BTC USD 35,588.5 Gold USD 1,764.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thailand : Huge protest challenges monarchy and government

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,279
Reaction score
4,504
Points
601
thailand.jpg

PM Thailand, Prayuth Chan-ocha

BANGKOK – Pilihan raya umum di Thailand yang dijadualkan tahun ini dijangka ditangguhkan menjelang tahun 2019.

Ia ekoran ahli parlimen tentera mengundi untuk memindah akta pilihan raya pada Khamis lalu.

Perdana Menteri Thailand, Rayuth Chan-Ocha pula berkata, pilihan raya umum Thailand sepatutnya ditetapkan pada November 2018.

Bagaimanapun, katanya, tarikh itu telah ditangguhkan beberapa kali sejak tentera negara itu mengambil alih kuasa pemerintahan negara sejak t2014.

Dewan Undangan Thailand dan Badan Parlimen Thailand mengundi untuk menangguhkan penguatkuasaan rang undang-undang pilihan raya selama tiga bulan untuk memberi masa kepada parti politik untuk membuat persiapan mengundi.

Rang undang-undang itu adalah satu daripada empat perkara yang diperlukan untuk mengadakan pilihan raya umum negara itu yang mana perlembagaan Thailand memandatkan proses mengundi diadakan dalam tempoh 150 hari selepas semua undang-undang pilihan raya berkuatkuasa.

Sebarang kelewatan dalam pelaksanaan undang-undang itu akan menangguhkan proses pemilihan negara itu.

“Dalam tempoh 150 hari selepas penguatkuasaan undang-undang pada September ini bermakna pilihan raya akan jatuh pada Januari atau Februari 2019,” kata Wissanu Krea-ngam semalam.

Wissanu juga menegaskan, kerajaan Thailand hanya akan berupaya menentukan tarikh pilihanraya setelah rang undang-undang dipinda pada Jun ini.

Parti politik berkata, proses undi pada Khamis adalah suatu gimik pihak pemerintah kerajaan junta untuk kekal berkuasa.

Junta belum mengharamkan sebarang kempen politik walaupun Disember lalu mengeluarkan perintah membenarkan semua parti politik di negara itu membuat persiapan awal menjelang pilihan raya umum.

Parti Puea Thai yang digulingkan oleh tentera pada tahun 2014 mendakwa bahawa pindaan pada akta pilihan raya merupakan taktik Junta untuk terus memperkukuhkan kuasanya.- MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/01/26/pru-thailand-mungkin-tanggguh-februari-2019/
 
Dekri diraja sahkan pelantikan Prayut sebagai Perdana Menteri

prayut_1560259152.jpg

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha memberi penghormatan kepada potret Raja Maha Vajiralongkorn selepas dekri diraja dikeluarkan bagi mengesahkan pelantikannya. Foto AFP

BANGKOK: Ketua Junta, Prayut Chan-O-Cha secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand ke-29 hari ini, selepas dekri diraja dikeluarkan bagi menyokong pelantikannya.

Pelantikan itu turut menyempurnakan proses peralihan pemimpin tentera itu kepada kepemimpinan awam, yang menjanjikan misi pentadbiran berasaskan ‘kasih sayang, perpaduan dan belas ihsan’.

Bagaimanapun, ramai pengkritik meragui janji yang dibuat pemimpin itu, selepas beliau melarang perhimpunan politik, mengawal media dan menyekat kebebasan bersuara ketika mengetuai pemerintahan junta tentera.

“Saya akan menggalakkan persekitaran lebih aman bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu di negara ini, berasaskan kasih sayang, perpaduan dan belas ihsan,” kata Prayut selepas dekri diraja dibacakan di Rumah Kerajaan.

Pada masa sama, beliau berjanji untuk mendengar suara rakyat dan melindungi monarki.

Terdahulu, sebelum berucap, Prayut dilaporkan berlutut sambil memberi tunduk hormat beberapa kali di hadapan potret Raja Maha Vajiralongkorn. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/as...kan-pelantikan-prayut-sebagai-perdana-menteri

Last edited:
Sponsored Post

HelangPutih

Active+ Member
Joined
Dec 27, 2015
Messages
3,653
Reaction score
198
Points
33
senang cite thailand dah tolak sistem pilihanraya ni.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,849
Reaction score
2,449
Points
201
Tentera taknak bagi rakyat buat pemilihan. Duduk lah sampai bila2 bawah pemerintahan tentera.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,279
Reaction score
4,504
Points
601
Parti terbesar Thailand pilih pemimpin hadapi pilihan raya

sudayap1a_1540726736.jpg

SUDARAT Keyuraphan (tengah) bercakap dengan media di Bangkok hari ini. - Foto AFP

BANGKOK: Ratusan ahli politik Parti Puea Thai mengadakan pertemuan hari ini di ibu pejabat parti itu di ibu kota Thailand untuk memilih kepemimpinan baru menjelang pilihan raya umum yang dijangka diadakan tahun hadapan.

