Thailand minta bukti insurans kesihatan untuk pelancong jangka panjang

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
16,759
Reaction score
3,644
Points
191

Data polis imigresen menunjukkan Thailand menerima lebih 80,000 permohonan untuk visa bukan imigran setakat tahun ini. -Foto AFP













BANGKOK: Pelancong asing dalam usia ‘berisiko’ melebihi 50 tahun perlu menunjukkan bukti insurans kesihatan ketika memohon visa bukan imigran jangka panjang di Thailand, kata seorang menteri hari ini, supaya kerajaan tidak perlu menanggung bil perubatan mereka.

Peraturan itu berkuat kuasa hujung bulan ini bagi memastikan pelancong mampu menanggung kos rawatan ketika tempoh tinggal maksimum setahun dan kerajaan tidak perlu menanggung bilnya, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Sathit Pitutecha kepada Reuters.

Thailand, destinasi popular pelancong Asia Tenggara di kalangan pelancong Barat berusia, ketika ini perlu menanggung bayaran perubatan sekitar 500 juta baht (RM69.2 juta) setahun untuk pelancong asing berusia lebih 50 tahun, kata Sathit, kumpulan usia disifatkan kerajaan sebagai ‘berisiko.’

“Hospital perlu merawat mereka atas alasan hak asasi manusia, namun apabila kami meminta mereka membuat bayaran, mereka tidak dapat berbuat demikian.

“Kos ini menjadi beban buat Kementerian Kesihatan Awam, justeru kami mensyaratkan polisi insurans,” kata Sathit.

Data polis imigresen menunjukkan Thailand menerima lebih 80,000 permohonan untuk visa bukan imigran setakat tahun ini. -Reuters












sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/10/615874/thailand-minta-bukti-insurans-kesihatan-untuk-pelancong-jangka-panjang
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register