengok movie ni, si Trimagasi ni selalu ludah dalam makanan tu untuk orang2 bawah makanan tu bersama air liur dia yang jijik.... bila si Goreng ni tanya "kenapa ko ludah dalam makanan tu? kesian kat orang bawah"....si Trimagasi cakap "alah...nanti bila dia ada di tingkat atas, dia pun akan ludah"....so kat sini kita boleh nampak character Trimagasi adalah character yang "sebelum orang buat jahat kat aku, baik aku buat jahat kat orang lain dulu".......

oh ya..lupa bagitau korang....sebenarnya dalam tempoh tertentu (aku rasa setiap bulan rasanya)...setiap bulan, diorang akan ditukarkan ke bilik lain...

maksudnya semua orang akan dapat merasa duduk di tingkat atas....dan kdang2 dapat merasa di tingkat bawah sekali....

maksudnya diorang ni semua pernah merasa bagaimana nikmatnya berada di tingkat yang atas..
dan diorang juga pernah rasa bagaimana terseksa nya nak survive di tingkat yg sangat bawah..

ada yang sampai sanggup makan daging manusia (iaitu daging inmate diorang sendiri) utk survive.....

ada juga yang sanggup bekorban, iaitu membunuh diri sendiri untuk bagi inmate dia makan daging dia....

itu lah bagaimana peritnya kehidupan orang2 yg berada di tingkat yg sangat bawah...

so, diorang ni semua pernah merasa berada di atas, pernah merasa berada di bawah..
tapi diorang masih tak belajar sesuatu....
diorang masih dengan sikap tamak bila berada di atas...

maksudnya, contoh aku pernah miskin gila babi...
tapi bila suatu hari tu tiba2 aku jadi kaya raya jutawan...
aku langsung tak pandang dah orang miskin sperti mana miskin gila babi nya aku dulu...

jadi si Goreng ni lah yang realize benda ni...
si Goreng tertanya-tanya, kenapa ko tak fikir orang bawah...
orang bawah tu langsung tak dapat makan...
apa salah ko bagi makan kat orang bawah....



..
..

so, character2 yang aku nampak dalam cerita ni,,,

dalam tempat ni tak ramai orang yg baik...
kenapa tak ramai orang baik???

sebab Trimagasi sendiri pernah cakap pada si Goreng,, Trimagasi cakap "ko ni mempunyai hati yang sangat baik, jadi aku tak rasa ko akan hidup lama"

kat sini menunjukkan, kalau ko baik, ko tak boleh survive...ko kena jadi jahat untuk survive....

sebab tu ramai yang jadi jahat...

Trimagasi ni aku nampak adalah seorang pengecut yang penting diri...
dan sanggup buat jahat, yang penting, diri dia selamat...
kalau dia cukup makan, dia ok je dengan orang sekeliling...
tapi kalau di berada di tingkat bawah yang langsung tak ada makanan, kat situ dia start menunjukkan sikap penting diri sampai sanggup ikat kawan dia sendiri dan makan daging kawan dia sendiri....kawan dia tu adalah si Goreng tu lah...

si Goreng ni pulak adalah seorang yang baik....tapi pada masa yang sama dia ni jenis yang suka mempersoalkan dan memberontak...... cerita ni nak cakap...kadang2 kita perlukan orang mcm si Goreng ni.....
yang memberontak tapi dengan niat yang baik...dengan tujuan yang baik...iaitu nak bagi semua orang dapat makan...

sebab dalam cerita ni ada character yang baik iaitu Imoguiri.... Imoguiri ni baik....dia sebenarnya adalah petugas penjara tu sendiri...tapi dia sanggup masukkan diri dia sendiri dalam penjara sebab dia kesian sebab ada yang langsung tak dapat makan.....jadi dia masuk dalam tu untuk ubah mentaliti orang dalam penjara tu supaya bertolak-ansur....dia tegur orang pun tegur dengan kata-kata yang baik....dia cakap kat orang bawah "hello, saya minta kamu jangan makan banyak sangat, tinggalkan sikit untuk orang yg paling bawah"...
berhari-hari dia ulang benda yang sama...tapi sudah semestinya kata-kata dia langsung tak didengari oleh semua orang....