Aktiviti politik di Thailand dilarang oleh junta selepas tentera menyingkirkan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra daripada Parti Puea Thai pada Mei 2014.

Bulan lalu, junta menarik balik sebahagian larangan untuk membolehkan parti politik bersedia menghadapi pilihan raya yang dikatakan akan diadakan dari Februari hingga Mei.

Perhimpunan itu mengundi memilik bekas timbalan Perdana Menteri, viroj Pao-in, 84, sebagai pemimpin dan ahli politik veteran, Phumtham Vechayaychai, 64, sebagai setiausaha agung.

Anggota tegar parti, Sudarat Keyuraphan, 57, juga diundi sebagai pengerusi bagi jawatankuasa eksekutif dan jawatankuasa lain yang memantau pemilihan calon bagi pilihan raya.

“Apa yang saya perlu lakukan sekarang adalah mengumpulkan semua anggota yang berkemampuan dan melakukan yang terbaik untuk rakyat.

“Kami akan pergi dan bercakap dengan rakyat dan berunding dengan mereka untuk membuat dasar parti,” kata Sudarat kepada wartawan pada perhimpunan itu. — Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/as...r-thailand-pilih-pemimpin-hadapi-pilihan-raya
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,279
Reaction score
4,504
Points
601
Pemerhati asing pilihan raya tidak perlu - Junta Thailand
Don_Pramudwinai_1541509463.jpg

DON Pramudwinai

BANGKOK: Thailand tidak memerlukan pemerhati antarabangsa untuk memantau pilihan raya umum negara itu, tahun depan, kata menteri luarnya, hari ini, walaupun aktivis demokrasi mengutuk kerajaan junta mengehadkan hak awam.

Kerajaan negara itu berjanji untuk menganjurkan pilihan raya antara Februari hingga Mei, selepas tertangguh berkali-kali. Ia bakal menyaksikan pertembungan penyokong junta, penyokong diraja dan penyokong politik populis yang diketuai Parti Puea Thai yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2014.


Menteri Luar, Don Pramudwinai berkata, beberapa pilihan raya lalu di negara Asia Tenggara itu mempunyai kredibiliti.

“Situasi di mana pihak lain melakukan pemantauan menunjukkan sesebuah negara mempunyai masalah,” katanya.

Kali terakhir Thailand menganjurkan pilihan raya berjaya adalah pada 2011, ketika Ying Luck Shinawatra dan Parti Puea Thai beliau menang besar.

Pada Februari 2014, pilihan raya terganggu akibat tunjuk perasaan besar-besaran yang menyaksikan pengundian disekat di lima wilayah parlimen dan kemudian membawa kepada rampasan kuasa pada Mei 2014. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/as...asing-pilihan-raya-tidak-perlu-junta-thailand
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,279
Reaction score
4,504
Points
601
Pilihan raya Thailand 24 Februari

thaiflag11d_1544507882.jpg

THAILAND akan mengadakan pilihan raya umum pada 24 Februari ini. - Foto AP

BANGKOK: Thailand akan mengadakan pilihan raya umum yang ditangguhkan sekian lama pada 24 Februari ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini.

Junta juga sudah menarik balik larangan larangan keras ke atas aktiviti politik selepas ia merampas kuasa pada 2014, memberikan alasan keperluan melaksanakan perintah selepas bantahan jalanan berbulan-bulan menentang kerajaan demokrasi pimpinan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

“Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya pada 24 Februari 2019.

“Mengenai penarikan semula larangan politik, ia bergantung kepada kerajaan,” kata Timbalan Setiausaha Agung agensi itu, Nat Laosisawakul, kepada wartawan. — Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/12/507897/pilihan-raya-thailand-24-februari
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,533
Reaction score
1,609
Points
596
Dulu duit thai rendah pada kita lani duit kita lagi rendah pada diorang

Nak pilihanraya nie harap elok la jangan sampai ganggu ekonomi kita ngan diorang

Sebelah sebelah jiran
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,279
Reaction score
4,504
Points
601
Penunjuk perasaan Thailand gesa pilihan raya Februari

thaipp2_1546818602.jpg

Aktivis pro-demokrasi Thailand memaparkan karikatur Prayut dengan hidung Pinocchio ketika bantahan di ibu kota Bangkok, semalam, menggesa junta menunaikan janji mengadakan pilihan raya 24 Februari ini. -Foto EPA

BANGKOK: Ratusan aktivis anti-junta berkumpul di ibu kota Thailand semalam bagi menggesa kerajaan tentera menghormati pilihan raya yang sekian lama ditunggu ditetapkan 24 Februari ini, ketika khabar angin tersebar tarikh itu mungkin ditunda sekali lagi.

