BTC USD 69,597.3 Gold USD 2,412.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'The Nun' Seret Beg Berisi Mayat Manusia Di Rakam CCTV

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,231
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,231
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
12.04.2024 - Misteri penemuan bagasi berisi tulang seorang wanita di sebuah jalan dekat Santiago, Chile pada Isnin lalu terungkai selepas kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan mendedahkan seorang biarawati yang dilihat mengheret beg tersebut. Difahamkan, mayat wanita itu juga merupakan seorang biarawati dan merupakan rakan baiknya sendiri. Memetik laporan media antarabangsa, tindakan biarawati berusia 80 tahun itu berjaya dirakam oleh CCTV di salah sebuah premis berkenaan. Difahamkan, beg berisi tulang itu ditemui oleh orang awam sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di bandar tersebut. Jurucakap polis tempatan, Juan Fonseca berkata, ketika disiasat, biarawati itu memberitahu polis bahawa dia dan mangsa telah membuat perjanjian untuk menjaga satu sama lain walaupun telah meninggal dunia.

"Mangsa yang berusia 58 tahun telah meninggal dunia dan pelaku masih menyimpan mayatnya kerana rasa 'sayang' dan perjanjian yang telah dibuat. Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia kerana sakit," katanya.

Tambahnya lagi, pelaku masih belum ditahan namun berisiko dikenakan sekatan di bawah peraturan kesihatan awam kerana tidak memberitahu pihak berkuasa tentang kematian rakannya.

 
Sponsored Post

Ustazah krisitian.
Nun ni sama taraf dengan pastor kan? Kalau gitu, level2 imam lah ni


dalam pengalaman saya dengan kawan2 Kristian .. Nun (Ustazah Kristian)/ Pastor / Paderi berlainan peranan ..

1. Pastor majoriti untuk Protestant Kristian, mereka xder Church khas yang besar2 untuk penganut diorang .. biasanya tempat sembahyang mereka di dewan am / rumah kedai / rumah Pastor sendiri
2. Paderi / Father / Bishop / Pope khasnya untuk Orthodox atau Roman Catholic yang ada gereja besar2 yang biasa kita tengok dalam Malaysia

Nun kerja mereka adalah dalam gereja itu sendiri dan jarang keluar ke dunia luar .. berbeza dengan Sister, yang berada dalam dunia luar untuk kerja2 amal, kebajikan dan penyebaran agama ..

Nun dan Sister xder tauliah untuk mengajar Bible atau membuat kerja2 seperti Baptism atau upacara kematian pada penganut, hanya Pastor / Father / Paderi saja boleh ..

.. boleh katakan Protestan dan Catholic ni berbeza kasta / kelas tapi ajaran Bible yang sama :)
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register