The Newspaperman, Pembekal Bersemangat Akhbar

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,658
Reaction score
2,291
Points
236
29.11.2019 - Kuala Lumpur, Meskipun penjualan suratkhabar dilaporkan semakin berkurangan tetapi pembekal masih bersemangat membekalkan surat akhbar kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat melalui media cetak itu.

S. Theenathayalan, 68, dari Sentul di sini, adalah antara pembekal surat khabar di negara ini yang masih gigih membekalkan surat khabar kepada pelanggannya dan kemerosotan jumlah surat khabar yang dijual tidak melemahkan kerjaya yang diusahakannya sejak 52 tahun lalu.

Di era teknologi yang pesat berkembang, akhbar bukan lagi pilihan utama untuk dijadikan bahan bacaan atau rujukan dan ditambah pula dengan kemunculan gadjet berteknologi tinggi seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet dan lain-lain, masyarakat lebih memilih untuk membaca bahan berita tersebut secara dalam talian (on line) kerana ia lebih pantas.

Theenathayalan memulakan karier sebagai pembekal surat khabar pada 1967 ketika berumur 16 tahun setelah mendapat inspirasi daripada bapanya yang juga seorang ahli perniagaan.

Beliau bermula dengan membekalkan 100 naskah surat khabar dan beransur meningkat sehingga 1,200 naskah sehari namun kemerosotan jualan bermula tahun lepas yang menyaksikan jualannya kini menurun kepada 300 naskah sehari.

Atas faktor usia dan situasi muram penjualan akhbar, warga emas itu pernah dinasihati oleh anak-anaknya supaya “bersara” daripada kerjayanya itu.

Mengapa Theenathayalan mahu terus dengan kerjanya itu, saksikan video dokumentari yang disediakan oleh Wartawan Bernama Digital Journal.




Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/11/29/the-newspaperman/
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,227
Reaction score
1,388
Points
206
Agree with you. After last pru everything went down uncle.
All thanks to our useless government.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register