Junta yang memerintah Thailand sejak ia menyingkirkan kerajaan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dalam satu rampasan pada 2014 berkata, ia akan mengadakan pilihan raya 24 Februari ini, selepas beberapa penangguhan.

Namun Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn masih belum menandatangani satu dekri yang membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan satu tarikh rasmi, meningkatkan kebimbangan pemilihan akan ditunda.

Perasaan ragu-ragu baharu muncul selepas Biro Keluarga Diraja mengumumkan, Vajiralongkorn menetapkan upacara pertabalannya antara 4 hingga 6 Mei depan, lebih dua tahun setengah selepas kematian mendiang bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej.

Upacara penuh teliti tiga hari mengambil masa beberapa minggu perancangan, menjurus sesetengah pihak bimbang pilihan raya mungkin ditunda sekali lagi bagi persiapan upacara diraja.

Penunjuk perasaan berkumpul di Tugu Kejayaan ibu kota ini semalam, memegang sepanduk bertulis ‘Jangan Tangguhkan Lagi’ memaparkan pemimpin junta, Prayut Chan-O-Cha sebagai Pinocchio dengan hidung panjang.

thaipp3_1546818605.jpg

Seorang anggota polis wanita berkawal ketika bantahan di Bangkok. -Foto AFP

“Ia mengarut. Mengapa mereka kerap menunda dan berapa tahun lagi mereka mahu rakyat menunggu?” kata Darunee, 60, seorang ahli akademik yang enggan nama keluarganya didedahkan.

Kerajaan memiliki tempoh sehingga 9 Mei depan bagi mengadakan pilihan raya, menurut rang undang-undang diluluskan Vajiralongkorn pada September lalu.

Prayut disebut-sebut secara meluas kembali sebagai Perdana Menteri akan datang negara itu, walaupun beliau sendiri tidak mendedahkan aspirasi politiknya.

“Beliau mahu mentadbir negara untuk sekian lama. Saya tidak mahu tentera memilih perdana menteri dalam satu lagi rampasan,” kata penunjuk perasaan, Nat Marthong, 26. -AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/as...-perasaan-thailand-gesa-pilihan-raya-februari
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,279
Reaction score
4,504
Points
601
Raja Thailand keluar dekri pilihan raya

maha_1548222396.jpg

Raja Maha Vajiralongkorn. Foto AFP

BANGKOK: Raja Thailand dilaporkan sudah mengeluarkan dekri diraja bagi membolehkan pilihan raya umum pertama diadakan di negara itu, sejak rampasan kuasa pihak tentera pada 2014.

Menurut istana, tarikh pilihan raya itu akan diumumkan tidak lama lagi.


Sementara itu, dekri yang diterbitkan dalam warta diraja, memerintahkan pilihan raya bagi memilih anggota Parlimen dan Suruhanjaya Pilihan Raya diberi tempoh selama lima hari untuk mengumumkan tarikh berkenaan.

Pilihan raya itu adalah yang pertama sejak junta tentera menggulingkan pentadbiran Yingluck Shinawatra, kira-kira lima tahun lalu, menggubal semula Perlembagaan, menyekat perbezaan pendapat dan melantik sekutu tentera di jawatan kanan kerajaan.

Sebelum ini, kerajaan junta berkata, pilihan raya akan diadakan selewat-lewatnya akhir Februari ini, tetapi ia mungkin ditangguhkan selama beberapa minggu kerana ia memerlukan persetujuan daripada Raja Maha Vajiralongkorn, 66 tahun. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/01/523066/raja-thailand-keluar-dekri-pilihan-raya
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,279
Reaction score
4,504
Points
601
24 Mac, pilihan raya pertama Thailand selepas rampasan kuasa

23thai_1548238699.jpg

GAMBAR fail, aktivis dan pelajar universiti berkumpul untuk menuntut pilihan raya pertama di Thailand, sejak tentera merampas kuasa dalam rampasan 2014 di Bangkok, Thailand pada 8 Januari 2019. - Foto REUTERS

BANGKOK: Thailand akan mengadakan pilihan raya umum pada 24 Mac ini bagi mengembalikan pemerintahan awam, kata suruhanjaya pilihan raya hari ini.

Tarikh terbaru yang diumumkan bakal menyaksikan pilihan raya umum pertama diadakan di negara itu, sejak rampasan kuasa oleh pihak tentera pada 2014.


Pada Disember lalu, suruhanjaya pilihan raya mengumumkan 24 Februari sebagai tarikh pilihan raya umum.

Namun kerajaan tentera khuatir persiapan awal berkaitan pilihan raya akan bertembung dengan persediaan pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn yang dijadualkan pada 4 hingga 6 Mei.

Bulan lalu, kerajaan tentera menamatkan sekatan ke atas aktiviti politik bagi membenarkan parti-parti berkempen. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/as...-raya-pertama-thailand-selepas-rampasan-kuasa
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register