waktu tu inmate Imoguiri adalah si Goreng....si Goreng pun rasa panas hati sebab takda orang layan nasihat baik dari Imoguiri, si Goreng ni pun menjerit kat orang bawah dengan cara yang kasar "woii...kalau ko tak ikut nasihat baik Imoguiri ni, aku akan berak banyak2 dalam makanan ni, dan korang makan la tahi2 aku ni"....
dan kat situ, baru lah orang mula nak dengar kata sikit....tapi tu pun diorang tak endah sangat pun...

maksudnya kat sini, kalau ko baik sangat, orang takkan nak dengar pun apa ko cakap....
bila ko maki sikit, ko tegas sikit, berserta dengan tindakan, baru la orang mula takut sikit...baru la kata-kata tu didengari...


dan ada juga watak yang agak menarik iaitu watak Baharat ...
aku nampak Baharat ni jenis yang mudah percaya dengan orang....
dan dia juga seorang yang mcm kuat agama...tapi dia lebih banyak nampak MEMPERGUNAKAN agama untuk kepentingan diri sendiri..sedangkan ilmu dia tak banyak pun.....dia seorang yg mudah dipengaruhi oleh orang...
tapi watak macam Baharat ni penting sebenarnya....kalau dia dipengaruhi dengan kawan yg baik, insyaALLAH baik lah jadinya...tapi kalau berkawan dengan orang jahat, jahat la jadinya....mudah terpengaruh...
tapi ada satu scene ni, dia diletakkan satu bilik bersama si Goreng, dan ini adalah sesuatu yang bagus lah...

ok...aku cerita sikit lah scene ni...di mana si Goreng ni dipindahkan ke bilik yang tinggi iaitu tingkat 6....tingkat 6 ni boleh kata mewah la...sebab makanan still banyak dan masih elok kebanyakannya....so si Goreng dalam bilik tu bersama si Baharat... si Baharat ni teringin sangat nak naik ke tingkat atas... alang2 dia dah dapat duduk tingkat 6 ni, hatinya mula membara tak sabar-sabar nak panjat sampai ke tingkat 1 supaya dapat menikmati makanan yang paling sedap (kat sini kita boleh nampak sikap tak bersyukur, dah elok2 tingkat 6, ko nak naik lagi...aiyo tak bersyukur)....si Baharat ni dia ada tali kat bahu dia.... so, cara dia nak naik ke atas, dia perlukan bantuan orang dari tingkat atas...dia mula berbicara dengan orang atas dengan kata-kata agama dia "hello orang atas,, tolonglah aku naik ke atas, aku nak rasa duduk kat atas....Tuhan suruh aku keluar dari tempat ini... Tuhan aku cakap akan ada dua orang yang baik hati akan bantu aku keluar... dan Tuhan akan memberikan ganjaran yang baik utk korang..."....so kata-kata ni menyebabkan orang atas kononnya rasa kembang hidung dan setuju untuk bantu orang bawah........ so diorang pun suruh baling tali tu dan diorang akan tolong.... si Baharat dengan mudahnya mempercayai orang atas tu yang entah siapa pun tak kenal.... dan akhirnya rupa-rupanya orang atas tu ternyata penipu,, orang tu cuba nak bunuh si Baharat ni ketika Baharat tu tengah panjat tali tu,, orang atas berak atas muka dia sehinggakan si Baharat hampir2 nak terjatuh dalam lubang yang tinggi tu....rupanya, orang atas tu hanya nak ambil tali yang si Baharat ada tu..itu je....sebab masing2 penting diri......so si Baharat ni kecewa...

dan pada malam tu, si Goreng memainkan peranan dan mula cucuk si Baharat ni...si Goreng cakap "jom kita turun ke bawah...kita bahagikan makanan2 tu secara adil supaya semua orang boleh makan, aku tak boleh lakukan ni sorang2"....si Goreng nampak si Baharat ni badannya sasa mcm raksasa, so mungkin bila mereka berdua jaga makanan ni, takda siapa akan berani lawan....... si Baharat balas "ko gila ke? orang lain semua nak naik atas, ko nak turun bawah?"..... si Goreng pun cakap lah yang dia perasan bila meja makan ni sampai ke tingkat paling bawah, dia akan naik semula ke tingkat paling atas.... jadi apa yg si Goreng cuba buat adalah untuk mempengaruhi si Baharat ni.... si Baharat pun mula faham, "maksudnya dengan cara dia pergi bawah, mungkin akan dapat bantu dia naik ke tingkat paling atas"..so Baharat pun setuju....

