Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 65,202
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 65,202
- Reaction score
- 7,155
- Points
- 916
- Awards
- 1
17.01.2025 - Salah satu warga asing yang setia menetap di Malaysia untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik adalah dari Thailand. Bagaimanapun, kini Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham berkata Kerajaan Thailand menyeru rakyatnya yang bekerja di Malaysia agar pulang dan memanfaatkan peluang pekerjaan yang kini tersedia di negara sendiri. Beliau menceritakan sebelum ini ramai rakyat Thailand, terutamanya dari wilayah selatan seperti Narathiwat, Yala dan Pattani, berhijrah ke Malaysia untuk bekerja, terutamanya dalam sektor perladangan dan pembinaan serta di restoran sebagai tukang masak atau pelayan kerana tawaran gaji yang lebih tinggi.
“Namun, dengan pemulihan ekonomi Thailand, kami berharap mereka kembali untuk membangunkan negara sendiri,” katanya kepada media Malaysia menerusi penterjamah bahasa semasa lawatan mereka di sini baru-baru ini.
Tambahnya lagi, kerajaan Thailand kini sedia menawarkan pelbagai sokongan untuk menarik minat rakyatnya pulang. Ini termasuklah peluang pekerjaan dalam sektor pertanian seperti penanaman padi, getah dan durian. Selain berkaitan pekerjaan, kerajaan Thailand juga menumpukan kepada aspek keselamatan dan keamanan untuk memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.
“Walaupun tawaran gaji mungkin tidak setinggi di Malaysia, kami yakin dengan bantuan kerajaan, mereka mampu hidup selesa di Thailand,” katanya.

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/707618