mereka berdua turun lah sama2 dan jaga makanan atas meja tu....setiap tingkat mereka akan bertindak agresif macam samseng supaya orang tak melawan.... tapi sampai di satu tingkat ni, mereka berjumpa dengan Wise-Man.... Wise-Man ni boleh dikatakan macam orang tua yang penuh dengan ilmu agama la.... kira macam ustaz la..... Wise-Man cakap "apa ko buat ni? berdiri atas meja makan?".....Baharat yang dah kenal lama dgn Wise-Man ni pun dengan tunduk hormatnya membalas "maaf tuan...saya cuma nak bahagikan makanan ni supaya semua orang boleh rasa".... Wise-Man balas "itu sememangnya bagus,, tapi 'manners come first'....korang cakap la dengan beradab pada orang"....si Goreng pun menyelit tanya "tapi kalau diorang taknak dengar kata?"...si Wise-Man balas "kalau mereka tak dengar kata korang pukul lah sekuat mungkin".....

so si Goreng dan si Baharat mulalah mengikut cara Wise-Man tu...sebab Wise-Man ni orang yg berilmu.....so diorang pun mula bercakap elok2....tapi orang tak nak dengar kata dan mengabaikan kata-kata diorang,,, diroang pun mula pukul dengan kuat....setiap tingkat, diorang mulakan dengan kata-kata yang baik, tapi semua sama je....semua buat tak tahu dan berdegil nak makan banyak jugak.....dan akhirnya dipukul sampai mati.....sehinggakan semua tingkat mesti ada orang yg mati dek kerana kena pukul....

rasanya lebih baik guna kaedah mcm awal2 tadi...menjerit2 macam gangster supaya takda siapa yang melawan dan takda siapa yang akan mati.....

hmmmm, ideologi Wise-Man ni sememangnya baik...iaitu mengajar bercakap secara beradab....
tapi ideologi yang baik itu boleh jadi tersangat buruk jika tersilap sikit atau disalahfaham oleh pendengarnya...
apa yg Wise-Man cakap tu sesuatu yang baik, tapi yang pasal "kalau mereka tak dengar kata, pukul lah sekuat mungkin"...disebabkan kesilapan ni sikit, hasilnya lagi bertambah teruk...makin banyak kematian.... atau ini mungkin sebenarnya disalahtafsir oleh si Goreng dan si Baharat....si Wise-Man cakap "pukul sekuat hati"...."bukan suruh bunuh"...

so kat sini maybe:
- kesilapan dalam mengajar ideologi falsafah kehidupan atau agama boleh menyebabkan result yang sangat buruk
- atau ajaran/fahaman yang disalahtafsir boleh mengakibatkan sesuatu yg lebih buruk berlaku
- lagi satu, pengajarannya, gunalah akal.... jangan mudah sangat terpengaruh dengan orang....setiap apa yang orang cuba pengaruhi kita tu, tapis la betul....yang baik tetap kita ambil... yang buruk kita elakkan...




dan ada satu lagi satu watak misteri iaitu Miharu (perempuan)..... Miharu ni pada mula cerita ni seakan-akan nampak macam orang gila atau psyko..... dia suka duduk atas meja makan tu dan turun ke tingkat bawah bersama-sama makanan tu...

kalau orang normal, sekali ko duduk atas, ko takkan berani dah nak turun bawah...sebab kat bawah bukan ada makanan pun...baik ko duduk je lah atas....
tapi si Miharu dia turun bersama dengan meja..
tapi orang2 dalam tempat tu cakap si Miharu ni sebenarnya tengah cari anak dia sebenarnya...

oh, ye,,lupa bagitau...dalam cerita ni, korang senang nak turun bawah...tapi sangat payah untuk naik ke atas kecuali jika pihak pengurusan letak korang kt atas, baru la korang dapat merasa nikmat...
kalau korang nk turun bawah, senang je..duduk je atas meja makan tu...dan meja makan tu akan turun (mcm lif) sekali dengan korang...
tapi kalau korang nak naik atas, korang kena mintak bantuan orang atas untuk pegang tali, tarik tali tu dan bantu naik ke atas...tapi orang atas memang takkan bantu punya....sebab nanti nak kena berebut makanan pulak.....
so sebab tu susah nak naik ke atas...

jadi, berbalik pada si Miharu tadi...si Miharu ni pada asalnya mcm orang gila...duduk atas meja tu....membisu...hanya duduk saja...dengan rupa dia yg selekeh macam hantu....
dan yang peliknya, dia selalu kelihatan berada atas meja makan tu dan turun ke bawah...
persoalannya, kalau dia dah turun bawah, macam mana dia boleh ada kat atas balik???
ni sesuatu yg pelik....setiap hari, dia mesti ada di atas...dan turun ke bawah atas meja tu..
ok abaikan dulu persoalan ni...

kebanyakan orang tahu yang si Miharu ni cari anak, tapi orang buat bod0h...buat tak tahu je...
sebab masing2 pikir perut masing2 je....
ada juga yang kacau si Miharu ni, siap nak rogol dan sebagainya....
ada juga yang cakap si Miharu ni gila...orang cakap dia mana ada anak dalam ni...
sebab budak2 16 tahun tak dibenarkan masuk dalam penjara ni....
so, mcm mana si Miharu ni boleh cakap ada anak dalam penjara ni??
so disebabkan tu, orang cakap Miharu ni gila...

tapi pada akhir cerita ni, kita dapat lihat rupanya memang betul ada seorang kanak2 di tingkat paling bawah sekali...
dan memang betul itu anak Miharu....
dan kelihatan anak dia sangat bersih...macam cukup makan..dijaga rapi...
pengajaran dari Miharu ni, aku nampak, dia seorang ibu yang sanggup buat apa, sanggup dirinya nampak selekeh dan buruk, yang penting anak dia bersih...
sanggup diri dia dikacau oleh orang......yang penting, dia dapat bawak makanan dari atas dan simpan utk anak dia yang di tingkat paling bawah...
meja makan ni sekali sampai di tingkat paling bawah,, dan ada satu lagi tingkat bawah yang gelap yang langsung takde orang, kat situ la meja makan ni pergi last sekali, dan akhirnya meja makan tu dihantar ke tingkat atas sekali dengan laju macam kereta api....
so, dengan cara tu lah si Miharu boleh pergi naik ke atas setiap hari....

tambahan pengajaran yang aku nampak pada si Miharu ni.....orang yg berada di paling bawah skali, paling miskin skali, kadang2 diorang sampai dah takda pilihan....terutama yang ada anak...sampai sanggup cari jalan YANG MENIPU (yang melanggar sistem tu sendiri)...dengan cara pergi naik ke tingkat atas skali bersama meja makan tu...dan sanggup membahayakan nyawa sendiri....kita nampak jahat...tapi rupa-rupanya dia buat tu kerana kasih sayang dia untuk membesarkan anaknya kerana diorang ni langsung takda apa2 dan orang langsung tak pedulikan depa....jadi depa terpaksa guna jalan tu....


sebenarnya banyak sangat lah pengajaran cerita...aku sendiri pun dah penat menaip...

korang layan la dulu filem ni...

ada masa lagi, aku akan komen lagi...
 
Last edited:

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,523
Reaction score
2,133
Points
151
kisah ni juga dapat dikaitkan dengan keadaan wabak sekarang iaitu COVID-19...

di mana di dalam keadaan terdesak ni, semua orang pentingkan diri.....di mana berlaku panic-shopping....kalau boleh nak beli semua benda....yang paling bernasib baik, adalah orang yg berada di atas......orang yg dibawah kadang tak makan...

disebabkan business banyak yg down,,, yang mana boss pendapatan 10 ribu, kalau boleh taknak kurang gaji dia 10 ribu tu....
tapi sanggup potong gaji kuli dia...daripada gaji 1 ribu...potong jadi 200 sebulan...

begitu lah dunia.... kita...

berdasarkan bro dalam video bawah ni komen...

 

nationagainstzionist

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
5,692
Reaction score
188
Points
73
gigih tt cerita dsebaliknya ni..sdh mmg fitrah manusia..sekejap di atas..skjp dibawah..lepas tu kena hadap perangai lain2 org setiap hari...
boleh mental siapa tgk film ni..lebih2 lagi masa nak jadi ‘hidangan si trimagasi ngilu dan seram..mcm2 karakter dlm film ni
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,224
Reaction score
884
Points
171
cerita ni lain mcm sikit.. apa pon x suai ditonton la.. X rate
 
Sponsored Post
Top
Log in Register